Tuesday, 21 April 2015

Siakap Stim Limau




Ini satu lagi menu kegemaran family kak yang.. Siakap Stim Limau. Dalam masa sebulan tu mesti ada sekali dua masak menu ni. Anak2 kak yang dah besar, dah pandai minta mama dia masak itu ini. Menu ni mudah je nak buat.

Jom kita Cari Ikan..

Pernah tak korang buat apa yang kak yang buat ni? Ni la aktiviti orang kampung bila sampai musim air sawah kering. Kitorang tangkap ikan. Enjoy gila lah buat benda ni. Hahahaha...nampak ganas kan aktiviti ni. Kami panggil aktiviti ni menggagau ikan.




Kalau siang ikan sorang2 memang lambat siap. Tapi kami siang ikan ramai2. tak terasa, kejap je dah siap.





Ni la hasilnya..kami buat ikan sepat kering

Abah lebih suka tangkap ikan guna jala

Man Sempoi...tiap kali balik kg, mesti ajak abah cari ikan.