Saturday, 23 April 2016

Percutian ke Macau & Hong Kong - Hari ke-2 [Part 3] Outer Harbour Ferry Terminal


Rabu, 17.06.2015
Aktiviti :-
1.Berjalan-jalan di sekitar kawasan hotel
- Mencari restoran halal
- Melihat pasar pagi di lorong-lorong tepi jalan
2.Ruins of St. Pauls
- Melihat sisa bangunan gereja yang telah hamper runtuh.
3.Outer Harbour Ferry Terminal
- Membeli tiket ferry  [Macau – Kowloon – Macau]
- Menaiki bas dari Kowloon ke Mongkok
4.Check in [Me Easy Hotel]
5.Mongkok Night Market  @ Ladies Market

Sekali lagi kami perlu berjalan jauh selama 25 minit untuk menaiki bas di jalan utama. Pada kali ini kami banyak menuruni bukit dan menuruni anak tangga.  Sebenarnya sebelum saya datang ke Macau, saya menggantikan luggage saya yang bersaiz besar kepada luggage yang bersaiz lebih kecil kepunyaan adik saya. Dalam fikiran saya, luggage yang lebih kecil akan memudahkan saya untuk berjalan. Malangnya luggage kepunyaan adik saya tu sebenarnya batang penariknya telah rosak. Saya terpaksa mengangkat luggage dan sesekali saya tarik juga tetapi saya terpaksa membongkok la. Ia menyebabkan tangan saya lenguh dan pinggang saya sakit. Nasib baik saya ada membawa sebuah beg sandang dimana saya letakkan segala dokumen penting seperti passport dan dompet saya.

Kami meneruskan pengembaraan kami ke Hong Kong dengan menaiki ferry Turbojet.

Hampir setengah jam kami berada di dalam bas, akhirnya kami sampai ke  Outer Harbour Ferry Terminal dan kami berbaris membeli tiket 2 arah dari Macau ke Kowloon  dan Kowloon ke Macau dengan harga HKD153.00 / +- RM80.00. Sebelum masuk ke ferry,  passport kita akan diperiksa terlebih dahulu. Kami menaiki ferry turbojet. Di dalam ferry ini tempat duduknya  agak sempit dan kami meletakkan luggage kami di bahagia belakang dimana ada disediakan tempat khas meletak luggage. Kami menikmati pemandangan laut dari dalam ferry dan sempat mengambil beberapa keeping gambar sebagai kenangan. Di dalam ferry ada disediakan wi-fi tetapi jaringannya adalah sangat teruk. Saya menghantar inbox kepada suami dan memberitahunya bahawa saya berada di dalam ferry dan akan menyeberang ke Hong Kong.





Perjalanan menaiki ferry dari Macau ke Hong Kong mengambil masa lebih kurang 1 jam.







1 Jam berada di dalam ferry membuatkan mata kami mengantuk dan kami mengambil kesempatan ini untuk merehatkan mata. Kami semua tertidur dan sedar apabila ferry sudah hamper sampai ke seberang. Olweh kerana tempat duduk yang sempit, saya terpaksa tidur dengan keadaan duduk menegak. Apabila bangun dari tidur, masing-masing mengurut leher . Akhirnya kami Berjaya menyeberang dengan selamat. Sebelum kami keluar, sekali lagi tiket dan passport kami diperiksa. Kami mengambil luggage masing-masing dan berbaris untuk keluar dari ferry. Kami perlu mencari bas untuk pergi ke Mongkok, Kowloon (Sun Hing Building) dimana terletaknya  Me Easy Hostel, bilik penginapan yang telah kami booking melalui online. Pada jam 7.00 petang akhirnya kami check in ke bilik masing-masing.







Me Easy Hostel bagi saya adalah penginapan yang sedikit menakutkan. Ia terletak di tengah Bandar dan mudah untuk mencari pengangkutan awam seperti bas dan keretapi. Apa yang menakutkan saya adalah kedudukan bilik ini yang melalui lorong sunyi di tingkat atas dalam bangunan.  Bilik saya dan Zaila ditingkat atas dan biliknya sangat sempit. Bilik kami cuma mempunyai bilik air, 2 buah katil single dan sebuah meja yang diletakkan cerek pemanas air. Jarak katil saya dan datil Zaila cuma muat untuk kaki kami berjakan sahaja dan jarak katil ke bilik air cuma dalam 1 depa. Tiada ruang yang boleh saya bentangkan sejadah. Selepas mandi, saya terus solat diatas katil. Saya masak air dan membancuh 2 peket quacker oat untuk saya dan Zaila. Malam ini kami merancang untuk berjalan-jalan di Mongkok Night Market atau lebih dikenali sebagai Ladies Market. Inilah syurga beli belah yang terkenal di Hong Kong. Wi-Fi juga tidak boleh digunakan. Kami turun dan membuat aduan kepada pihak pengurusan dan mereka berjanji untuk membetulkannya pada mala mini juga.












Esok merupakan 1 Ramadhan. Saya dan Zaila akan berpuasa disini. Saya teringat suami dan anak-anak, ini merupakan pertama kalinya saya menyambut puasa tanpa mereka. Walaubagaimanapun, suami saya merupakan seorang suami dan bapa yang sangat baik. Dia sudah biasa membantu saya memasak dan melakukan kerja-kerja rumah. Terima kasih sekali lagi kepada suami saya kerana memberi keizinan untuk saya menyertai percutian ini bersama rakan-rakan saya. Saya meletakkan bungkusan kurma yang saya bawa dari Malaysia dan meletakkannya diatas meja untuk persediaan bersahur subuh nanti. Waktu solat subuh di Hong Kong masuk pada jam 4.14 dan maksudnya saya perlu bersahur selewat-lewatnya pada jam 3.30 subuh.  Waktu solat Maghrib pula masuk pada jam 7.10 . Waktu berpuasa saya disini adalah lebih panjang. Setelah selesai solat dan makan, kami turun kebawah dan berkumpul dengan rakan-rakan lainnya. 

No comments: