Saturday, 16 May 2015

Mandi Manda di Lata Kinjang

Lata Kinjang terletak kira-kira 18 km dari Tapah. Daya tarikan 
yang utama kawasan air terjun ini ialah rangkaian air terjunnya yang menjunam dari ketinggian 100 meter ke bawah. Di sana juga terdapat ruang-ruang untuk beristirehat dan gerai-gerai makanan untuk para pengunjung. Selain itu, para pengunjung juga boleh melawat taman orkid dan taman bambu.





Tempat ni masih dalam proses pembaikpulihan. Saya sangat teruja melihat pembangunan yang berlaku kat tempat  ni. Pada 20 tahun yang lalu [1996], tempat ni sangat tidak terjaga. Tandas sangat kotor. Kini segala-galanya telah bertukar. Sangat tersusun dan terjaga.Sebahagian besar air terjun ini dipenuhi batu-batuan besar. Air terjun ni sangat curam dan licin. Ini sangat merbahaya. Sila awasi anak-anak kecil korang ye.Jangan bagi mereka panjat batu. Malang tak berbau..





Air terjun Lata Kinjang merupakan air terjun tertinggi di Asia Tenggara. Air Terjun ini memang telah lama dibuka untuk orang awam. Air terjun ni memang nampak tinggi tapi sebenarnya cuma ada kolam kecil yang terbentuk hasil daripada air yang mengalir turun dari bukit. 






Semasa kami bermandi-manda, datang beberapa orang anak orang Asli. Kak Yang mengambil kesempatan ini untuk bersembang dengan mereka. Mereka fasih berbahasa melayu tetapi masih ada slang bahasa mereka. Kampung mereka terletak di pinggir jalan masuk ke Hutan Lipur Lata Kinjang. Walaupun umur mereka masih kecil dalam lingkungan 5 tahun hingga ke 12 tahun, mereka sangat berani datang ke sini tanpa diiringi  ibu bapa diorang. Mungkin mereka dah biasa dengan tempat ni dan dah jadi tempat permainan diorang. Kalau melihat aksi mereka mandi dan bermain kat situ, memang terpegun..dia boleh naik kat atas pastu turun menggelongsor atas batu ikut aliran air dengan menelentang. Ngeri pulak Kak Yang tengok. Diorang pakai baju harimau Malaya. Baju tu memang sesuai dgn mereka.hehehe...






Bangunan Surau telah hampir siap sepenuhnya tetapi masih berkunci dan belum dibuka kepada pengunjung. Lepas ni senang la pengunjung yang nak menunaikan solat kat sini.






Bangunan tandas awam juga telah di sediakan. Tandas awam ni dah dibuka dan semua pengunjung boleh masuk dengan percuma. Dalam tandas ni diorang ada buat landscape tapi masih dalam pembinaan. Sangat cantik dan selesa. Kalau pembinaan telah siap sepenuhnya, mungkin akan dikenakan bayaran. Tak kisah la bayar kan...janji selesa dan tandas terjaga, tak kotor.




Bila dah mandi-manda, berendam lama dalam air yang sejuk tu...perut memang akan lapar. Kak Yang dah siap bawa bekalan makanan dari rumah. Nasib baik bawa bekal.Kat sini ada disediakan tempat berehat yang berbumbung dihadapan air terjun tu. Kalau hujan, boleh la berteduh kat sini. Tempat ni pun sangat selesa dan besar. Kalau nak, kat tempai ni pun boleh pasang khemah.Lebih mudah nak tukar pakaian kan....Memang banyak gerai makanan kat sini.Tapi banyak yang jual hot dog, nugget burger dan buah. Harganya boleh tahan la...mahal sket dari harga kat pasar malam. Ada juga restoran yang jual nasi berlauk tapi better bawa bekal dari rumah. Boleh makan ulang-ulang dan jimat.




Bangunan ni di bina betul-betul kat depan main entrance nak masuk ke tempat air terjun ni tapi Kak Yang tak pasti la bangunan ni untuk apa dan apa fungsinya sebab masih belum dibuka untuk pengunjung. Mungkin tempat jualan cenderamata kot.Bercakap tentang cenderamata, kat tepi jalan masuk ke Lata Kinjang ni memang banyak gerai cenderamata orang asli dibuka. Macam-macam kraftangan ada. Sangat unik dan sesuai dijadikan kenang-kenangan.

