Friday, 22 April 2016

Venetian - Macau




Venetian Macau 

Macau memang terkenal dengan pembangunan hotelnya. Terlalu banyak hotel sepanjang jalan di Macau dan salah satunya adalah Venetian Macau yang merupakan pusat kasino terbesar di dunia
 dan tersenarai sebagai  salah satu tempat paling menarik di AsiaMenariknya di sini kesemua kemudahan dan tarikan disini mempunyai seni reka yang berlainan dari tempat lain. 




Macau juga ada pemandangan yang  layaknya seperti di kota Venice Italy. Di Venetian  ini terdapat Gondola yang memberikan perkhidmatan mengelilingi Hotel Venetian. Air yang sangat biru dan jernih amat menarik dan perjalanan menaiki gondola menyajikan pemandangan yang sangat mengujakan. Semasa menaiki Gondola / perahu, sang Pilot Gondola tersebut akan dengan nyanyian merdu yang akan membuat perjalanan menjadi sangat romantik.

Percaya atau tidak, langit dan awan itu hanya lukisan semata-mata

Dinding bangunan tempat perjudian terkemuka ini dihiasi dengan lukisan dan corak yang sangat menarik. Warna keemasan menjadikan bangunan ini kelihatan sangat mewah. 






Saya berpeluang masuk melihat perjudian dijalankan. Tetapi dikawasan perjudian ini tidak dibenarkan menggunakan kamera dan Cuma dapat mengambil gambar di bahagian luar sahaja. 

 Disini terdapat kios dan kedai-kedai barang berjenama. Ini bukanlah tempat yang sesuai untuk membeli cenderamata kerana harga barangnya memang mahal.

No comments: