Friday, 22 April 2016

instituto para os assuntos civicas e munipais - Macau




Instituto para os Assuntos Civicas E Munipais
Bangunan ini dari luar kelihatan sangat biasa tetapi sangat mengujakan apabila melihat lukisan yang terdapat pada dinding bangunan. Bangunan ini merupakan bangunan kerajaan yang telah tidak digunakan lag. Walau bagaimanapun, masih terlihat memo ditampal pada papan kenyataan untuk dilihat oleh pelancong.




Disekeliling bangunan terdapat berbagai-bagai lukisan lama.



 Setiap memo adalah dalam bahasa Portugis.

 Pada awalnya, corak lukisan pada dinding bangunan langsung tidak menarik hati tetapi apabila saya hampiri, rupa-rupanya ia merupakan cerita dalam bentuk lukisan. Sangat menarik Setiap lukisan mempunyai kisah yang ingin diceritakan.




Leal Senado Building and Senado Square - Macau


Leal Senado Building and  Senado Square 

Leal Senado ini adalah tempat yang selalu menjadi pilihan para pelancong kerana di sini terdapatnya seni dan bangunan lama yang masih kekal utuh. Senado Square sering diadakan festival, acara keramaian atau perayaan-perayaan besar. Di kanan dan kiri jalannya terdapat banyak bangunan tua dan unik neo-klasik yang dulunya merupakan gereja, gedung senat, dan lain-lain. 
Bangunan di sekitarnya hampir kesemuanya berwarna pastel bergaya mediterania. Tempat ini lebih menarik dilihat pada waktu malam. 



 

Pada tahun 2005 ia telah diiktiraf dalam Senarai Warisan Dunia UNESCO kerana ia merupakan sebahagian daripada "Historic Centre of Macau"Senado Square merupakan sebuah ruang publik yang sangat menarik di Macau. Senado Square ini merupakan kota yang berusia sangat tua. Senado Square yang juga disebut dengan nama Largo do Senado ini terletak di bagian tengah dari Peninsula Makau. Alun-alun kota ini mempunyai ukuran yang luas, 3700 meter persegi dan merupakan satu dari empat alun-alun kota terbesar yang ada di Makau. Tiga alun-alun lainnya adalah Praça do Centro Cultural, Praça do Lago Sai Van dan Praça do Tap Seac.

Sebagai sebuah area yang dibangun pada zaman dahulu, Senado Square ini masih menyisakan kesan oldies. Area di sekitar Senado Square banyak dijumpai berbagai bangunan tua yang masih berdiri utuh. Jadi tidak hairan kalau Senado Square ini menjadi destinasi wajib dan sangat populer di Macau. Diantaranya yang berdekatan adalah Leal Senado Building, General Post Office dan Macau Tourism Centre.

Kondisi dari Senado Square ini pun masih terjaga dengan sangat baik. Bahkan pada tahun 2005 lalu, Senado Square ini telah secara resmi masuk dalam salah satu daftar situs bersejarah yang dilindungi, UNESCO World Heritage. Status yang sama seperti yang dimiliki oleh Tembok Besar  ataupun Prajurit Terracotta yang merupakan destinasi populer di Cina. 




Nama Senado Square sendiri diambil dari nama Leal Senado yang merupakan sebuah tempat pertemuan  untuk masyarakat Cina dengan Portugis pada abad 16 dan 18. Lokasi area pertemuan itupun berada tepat di depan Senado Square, tepat di lokasi berdirinya Leal Senado Building saat ini. 

Senado Square merupakan pusat kegiatan penduduk Macau yang terletak di pusat kota Macau atau yang biasa disebut Macau Peninsula. Sepanjang jalan ini, terdapat berbagai restoran yang menawarkan makanan khas Portugis.


Venetian - Macau




Venetian Macau 

Macau memang terkenal dengan pembangunan hotelnya. Terlalu banyak hotel sepanjang jalan di Macau dan salah satunya adalah Venetian Macau yang merupakan pusat kasino terbesar di dunia
 dan tersenarai sebagai  salah satu tempat paling menarik di AsiaMenariknya di sini kesemua kemudahan dan tarikan disini mempunyai seni reka yang berlainan dari tempat lain. 




Macau juga ada pemandangan yang  layaknya seperti di kota Venice Italy. Di Venetian  ini terdapat Gondola yang memberikan perkhidmatan mengelilingi Hotel Venetian. Air yang sangat biru dan jernih amat menarik dan perjalanan menaiki gondola menyajikan pemandangan yang sangat mengujakan. Semasa menaiki Gondola / perahu, sang Pilot Gondola tersebut akan dengan nyanyian merdu yang akan membuat perjalanan menjadi sangat romantik.