Tuesday, 28 April 2015

Tumpi Ikan



Tumpi Ikan

Tumpi ikan adalah menu tradisional masyarakat Banjar. Aroma yang timbul dari daun pisang dan bahan dalam pembuatan menu ini sangat harum dan akan menggamit selera. Masakan ini tahan lebih lama kerana ia dimasak dengan masa yang panjang. 


Resepi Tumpi Ikan
Bahan :
· 8 ekori kansepat/haruan yang sederhana besar dicuci sampai       bersih dan dilumurkan dengan sedikit kunyit dan garam.
· 1 mangkuk santan pekat yang diambil dari setengah biji kelapa     parut
· 1 genggam kelapa parut.
· Garam secukup rasa.
· 3 sudu serbuk kunyit.
· ½ sudu kecil serbuk perasa - jika suka.
· 1 helai daun pisang sebagai lapik di dalam kuali.

Bahan tumbuk :
· 15 biji cili padi dan boleh ditambah atau dikurangkan mengikut   citarasa masing-masing.
· 3 biji bawang merah.
· 3 ulas bawang putih.
· 1 inci halia

Bahan Hiris :
· 3 batang serai panjang sejengkal di hiris serong kepada 5         bahagian bagi setiap batang.
· 6 biji buah belimbing buluh dan boleh juga digantikan dengan     semangkuk hirisan manga muda atau 10 biji       buah kedondong   yang dibelah dua bagi setiapbiji.
· 1 labu bawang besar yang dibelah kepada 8 bahagian.
· 1 tangkai cili besar (merah) di hiris nipis.
· 1 helai daun kunyit dimayang halus.

Cara Memasak :
· Lumurkan ikan dengan bahan yang telah ditumbuk.
· Letakkan 2 lapisan daun pisang kedalam kuali bagi mengelakkan     kebocoran.
· Taburkan bahan hiris berselang-seli dengan ikan.
· Taburkan kelapa parut, garam dan serbuk perasa pada lapisan       yang paling atas.
· Tuangkan santan.
· Tutup dengan menggunakan daun pisang dan tindihkan dengan         penutup periuk.
· Masak dalam masa 40 minit dengan api kecil 


Nota :-
· Proses memasak tumpi ikan harus menggunakan api yang kecil bagi   mengelakkan masakan menjadi hangit dan seterusnya akan mengubah   rasa  tumpi ikan yang sebenar.



walaupun proses memasak tumpi adalah lama tetapi rasanya yang sedap, membuatkan kita sabar menunggu tumpi masak.
Masakan tumpi boleh dipelbagaikan mengikut citarasa kita sendiri. Saya pernah buat tumpi telur ikan dan pernah buat tumpi dari ikan kembung. Bahan-bahannya juga boleh diubah. Saya juga pernah menggunakan mangga muda, buah amra atau kedondong dan juga buah tomato sebagai alternatif.



ikan besar macam ni memang ada telur...telur ukan sesuai dimasak tumpi

telur ikan yang sedia untuk ditumpi

masukkan semua bahan2 masakan

lapiskan dengan daun pisang dan tutup dengan penutup periuk

tumpi telur ikan telah masak dan sedia untuk dihidang






Sunday, 26 April 2015

Herba dan fungsinya

Cara maubat zaman bahari kada kaya zaman wahini. Zaman bahari kadada duktur wan misi. Amun awak asa kada nyaman, asa manggaring, bidan pang nang dicari. Inta japaikan awak, inta uruti. Urang bahari mun sakit kadada ubat tahan sakit, arit haja saurang. Disinilah mulanya petua maubat panyakit.

Urang bahari manggunaakan tumbuhan sebagai ubat. Tumbuhan ini dikategorikan sabagai tumbuhan herba. Terkadang, kita kada parasan bahan masakan saharian kita mangandungi tumbuhan herba. Salain dari manambahkan rasa atau maarumkan masakan, tumbuhan ini jua kawa mangawal atau mangurangkan dan mungkin jua ada nang manghilangkan panyakit.

Ada jua petua urang bahari nang  was-was hagan diamalkan. Ujar urang tuha amun sakit mata, cari haja pohon bamban. Ambil pucuknya nang balum malarak. Dalam pucuk bamban ada banyu. Lilihkan banyu pucuk bamban kadalam mata. Salawat 3 kali, In Shaa Allah ampih sakit mata. Diingatkan jua sabalum malilihkan banyu pucuk bamban, pastikan kadada 

rebuskan bersama segenggam kacang hijau. Letakkan diluar rmh dan diembunkan sampai ke pagi. Keesokannya, campurkan sedikit gula dan makan. Ia mampu mengubati penyakit pitam.

Pokok betik - Carica Papaya Linn
- Getah betik mampu melembutkan dan akan menghilangkan ketuat. Sapukan getah betik 2 kali sehari selama seminggu dan ketuat akan hilang sedikit demi sedikit.
- Tumbuk daun betik muda dgn sedikit temuhitam dan garam sampai lumat dan campurkan ke dlm segelas air. Minum airnya untuk mengubati demam panas.

Peria - Momordica Charantia
- Peria yg dimakan dengan bijinya mampu menurunkan darah tinggi.

- Air rebusan daunnya mampu menambahkan selera makan dan juga mampu menambah susu ibu.
- Air rebusan daunnya juga boleh digunakan sebagai losyen kulit.

Petai - Parkia Speciosa Hassk
- Boleh dijadikan ulam dan mampu mengubati penyakit kencing manis.
Daun Sirih - Piper betle Linn
- Jika darah tiba-tiba mengalir dari lubang hidung, ambil sehelai daun sirih dan gulungkan lalu disumbat kedalam lubang hidung. Darah akan berhenti mengalir.
- Daun sireh yang dimakan bersama gambir mampu mengubati cirit-birit.

Lidah Buaya - Aloe Vera
- Daunnya yang telah dikeringkan dan diekstrak digunakan sebagai julap untuk memudahkan pembuangan air besar.
- Lendirnya digunakan sebagai losyen untuk melembutkan kulit, mengubati luka dan kudis.

Misai Kucing - Orthosiphon Aristatus
- Air rebusan daun yang dicampur dengan sedikit potongan kunyit dan gula batu mampu membantu melawaskan pembuangan air kecil.

Senduduk - Melastoma Malabthricum
- Daun dan akarnya digilingkan dan diletakkan ke atas kudis. Kudis akan kering dan beransur pulih.
- Sapuan air gilingan daun dan akarnya juga mampu mengubati kudis cacar tanpa meninggalkan kesan parut.
- Air rebusan akar juga digunakan untuk membasuh mulut bagi merawat sakit gigi.
- Tumbuk daunnya, tampalkan pada luka dan ia mampu menghentikan pengaliran darah.

Lengkuas - Alpinia Galanga Swartz
- Sakit sengal mampu diubati dengan menuam daunnya kebahagian
yang sengal.
- Air rebusan daunnya boleh digunakan sebagai losyen bayi.

Cekur - Kaempferia Galanga Linn
- Giling beberapa helai daun cekur sampai lumat dan tampal pada bahagian yang bengkak atau gatal.Ia mampu melegakan bengkak dan gatal
- Kunyah bongkah cekur dengan garam. Lakukan beberapa kali untuk mengurangkan tekak gatal.
- Wanita yang baru bersalin boleh merebus bongkah cekur dan meminumnya untuk memanaskan badan.

Belimbing Buluh - Avverhoa Bilimbi Linn
- Rebus daun, bunga dan buahnya dalam kuantiti yang sama banyak dan minum airnya setiap pagi. Ia mampu merawat batuk.
- Air belimbing buluh yang muda digunakan untuk menurunkan tekanan darah tinggi, kencing manis dan mengelakkan pitam.

Kadok - Piper Sarmentosum Roxb
- Untuk merawat sukar buang air, ambil beberapa helai daun kadok dan rebus selama beberapa jam. Minum airnya.
- Basuh keseluruhan pokok termasuk akarnya dan rebus. Ia mampu mengubati batuk, selsema, sakit gigi dan sengal tulang.
- Air rebusan daun kadok juga mampu mengubati demam malaria. Ambil segenggam daun kadok yang segar dan rebus bersama 3 cawan air. Minum air rebusan tadi setiap hari sehingga penyakit sembuh.

