Rabu, 17.06.2015
Aktiviti :-
1. Berjalan-jalan di sekitar kawasan hotel
- Mencari restoran halal
- Melihat pasar pagi di lorong-lorong tepi jalan
2. Ruins of St. Pauls
- Melihat sisa bangunan gereja yang telah hamper runtuh.
3. Outer Harbour Ferry Terminal
- Membeli tiket ferry [Macau – Kowloon – Macau]
- Menaiki bas dari Kowloon ke Mongkok
4. Check in [Me Easy Hotel]
5. Mongkok Night Market @ Ladies Market
Setelah mandi dan mengenakan sedikit solekan nipis, saya dan Zaila turun ke bawah kerana kami telah berjanji untuk bertemu ditingkat bawah pada jam 8.30 malam untuk berjalan-jalan ke ladies Market bersama-sama dengan rakan-rakan yang lain. Inilah masa yang kami tunggu-tunggu…masa untuk shopping…
Mong Kok adalah daerah beli-belah dan kediaman yang paling sesak di Hong Kong, tetapi jangan gentar. Jalan-jalan yang dilimpahi lampu neon ini amat berbaloi untuk dilawati, semata-mata untuk 'melihat manusia'. Beli-belah di situ juga amat menarik. Malam itu kami lebih santai. Hanya membelek dan melihat-lihat barang jualan yang dipamerkan dan membeli mana-mana barangan yang diinginkan. Terlampau banyak pilihan dan terlampau banyak bahan jualan yang boleh dijadikan cenderamata. Harganya juga memang berpatutan.Saya telah berjanji dengan anak-anak bujang saya untuk membelikan mereka jam tangan. Kami akhirnya terpisah kerana masing-masing ingin mencari barang yang diingini. Melihat barangan yang dijual disini sejujurnya membuatkan saya stress…manakan tidak, itu cantic…ini pun cantik…itu murah…ini pun murah…akhirnya saya dan Zaila mengambil keputusan untuk window shopping dan survey harga sahaja pada malam itu kerana malam esok kami masih berada disini.
Ladies Market di Mongkok ini lebih kurang sama dengan jualan di uptown di Malaysia. Jangan pelik kenapa ia digelar dengan nama Ladies Market. Ia diberikan nama jolokan Ladies Market kerana pengunjungnya rata-rata adalah wanita. Sebenernya disini bukan hanya menjual barangan wanita tetapi barangan lelaki juga ada dijual. Ladies Market menjual bermacam-macam barang termasuk aneka cenderamata khas Hong Kong, gantungan kunci, baju sutera, beg tangan, baju berlogo Hong kong, shawl pashmina,jam tangan, luggage, payung, topi dan banyak lagi. Kawasan ini penuh dengan pedagang yang membuka dagangan mereka dibawah khemah.
Tidak tahu sudah berapa pusingan kami mengelilingi ladies
market ni. Kalau dikira kilometer, agaknya dari Perak dah sampai ke Kuala
Lumpur kami berjalan. Hampir semua barangan dan semua gerai yang ada kami masuk
dan belek. Akhirnya saya membeli 6 helai t-shirt ‘’I LOVE HONG KONG’’ dengan
harga HKD 100.00 daripada seorang peniaga yang pandai berbahasa melayu kerana
dia berasal dari Malaysia. Saya pergi ke sebuah gerai t-shirt yang lain untuk
membeli 9 helai t-shirt lagi dengan
harga HKD 100.00. Harga yang sama dengan kuantiti yang berbeza. Sebenarnya
memang ada perbezaan antara keduanya. T-shirt 6 helai HKD 100.00 kainnya lebih
berkualitidan warnanya tidak luntur.
Saya juga membeli sepasang kasut yang tapaknya rata tanpa tumit untuk
keselesaan saya ketika berjalan melakukan aktiviti pada hari esok.
Kawasan ini merangkumi satu daripada pasar paling popular di Hong Kong. Bagi memudahkan lagi pelanggan mencari barangan yang diingini, perniagaan disini diasingkan mengikut jenis perniagaan mereka. Terdapat sekumpulan peniaga yang menjual satu jenis produk di satu batang jalan. Mong Kok mempunyai jalan-jalan dan seksyen di jalan yang dikhaskan untuk menjual ikan emas, bunga, burung, kasut sneaker, barangan dapur dan baju pengantin.
