yang utama kawasan air terjun ini ialah rangkaian air terjunnya yang menjunam dari ketinggian 100 meter ke bawah. Di sana juga terdapat ruang-ruang untuk beristirehat dan gerai-gerai makanan untuk para pengunjung. Selain itu, para pengunjung juga boleh melawat taman orkid dan taman bambu.
Tempat ni masih dalam proses pembaikpulihan. Saya sangat teruja melihat pembangunan yang berlaku kat tempat ni. Pada 20 tahun yang lalu [1996], tempat ni sangat tidak terjaga. Tandas sangat kotor. Kini segala-galanya telah bertukar. Sangat tersusun dan terjaga.Sebahagian besar air terjun ini dipenuhi batu-batuan besar. Air terjun ni sangat curam dan licin. Ini sangat merbahaya. Sila awasi anak-anak kecil korang ye.Jangan bagi mereka panjat batu. Malang tak berbau..
Air terjun Lata Kinjang merupakan air terjun tertinggi di Asia Tenggara. Air Terjun ini memang telah lama dibuka untuk orang awam. Air terjun ni memang nampak tinggi tapi sebenarnya cuma ada kolam kecil yang terbentuk hasil daripada air yang mengalir turun dari bukit.
Semasa kami bermandi-manda, datang beberapa orang anak orang Asli. Kak Yang mengambil kesempatan ini untuk bersembang dengan mereka. Mereka fasih berbahasa melayu tetapi masih ada slang bahasa mereka. Kampung mereka terletak di pinggir jalan masuk ke Hutan Lipur Lata Kinjang. Walaupun umur mereka masih kecil dalam lingkungan 5 tahun hingga ke 12 tahun, mereka sangat berani datang ke sini tanpa diiringi ibu bapa diorang. Mungkin mereka dah biasa dengan tempat ni dan dah jadi tempat permainan diorang. Kalau melihat aksi mereka mandi dan bermain kat situ, memang terpegun..dia boleh naik kat atas pastu turun menggelongsor atas batu ikut aliran air dengan menelentang. Ngeri pulak Kak Yang tengok. Diorang pakai baju harimau Malaya. Baju tu memang sesuai dgn mereka.hehehe...
Bangunan Surau telah hampir siap sepenuhnya tetapi masih berkunci dan belum dibuka kepada pengunjung. Lepas ni senang la pengunjung yang nak menunaikan solat kat sini.
Bangunan tandas awam juga telah di sediakan. Tandas awam ni dah dibuka dan semua pengunjung boleh masuk dengan percuma. Dalam tandas ni diorang ada buat landscape tapi masih dalam pembinaan. Sangat cantik dan selesa. Kalau pembinaan telah siap sepenuhnya, mungkin akan dikenakan bayaran. Tak kisah la bayar kan...janji selesa dan tandas terjaga, tak kotor.
Bila dah mandi-manda, berendam lama dalam air yang sejuk tu...perut memang akan lapar. Kak Yang dah siap bawa bekalan makanan dari rumah. Nasib baik bawa bekal.Kat sini ada disediakan tempat berehat yang berbumbung dihadapan air terjun tu. Kalau hujan, boleh la berteduh kat sini. Tempat ni pun sangat selesa dan besar. Kalau nak, kat tempai ni pun boleh pasang khemah.Lebih mudah nak tukar pakaian kan....Memang banyak gerai makanan kat sini.Tapi banyak yang jual hot dog, nugget burger dan buah. Harganya boleh tahan la...mahal sket dari harga kat pasar malam. Ada juga restoran yang jual nasi berlauk tapi better bawa bekal dari rumah. Boleh makan ulang-ulang dan jimat.