Asam Jawa - Tamarindus Indicus Linn
- Penyakit lelah dapat dikurangkan dengan amalan meminum air rebusan kulit batang pokok asam.
- Bisul mampu diubati dengan menyapu daun asam jawa dan kunyit hidup yang ditumbuk.

Melur - Jasminum Sambac Ait
- Meminum air rebusan bunga melur mampu mengubati demam.
- Sapuan bunga melur pada buah dada mampu merangsang pengeluaran susu ibu.

Halia - Zingiber Officinale Rose
- Sendawa mampu dihentikan dengan meminum air campuran dengan halia dan lada putih yang ditumbuk.
-  Meminum air halia yang direbus selama 3 jam dapat mengubati sakit perut.

Pokok Cerita - Andrographis Paniculata Nees
- Air rebusan daun pokok berita dan daun misai kucing dapat mengubati kencing manis
- Air rebusan daun pokok cerita boleh mengurangkan tekanan darah tinggi.

Serai - Cymbopogon Citratus
- Ambil beberapa helai daun serai dan tumbuk. Tapis airnya dan sapu ke permukaan kulit yang terdedah. Nyamuk takkan dekat.
- Tumbuk beberapa helai daun serai kemudian di pupuk pada dahi untuk menghilangkan sakit kepala.

Bawang Putih - Allium Sativum
- Jika disengat kala jengking atau lipan, sapukan bawang putih yang telah ditumbuk dan ikat dengan kain.
- Untuk mengelak dari serangan cacing, kunyah sedikit bawang putih mentah setiap hari.
- Minum air rebusan bawang putih yang direbus selama 6 jam mampu menghilangkan sakit tekak dan selsema. 
- Jika mata berketumbit, ambil bawang putih dan sapukan pada ketumbit. Ketumbit akan mengecut sedikit demi sedikit.

Tunjuk Langit - Helmintostachy zeylanica
- Ambil beberapa hiris bongkahnya dan kunyah bersama sireh. Telan semua air daripada kunyahan ini. Amalkan beberapa hari. Ia mampu mengubati batuk kokol, sifilis, cirit-birit dan untuk mengelakkan ibu yang baru melahirkan anak daripada demam
.Bunga Tahi Ayam - Lantana Camara Linn
- Tumbuk daunnya dan tepekkan pada luka. Ia dapat menyembuhkan luka.
- Sengal tulang dapat dikurangkan dengan menyapu air rendaman daunnya pada sendi.
- Untuk menghilangkan bengkak, tampalkan daun yang telah ditumbuk pada bengkak.Bengkak akan berkurangan.

Periuk Kera - Nepenthes Gracilis Korth
- Ambil sedikit batang dan daunnya dan rebus selama 1 jam. Minum airnya utk mengubati batuk atau cirit- birit.
- Minum air rebusan batang dan akarnya dapat mengubati demam.

Pala - Myristica Fragrans Linn
- Pucuknya diulam dan dimakan bersama nasi dapat mengubati penyakit darah tinggi.

Pokok Ati-ati
- Tumbuk beberapa helai daun tua sampai lumat.  Tampalkan pada luka dan ulang sampai luka sembuh.
- Rebus beberapa helai daunnya selama 4~6 jam dan biar sampai airnya jadi pekat. Minum setiap hari dan ia dapat mengubati penyakit darah tinggi.

Letup-letup - Phyalis Minima L
- Sakit pinggang dapat diubati dgn menampalkan daun dan batang letup-letup yang ditumbuk pada pinggang.

Gelenggang Besar - Cassia Alata
- Memakan daunnya dapat mengubati penyakit kulit seperti kudis, kurap, kayap, panau dax jangkitan kulit.
- Ia juga boleh melegakan sembelit.

Setawar - Costus Speciosus Smith
- Tumbuk batangnya yang segar dan sapukan pada kulit yg meruam dan berair.

Bunga Raya Putih - Hibiscus Rosa-sinensis
- Tumbuk kudup bunga sampai lumat. Campurkan sedikit air. Minum airnya untuk merawat darah tinggi.
- Wanita yg mengalami masalah kitaran haid digalakkan meminum air rebusan bunga raya.