Percaya atau tidak, langit dan awan itu hanya lukisan semata-mata

Dinding bangunan tempat perjudian terkemuka ini dihiasi dengan lukisan dan corak yang sangat menarik. Warna keemasan menjadikan bangunan ini kelihatan sangat mewah. 






Saya berpeluang masuk melihat perjudian dijalankan. Tetapi dikawasan perjudian ini tidak dibenarkan menggunakan kamera dan Cuma dapat mengambil gambar di bahagian luar sahaja. 

 Disini terdapat kios dan kedai-kedai barang berjenama. Ini bukanlah tempat yang sesuai untuk membeli cenderamata kerana harga barangnya memang mahal.

Percutian ke Macau & Hong Kong - Hari ke-2 [Part 2] Ruins of St. Pauls




Percutian ke Macau & Hong Kong - Hari ke-2 [Part 2]
Ruins of St. Pauls

Rabu, 17.06.2015
Aktiviti :-
1. Berjalan-jalan di sekitar kawasan hotel
- Mencari restoran halal
- Melihat pasar pagi di lorong-lorong tepi jalan
2. Ruins of St. Pauls
- Melihat sisa bangunan gereja yang telah hampir runtuh.
3. Outer Harbour Ferry Terminal
- Membeli tiket ferry  [Macau – Kowloon – Macau]
- Menaiki bas dari Kowloon ke Mongkok
4. Check in [Me Easy Hotel]

5. Mongkok Night Market  @ Ladies Market





Ruins of St. Paul's (juga dikenali sebagai Sam Ba Sing Tzik) didirikan bersebelahan dengan Kubu Gunung yang terkenal dan Muzium Macau. Bangunan dinding bahagian hadapan merupakan satu-satunya tinggalan gereja yang paling besar.Anaktangga daripada batu dibina untuk memulihara dan memudahkan pengunjung untuk naik ke bahagian atas dimana terletaknya bangunan tersebut. Tempat bersejarah ini jaraknya cuma 2.0 kilometer dari hotel tempat kami menginap dan kami kesini hanya dengan berjalan kaki dalam 20 minit perjalanan melalui jalan pintas di celah-celah bangunan.


Terdapat banyak gereja boleh ditemui di Macau, tetapi yang paling unik dan sering dikunjungi kebanyakan pelancong adalah gereja The Ruins of St. Paul’s. Apa yang menjadi daya tarik dari gereja ini adalah bentuknya yang unik. Gereja ini didirikan pada 1602-1640 ini mengalami kehancuran pada 1835 yang akhirnya hanya tersisa dinding bahagian hadapannya sahaja. 



Jika sudah berada di Macau,ambillah peluang untuk mengunjungi tempat ini. Ruins of St Paul merupakan landmark dari kota Macau. Gereja ini dibangun pada tahun 1602 di samping Jesuit College of St. Paul’s. Namun, pada tahun 1835, kebakaran terjadi dan melahap habis universiti dan bangunan gereja, akibatnya hanya menyisakan bangunan hadapan gereja (facade) seperti sekarang. Pada bangunan ini menampilkan ukiran yang berkaitan dengan kisah gereja Katolik di Asia lengkap dengan beberapa gambar naga dan kapal berlayar.Selain itu, ukiran-ukiran dan ornamen Ruins of St. Paul’s Church juga menunjukkan campur tangan budaya China dalam pembangunannya.


Bagi anda yang meminati sejarah, Ruins’ of St Paul’s ini memang wajib dilawati untuk melihat sendiri betapa gahnya peninggalan salah sebuah gereja yang terbesar di Asia satu ketika dahulu. Disenaraikan sebagai salah satu World Heritage Sites oleh UNESCO, jutaan manusia telah melahirkan rasa kagum mereka melihat keunikan dan keperincian lukisan-lukisan di bangunan ini. Ambik gambar pun cantik jugak kat sini. Ruin of St Paul ini adalah kesan peninggalan runtuhan gereja yang terdahulu. Yang masih kekal adalah pintu hadapannya yang masih berdiri utuh.



