Tumpi ikan adalah menu tradisional masyarakat Banjar. Aroma yang timbul dari daun pisang dan bahan dalam pembuatan menu ini sangat harum dan akan menggamit selera. Masakan ini tahan lebih lama kerana ia dimasak dengan masa yang panjang.
Resepi Tumpi Ikan
Bahan :
· 8 ekori kansepat/haruan yang sederhana besar dicuci sampai bersih dan dilumurkan dengan sedikit kunyit dan garam.
· 1 mangkuk santan pekat yang diambil dari setengah biji kelapa parut
· 1 genggam kelapa parut.
· Garam secukup rasa.
· 3 sudu serbuk kunyit.
· ½ sudu kecil serbuk perasa - jika suka.
· 1 helai daun pisang sebagai lapik di dalam kuali.
Bahan tumbuk :
· 15 biji cili padi dan boleh ditambah atau dikurangkan mengikut citarasa masing-masing.
· 3 biji bawang merah.
· 3 ulas bawang putih.
· 1 inci halia
Bahan Hiris :
· 3 batang serai panjang sejengkal di hiris serong kepada 5 bahagian bagi setiap batang.
· 6 biji buah belimbing buluh dan boleh juga digantikan dengan semangkuk hirisan manga muda atau 10 biji buah kedondong yang dibelah dua bagi setiapbiji.
· 1 labu bawang besar yang dibelah kepada 8 bahagian.
· 1 tangkai cili besar (merah) di hiris nipis.
· 1 helai daun kunyit dimayang halus.
Cara Memasak :
· Lumurkan ikan dengan bahan yang telah ditumbuk.
· Letakkan 2 lapisan daun pisang kedalam kuali bagi mengelakkan kebocoran.
· Taburkan bahan hiris berselang-seli dengan ikan.
· Taburkan kelapa parut, garam dan serbuk perasa pada lapisan yang paling atas.
· Tuangkan santan.
· Tutup dengan menggunakan daun pisang dan tindihkan dengan penutup periuk.
· Masak dalam masa 40 minit dengan api kecil
Nota :-
· Proses memasak tumpi ikan harus menggunakan api yang
kecil bagi mengelakkan masakan menjadi hangit dan seterusnya akan mengubah rasa tumpi ikan yang sebenar.
walaupun proses memasak tumpi adalah lama tetapi rasanya yang sedap, membuatkan kita sabar menunggu tumpi masak. |
Masakan tumpi boleh dipelbagaikan mengikut citarasa kita sendiri. Saya pernah buat tumpi telur ikan dan pernah buat tumpi dari ikan kembung. Bahan-bahannya juga boleh diubah. Saya juga pernah menggunakan mangga muda, buah amra atau kedondong dan juga buah tomato sebagai alternatif.
ikan besar macam ni memang ada telur...telur ukan sesuai dimasak tumpi |
telur ikan yang sedia untuk ditumpi |
masukkan semua bahan2 masakan |
lapiskan dengan daun pisang dan tutup dengan penutup periuk |
tumpi telur ikan telah masak dan sedia untuk dihidang |
No comments:
Post a Comment