Terung Pipit / terung rembang - Solanum Torvum Swartz
- Memakan buah terung ini dapat menambah selera makan.
- Daunnya diulam untuk mengubati penyakit pitam
- Ia juga mampu mengurangkan tekanan darah tinggi.

Salain manggunakan tumbuhan sabagai petua maubat, urang bahari jua manggunakan bahan- bahan lain kaya sarang tabuan tanah atau angkut-angkut. Sarang angkut-angkut dicampurkan dgn saikit banyu dan tampalkan ka sakaliling bisul. Ia dapat mangurangkan rasa sakit. Kononya rasa sakitnya akan ditarik oleh angkut-angkut.

Masih banyak petua urang bahari yang masih balum dapat dipastikan keberkesanannya secara saintifik. Petua ini masih digunakan oleh segelintir urang dan kita harus memikirkan tentang bagaimana ia mampu berfungsi manjadi ubat dan bagaimana pula ia mampu menyembuhkan panyakit. 




Mistik si ikan puyu



IKAN PUYU - ANABAS TESTUDINEUS (Climbing Pearch)

Ikan puyu dikatakan tidak tidur malam dan sifatnya itu dipercayai mampu  menghalang  atau dapat membuat menggagalkan ilmu hitam yang ditujukan kepada isi rumah pembela ikan puyu.Ikan puyu juga dipercayai dapat mematahkan ilmu pukau dimana mentera atau jampi yang digunakan tidak akan menjadi. Menurut cerita, ikan puyu merupakan alat permainan orang bunian  dan juga toyol. Dengan adanya ikan puyu didalam rumah, toyol akan leka  bermain  dengan ikan dan lupa dengan niat asalnya untuk mencuri duit tuan rumah. 

Suatu ketika dahulu, ikan puyu juga digunakan semasa ibu melahirkan anak. Bidan akan meletakkan seekor ikan puyu dedalam kain dan digantung di tengah-tengah pintu utama rumah ibu yang ingin melahirkan anak. Ikan puyu ini akan dibiarkan kering dan mati dengan sendirinya di dalam kain tersebut. Ia dipercayai dapat menghalang ilmu hitam yang ditujukan kepada ibu bersalin bagi mengganggu proses kelahiran bayi.

Ikan puyu hidup di dalam sungai atau tasik air tawar. Ikan puyu mampu hidup lama kerana ia mampu berhijrah mencari lopak air untuk hidup.Ikan puyu bergerak didaratan dengan menggunakan sirip dada dan sirip ekornya yang kuat dan tajam. Ia berfungsi untuk mencengkam tanah dengan berkesan. Sirip-siripnya yang tajam dan kuat ini juga digunakan sebagai senjata untuk melindungi diri daripada dimakan oleh ikanlain. 

Ikan puyu akan berpindah mencari lopak air dalam kumpulan pada waktu malam untuk keselamatan. Ikan puyu mampu hidup tanpa air untuk beberapa jam tetapi perlu dalam keadaan lembap. Ikan puyu merupakan ikan yang tahan lasak. Pada musim kemarau, ikan puyu mampu menggali lubang dan membenamkan diri ke dalam lumpur dalam tempoh yang lama untuk berhibernasi dan keluar pada masa yang sesuai.

Ikan puyu mempunyai lendir yang berfungsi sebagai antibodi mengatasi serangan penyakit yang tidak dimiliki oleh spesis ikan lain.Untuk memancing ikan puyu, kebiasaannya cengkerik akan dijadikan sebagai umpan. Waktu tengahari adalah masa yang paling sesuai untuk menangkap ikan puyu kerana waktu tengahari adalah waktu ikan puyu memburu umpan.

Ikan puyu jantan mempunyai tubuh yang lebih kecil berbanding dengan puyu betina dan pergerakan puyu jantan lebih lincah dari puyubetina.Ikan puyu dikatakan mempunyai khasiat untuk meningkatkan tenaga lelaki dan melambatkan proses penuaan bagi wanita.

Disebalik cerita mistik si ikan puyu juga sangat lazat dijadikan juadah. Terdapat bermacam-macam menu juadah dari ikan puyu. Saya menggemari ikan puyu goreng dicicah dengan kicap yang diricihkan dengan bawang merah dan cili api. Ikan puyu masak lemak cili api yang dicampurkan dengan belimbing buluh juga bisa menggugat diet saya.Ikuti entry saya yang seterusnya dengan resepi ikan puyu masak lemak cili api.




