Thursday, 23 April 2015

Meneroka Gua Tempurung


Gua Tempurung yang berusia lebih 400 juta tahun itu adalah yang terbesar di Perak, manakala trek guanya sejauh 1.9 kilometer sehala. Terdapat lima kubah yang besar di sini dan dari situlah nama gua ini diambil disebabkan kubahnya yang kelihatan seperti bawah tempurung kelapa. Mengikut cerita tour guide....dulu Gua Tempurung ni memang gelap. Tak ada lampu. Pada thn 1997 pengubahsuaian dan pemuliharaan dah dilakukan. Dah ada spot light..dah ada tangga untuk memudahkan orang ramai masuk.  Untuk sampai ke hujung gua ni...cuma ada 1 jalan je. kene merangkak dan menyusur sungai.ada satu cara untuk masuk ke dalam gua ini dan harus menuju sehingga ke hujung gua.



Add caption


Persediaan untuk menerokai gua tempurung :-


1) Lampu suluh atau headlamp. Kalau nak best, beli yang high     performance sket.
2) Pakai pakaian yang sesuai, kalau boleh seluar tu biar yang tebal sket. Seluar sukan pun boleh tapi cuba cari yang tebal sket sebab takut terkoyak masa nak mengelonsor turun nanti.3) Pakai kasut yang sesuai untuk aktiviti air… cuba cari tapak yang grip. Kasut sukan pun boleh tapi pastikan tapaknya still kuat lagi..kalau tak nanti dalam air boleh tertanggal tapaknya…ekekekekeke.. kasut getah (adidas kampung pun sesuai tapi jangan lupa pakai stokin)4) Sila bawa makanan ringan dan minuman secukupnya sepanjang trip ini yang diisi di dalam DRYBAG. Drybag amat penting yer, kalau korang taknak peralatan elektronik korang berendam sekali dalam air.


















































Laluan masuk ke dalam gua Tempurung

Kehadiran kami disambut oleh angin sepoi-sepoi bahasa dan deruan air sungai dari dalam gua...Sungguh tenang mendengar muzik alam. 
Pakej dan harga tiket

Ada empat pakej yang disediakan untuk masuk ke dalam Gua Tempurung iaitu yang paling mudah dinamakan pakej Golden Flowstone, pakej Top Of The World, pakej Top of The World and short River Adventure dan pakej yang terakhir merupakan pakej yang paling adventure ialah pakej Grand Tour yang akan memakan masa minimum 3 jam  setengah.  Waktu masuk terakhir bagi setiap pakej adalah berbeza mengikut keperluan setiap pakej. Kami pilih pakej 3...Oleh kerana kami cuma berempat, jadi kami dimasukkan sekali dengan geng siswa UITM Shah Alam yang kebetulan ada masa tu.


Laluan utama gua tempurung


Berehat kejap, penat naik anak tangga beb....
  Lukisan alam yang terhasil di dalam Gua Tempurung  sangat cantik..
Masing-masing dah letih, lupa bawa biskut atau air mineral kat dalam beg.Maklumlah st time buat aktiviti macam ni...
Kami dapat tengok macam-macam bentuk formasi batu di sekitar gua,tengkorak, ada yang bentuk tangan manusia, badan manusia, ikan lumba-lumba, gajah, perempuan sedang mengandung, obor-obor, zorro, koboi, kuda laut, orang tua dan banyak lagi. Kalau korang nak datang sini nanti kena sediakan lampu suluh atau headlight yang high power nyer  sebab korang boleh suluh dengan lebih jauh, dalam gua ni memang besar dan luas. Headlight yang murah tu cahayanya tak bolah jauh..yang depan mata boleh la nampak.

Kami diberi 10 minit masa untuk berehat sebelum menggelongsor bukit dan menyelusuri anak sungai





Papa dah ada kat bawah untuk sambut abang Fauzan turun dari lubang
Alang-alang dah basah....jom main air dulu.

Akhirnya kami dapat mencari jalan keluar dari gua.
Adik tak puas merangkak menyusur gua dan anak sungai.
Letih tapi seronok.







Kami terpaksa menaiki 640 anak tangga untuk sampai ke Platform ke 5 iaitu merupakan kawasan tertinggi di Gua Tempurung. Dikenali sebagai Top of the World dengan ketinggian 125 meter dari aras laut. Tinggi....K.yg tak berani nak tengok bawah. Gayat.......memang kena berpaut pada tiang tangga sebab kaki dah gigil..hahhahaaha



Kat dalam gua ni panas tau...tak payah le pakai baju tebal bagai...bekuap..tapi....ada 1 tempat yang kitorang berenti tu, memang ada angin macam ada air cond pulak..ha....kat situ kami berenti lama sikit.


Dalam gua ni ada banyak bilik..kekeke..kalau nak tinggal dgn kelawar boleh la tidur kat sini.
Penerokaan kami menjadi lebih menarik dan seronok apabila mula menyusuri anak sungai di dalam gua pastu masing-masing perlu merangkak, menggelungsur, menyusur dan meniarap dan menyusup kedalam lubang lubang kecil bagi meneruskan penerokaan. Memang kelakar sebab macam-macam aksi bebudak UITM tu. Memang kelakar.

Dalam gua ni kami nampak banyak stalagmites (bonggol naik ke atas) dan jugak stalactites (bonggol ke bawah) yang terbentuk akibat titisan air sejak berjuta tahun dahulu. Menurut tour guide tu, untuk terjadiknya 1 inci stalactites, mengambil masa kira-kira 2 juta tahun. Masa menyusur sungai memang tak banyak amik gambar, handphone K.yg dah habis beteri. harap handphone husband je utk amik gambar.


Selepas penat menggelongsor, merangkak, menyusup selama 2 jam, akhirnya kami dapat keluar dari gua.  Tak dinafikan, memang letih tapi... memang berbaloi-bloi dapat melakukan aktiviti macam ni dengan keluarga. Mula-mula masuk kat sini memang risau kene tendang sebab kat kaunter tiket tu aada tulis minimum 8 orang satu kumpulan sedangkan kami cuma berempat sahaja. Maklumlah...keluarga kami kecik je. Nasib baik brader guide tour tu izinkan kami follow group siswa UITM yang kebetulan baru nak masuk kat dalam gua tu. Alhamdulillah...akhirnya dapat juga kami join aktiviti ni.
Kami tidak melepaskan peluang bergambar di hadapan replika Gua Tempurung. Kalau ada masa, In Syaa Allah kami akan datang semula ke sini. Terima kasih kepada papa dan anak-anak mama yang memang sporting..Terima kasih kenangan....