Pada tahun 2005, Ruins of St. Paul’s Church ditetapkan menjadi situs warisan dunia UNESCO, oleh karena itu bangunan tua ini benar-benar dipelihara oleh pemerintah Macau. Di bahagian belakang runtuhan, terdapat tiang penyangga yang digunakan untuk menopang bangunan. Tangga batu juga dibina bagi memudahkan pelancong dan pengunjung  naik melihat bangunan runtuhan gereja bahagian atas dari belakang. Di dasar runtuhan bangunan ini juga dibina The Museum of Sacred Art and Crypt yang memiliki koleksi artifak-artifak keagamaan, patung, lukisan, pahatan dan barang-barang upacara dari gereja-gereja dan biara-biara. Museum ini dibuka untuk umum mulai pukul 09.00 s.d. 18.00 tanpa bdikenakan sebarang bayaran masuk.


Reruntuhan gereja St Paul merupakan ciri khas Macau. Setiap orang yang berkunjung ke Makau pasti menyempatkan diri untuk berfoto di depan runtuhan bangunan gereja ini. Begitu juga saya waktu berkunjung ke macau, saya ingin melihat secara jelas keindahan reruntuhan gereja ini dari dekat.Lokasi bangunan runtuhan gereja St Paul ini adalah di senado square, salah satu tempat makan dan berbelanja di macau. Di lokasi ini banyak kedai-kedai barang branded dan tempat makan seperti kios-kios di tepi jalan.


Setelah puas melihat sisa bangunan lama Ruins of St. Pauls, kami pulang semula ke hotel tempat kami menginap. Rakan-rakan kami yang berbangsa cina, menyinggah ke dalam restoran dan membeli beberapa bungkusan makanan juadah tengahari untuk dimakan di hotel nanti. Saya dan Zaila masuk kedalam sebuah pasaraya.  Oleh kerana saya memakai kasut yang bertali di bahagian belakang tumit, ia menyebabkan tumit saya melecet kerana terkena geseran memandangkan kami telah berjalan jauh. Semasa pulang ke hotel , saya membeli kasut sandle dengan harga MOP 50.00 / +- RM 25.00. Bagi saya harga itu lebih mahal dari harga kasut yang sepertinya di Malaysia. Oleh kerana keperluan, saya terpaksa membelinya kerana itulah satu-satunya kasut yang paling murah disitu. Kami naik ke bilik dan mengemaskan barang sebelum check out pada tengahari ini juga.

City of Dream - House of Dancing Water - Macau


House of Dancing Water



Dicipta dan diarahkan oleh Franco Dragone, sebanyak USD250 juta dikeluarkan untuk  ‘The House of Dancing Water’, ianya adalah persembahan berasaskan air yang indah juga cemerlang di dalam meluahkan budaya Asia di atas pentas. Ia boleh dikatakan seperti Istana Budaya tetapi persembahan, jalan cerita dan lakonan artis artis tersebut memang mantap ditambah pula dengan aksi aksi menarik mereka. 

Lorong utama menuju ke House of Dancing Water

Saya tidak melepaskan peluang untuk mengabadikan kenangan di hadapan house of dancing water
Tiket telah kami beli melalui online sebelum sampai ke Macau lagi. Ini untuk memudahkan jadual aktiviti kami disini. Kami hanya perlu print resit tempahan online dan tunjukkan semasa berada di kaunter masuk. Selepas itu barulah kami diberikan tiket yang sebenar.




Kami membeli tiket tempat duduk dihadapan untuk merasai percikan air dari pentas
Kami telah duduk di tempat masing-masing dan telah bersedia untuk menikmati dan menghayati pementasan. Semasa pementasan, memang ada air yang memercik dan ia membuatkan kami lebih teruja. Tempat duduk yang paling hampir dengan pentas adalah yang paling mudah terkena percikan air. 

Korang akan terpukau bila dapat menonton aksi mereka kerana mereka berjaya membawa korang untuk menghayati jalan cerita dan korang akan rasa seperti berada dalam jalan cerita.House of Dancing Water adalah sama seperti pementasan. Ia dipertontonkan pada waktu malam, pentas House of Dancing Water amat menakjubkan kerana ia diisi oleh 14 juta liter air. Sistem kawalan pentasnya sangat mengujakan dimana lautan dalam beberapa saat mampu bertukar menjadi daratan.
Sangat teruja apabila pentas yang kering tiba2 dipenuhi air dan muncul pula sebuah kapal yang sangat besar dari dalam air.



Pentas yang dipenuhi air tiba2 kering seperti diatas daratan








Aksi motosikal sarkas dipersembahkan sebagai penutup pementasan kali ini 



Diatas pentas yang sama dimana sebelumnya dipenuhi air, kini menjadi kering seperti di daratan