Pamali atau pantang larang dalam masyarakat Banjar

PAMALI
Pamali bermaksud pantang atau larangan yang jika dilanggar akan menyebabkan sesuatu balasan atau tulah. Orang zaman dahulu menggunakan pamali sebagai salah satu kaedah untuk mendidik dan mengajar anak supaya mematuhi perintah, arahan dan suruhan dengan lembut secara  psikologi. Anak-anak akan akur dan mematuhi pantang larang tersebut  walaupun mereka tidak rela kerana khuatir akan mendapat balasan, kecelakaan atau tulah di kemudian hari.

Pamali diciptakan oleh nenek moyang kita dalam semua aspek kehidupan. Tidak ketinggalan juga pantang larang atau pamali ini ditekankan dalam proses pembuatan makanan atau masakan. Dalam proses pembuatan tapai, kita dilarang bermasam muka nanti tapai yang dihasilkan juga masam. Perempuan yang dalam keadaan  ‘datang bulan’ juga dilarang membuat tapai nanti tapai yang dihasilkan berwarna merah.

Orang zaman dahulu kebayakannya mejadikan pertanian sebagai punca rezeki mereka seperti  menoreh pokok getah. Pokok getah lebih produktif mengeluarkan hasil pada waktu subuh. Maka mereka menciptakan satu kata, pamali bangun lambat nanti rezeki lambat masuk. Ia merupakan satu cara untuk mendisiplinkan diri kerana zaman dahulu tidak perlu ‘’punch card’’ untuk datang dan balik kerja.

Kita sering diingatkan, kalau sudah dalam perjalanan, jangan berpatah balik nanti akan terlibat dengan kecelakaan. Dalam keadaan tergesa-gesa untuk pergi ke suatu tempat, kadang kala ada barang penting yang tertinggal.  Ia mungkin hanya penyebab berlakunya kecelakaan dan ia berlaku hanya kerana kebetulan.

Nenek juga pernah berkata, jangan ambil gambar bertiga. Nanti orang yang ditengah mati dulu. Kita tidak boleh mempercayainya kerana ajal maut itu telah ditentukan oleh Tuhan. Kita seharusnya mentafsir pamali berdasarkan kepada hukum islam. Nenek juga tidak dapat menghuraikan mengapa kata pamali ini terwujud.

Banyak pamali yang diturunkan oleh nenek moyang kita dalam aktiviti harian kita. Nenek kata walaupun sudah kenyang, nasi dalam pinggan mesti dihabiskan nanti nasi menangis. Ia merupakan pujukan kepada anak kecil supaya mereka tidak membazir dan menghargai rezeki yang telah diberikan kepada kita.

Zaman dahulu tiada sofa seperti zaman sekarang. Ramai kanak-kanak memilih untuk duduk di atas bantal kerana ia lembut dan sangat selesa. Maka terciptalah pamali duduk atas bantal, nanti berbisul. Mereka akan  patuh dengan pamali itu kerana takut akan berbisul jika duduk atas bantal. Bantal dibuat khas untuk meletak kepala, adalah tidak sopan jika bantal dijadikan lapik untuk duduk. Bisul hanya dijadikan subjek dan tiada kaitan dengan duduk di atas bantal. Ia hanya psikologi dalam memberi nasihat dan mendidik anak-anak.

Pamali juga diterapkan dalam cara pergaulan kita seperti menghormati orang yang lebih tua. Kita dilarang makan berdahulu dari orang tua, nanti susah dapat rezeki. Dalam pembuatan bubur kakicak atau gayam, kanak-kanak dilarang makan ibu gayam. Kanak-kanak juga dilarang makan organ dalaman ayam seperti hati dan pedal. Sebenarnya mereka menerapkan cara-cara menghormati orang yang lebih tua dengan kata pamali.

Terdapat banyak pamali yang telah diturunkan oleh nenek moyang kita dan masih diikuti sehingga kini. Kita harus mentafsir pamali dengan rasional dan bersandarkan kepada hukum islam kerana ada juga sesetengah pamali itu bertentangan dengan hukum dan syariat. Kebanyakan pamali tidak disertakan sebab dan punca dan mungkin berlaku hanya kerana kebetulan.Pamali lebih kepada cara mendidik dan mengajar anak-anak.

