Ini satu lagi menu kegemaran family kak yang.. Siakap Stim Limau. Dalam masa sebulan tu mesti ada sekali dua masak menu ni. Anak2 kak yang dah besar, dah pandai minta mama dia masak itu ini. Menu ni mudah je nak buat.
Siakap Stim Limau
Bahan-bahannya:-
1
Ekor ikan siakap sederhana besar
8
Ulas bawang putih ditumbuk
3
Batang serai
-
2
Batang dihiris halus dan ditumbuk
-
1
Batang di ketuk dan dipotong serong memanjang
1
Inci halia
-
½
Inci dihiris panjang
-
½
Inci ditumbuk
1
Inci lengkuas ditumbuk
20
Biji cili padi ditumbuk kasar
2
Biji bawang besar dipotong bulat
1
Genggam daun kesum
½
genggam lobak masin dipotong kecil
5
sudu jus limau purut – mengikut kesesuaian rasa
1
Batang lobak dipotong
2
Tangkai cili besar dihiris
Sedikit
kobis dipotong
Sedikit
gula
Garam
secukup rasa
Air
secukupnya
Sedikit
serbuk perasa jika mahu
Cara
memasak :-
Perapkan
ikan selama 5 minit dengan bahan tumbuk [ halia, serai, lengkuas] , jus limau
purut, garam dan sedikit cili padi. Jangan lupa masukkan juga kat dalam perut
ikan tu. Letakkan ikan diatas pengukus dan biarkan sementara. Rebus semua bahan
yang lain ke dalam periuk kukus. Kalau
korang suka bawang yang rangup2 gitu kan… masukkan je bawang tu bila dah nak
masak nanti. Kukuskan ikan selama 20 minit. Kalau kuahnya kurang rasa, tambahkan
la lagi garam dan jus limau tu. Angkat ikan, letak kat dalam pinggan dan
tuangkan kuahnya. Hiaskan la ikut suka hati korang. Nak tabur daun sup ke…nak
letak hirisan cili ke..nak letak daun pudina ke..janji sedap dan menarik.
Kak yang guna jus limau purut ni. |
No comments:
Post a Comment