Dari hotel tempat penginapan kami, kami cuma perlu berjalan selama 5 minit untuk sampai ke Ladies Market ini.
Keadaan di Hong Kong lebih selesa berbanding Macau. Di sini terdapat banyak restoran makanan halal. Walaubagaimanapun, harganya memang lebih mahal kerana penduduk di sini tidak makan nasi seperti orang melayu. Mereka lebih menggemari makanan berasakan mee.
Baklava yang sangat sedap kerana chefnya memang berasal dari Turkey. |
Walaupun jam sudah hampir ke pukul 12 malam, kami tetap meneruskan pencarian kami...mencari barang cenderahati untuk dibawa pulang. Terlalu banyak barang yang diniagakan menyebabkan kami rambang mata. Tak tahu nak pilih yang mana satu.
Mereka hanya membuka dagangan pada waktu petang hingga menjelang tengah malam. Ada juga yang sudah mula berniaga pada jam 2 petang. Kemampuan memilih barang dan menawar harga adalah seni yang sangat diperlukan ketika berbelanja di Ladies Market! Sepertiga harga adalah penawaran pembuka yang dianjurkan.
Di sini ada seorang peniaga berbangsa Cina yang fasih berbahasa melayu kerana dia berasal dari Malaysia. Saya membeli 20 helai baju t-shirt dari tauke tersebut dengan harga HKD 10.00 sehelai. T-shirt ini saya beli untuk adik2.
Sangat cantik jam yang dijual disini. Saya membeli 25 pcs jam tangan kanak2 dengan harga RM 5.00 seunit. Sesuai dijadikan cenderamata untuk anak2 buah.
Seperti namanya, Ladies Market memang menjual sebagian besar produk untuk para kaum hawa. Beberapa barang di antaranya adalah tas, kaos, gantungan kunci dan lain-lain. Sebagian besar barang-barang tersebut adalah barang KW alias aspal. Jadi, Anda di sini harus mempunyai keahlian untuk menawar barang. Bahkan tak jarang banyak yang menyarankan Anda untuk menawar bahkan hingga setengah harga.
Akhirnya saya terjumpa gerai yang menjual figura anime. Anak-anak bujang saya sangat menggemari anime. Saya beli 12 pcs figura dengan harga RM 120.00.
Saya dan Zaila pulang ke bilik pada jam 12.30 pagi.
Apabila pulang ke bilik, kami dapati wi-fi masih belum boleh digunakan. Ini
membuatkan kami sedikit kecewa dengan pihak pengurusan. Selapasmandi dan solat
saya mengunci alarm pada jam 3.00 subuh. Kami perlu bersahur kerana esok adalah
1 Ramadhan. Jika mengikut kiraan kitaran
pusingan haid saya, saya akan datang kotor pada 20 haribulan nanti. Maksudnya
saya masih sempat berpuasa di Hong Kong. Badan pun dah letih, dah
mengantuk…saya menutup lampu dan terus tidur. Saya tersedar apabila alarm
berbunyi. Saya memasak air untuk merendam mee segera dan membancuh air milo
sebagai menu sahur kami pada hari itu. Apalah menu sahur suami dan anak-anak
saya pada hari ni ye.. Wi-fi pula problem. Saya tak dapat berhubung dengan
suami. Tapi tak apa, saya tahu suami saya seorang chef yang bagus. Cuma saya
khuatir mereka tidak terjaga kerana mulut saya adalah alarm mereka setiap hari.
Inikan pula waktu sahur. Memang sami dan anak-anak tunggu suara merdu saya untuk
mengejutkan mereka untuk bangun sahur.
Selepas makan sahur, saya solat subuh dan menyambung semula tidur
sehingga jam 7.30 pagi. Pada jam 8.00 pagi ini kami telah berjanji untuk
berkumpul dan akan pergi ke destinasi kami yang seterusnya iaitu ke Golden Bauhinia
Square di Wan Chai.