1.      Jangan tidur waktu senja nanti dirasuk syaitan
2.      Anak dara tak boleh masak sambil menyanyi nanti dapat suami tua
3.      Jangan makan dengan tangan kiri nanti syaitan tumpang makan
4.      Jangan makan beralih-alih tempat, nanti kawin ramai
5.      Jangan menyapu waktu malam nanti rezeki susah masuk
6.      Lepas berkhatan tak boleh menangis nanti kawin dengan janda
7.      Jangan makan depan pintu nanti susah dapat jodoh
8.      Jangan makan sambil bercakap nanti syaitan masuk dalam mulut
9.      Jangan bergulung dalam tikar nanti kalau mandi laut akan mati digulung ombak
10.  Jangan masam muka masa mengandung nanti anak lahir tak cantik / kacak
11.  Jangan duduk tengah pintu waktu hujan nanti dipanah petir
12.  Jangan sepak orang tua nanti kaki besar sebelah.
13.  Ibu hamil tidak boleh bermalas-malas, lengah-lengah atas katil bila dah bangun tidur nanti bayi lambat keluar
14.  Jangan makan dalam pinggan yang berlapis nanti pasangan curang
15.  Jangan menjahit baju yang sedang dipakai nanti selalu ditimpa masalah
16.  Jangan berpayung dalam rumah nanti ular masuk
17.  Jangan biarkan tempat menyimpan beras licin tak berisi nanti rezeki kurang
18.  Jangan makan kaki ayam nanti tulisan tak cantik
19.  Ibu hami tak bolah merendam baju nanti air ketuban kering baru bayi mahu keluar
20.  Jangan makan tongkeng ayam nati mulu banyak cakap
21.  Jangan makan leher ayam nanti bila bersanding kepala teleng
22.  Jangan jual garam  dan jarum waktu malam nanti kedai tak maju
23.  Anak dara / teruna tak boleh beli barang 2nd hand nanti dapat jodoh dgn janda atau duda
24.  Jangan makan kerak nasi nanti rezekinya cukup-cukup
25.  Pasangan yang sudah bertunang tak bolah selalu bertemu nanti putus tuning
26.  Ibu hamil jangan suka berdiri depan pintu nanti pintu rahim lambat terbuka
27.  Ibu dalam pantang tak boleh makan bertambah nanti luka susah nak sembuh
28.  Perempuan tak boleh menghiris buah dan makan menggunakan pisau ke mulut nanti bersalin secara pembedahan
29.  Jangan petik buah dan makan atas pokok nanti buah habis dimakan keluang
30.  Jangan beri hadiah berbentuk kain kepada kekasih nanti hubungan tak panjang
31.  Ibu yang baru hamil tak boleh menyebarkan tentang kehamilannya, biar orang tahu dengan sendiri nanti keguguran
32.  Jangan bergambar bersama kekasih di pelamin orang nanti tak sempat bersanding di pelamin sendiri
33.  Suami tak boleh memancing semasa isteri hamil nanti bibir anak yang dilahirkan sumbing
34.  Jangan main sorok-sorok waktu senja nanti di sorok hantu
35.  Jangan makan sambil menongkat dagu nanti susah dapat rezeki
36.  Jangan menggantung kain sarung ke leher nanti akan mati tergantung
37.  Jangan tolak pelawaan makan, sekurang-kurangnya makan walaupun sedikit nanti kecelakaan
38.  Jangan potong rambut waktu malam nanti dapat mimpi buruk
39.  Jangan bertukar-tukar pakaian dengan orang lain nanti suami / isteri direbut orang
40.  Jangan potong kuku waktu malam nanti didampingi syaitan
41.  Orang lelaki dilarang makan tongkeng ayam nanti ikut cakap isteri
42.  Anak dara / teruna tak boleh bercermin dari cermin yang retak atau sudah pecah nanti rumahtangga tidak bahagia
43.  Ibu hamil tak boleh minum dalam cawan yang sumbing nanti bibir anak yang dilahirkan juga sumbing
44.  Jangan makan mendahului orang tua nanti susah dapat rezeki
45.  Jangan bersiul waktu malam nanti didatangi syaitan