Percutian ke Macau
& Hong Kong - Hari ke-2
Rabu, 17.06.2015
Aktiviti :-
1.
Berjalan-jalan di sekitar kawasan hotel
-
Mencari restoran halal
-
Melihat pasar pagi di lorong-lorong tepi jalan
2.
Ruins of St. Pauls
-
Melihat sisa bangunan gereja yang telah hamper runtuh.
3.
Outer Harbour Ferry Terminal
-
Membeli tiket ferry [Macau – Kowloon – Macau]
-
Menaiki bas dari Kowloon ke Mongkok
4.
Check in [Me Easy Hotel]
5.
Mongkok Night Market @ Ladies Market
Selepas solat subuh, saya tidak dapat memejamkan mata
lagi walaupun jam baru pukul 5.00 subuh. Saya menggunakan waktu terluang ini
untuk mengemaskan luggage. Segala isi
beg saya susun dengan kemas dan hanya tinggalkan 2 pasang pakaian untuk pagi
ini dan juga untuk persalinan tengahari nanti. Selepas habis mengemas pakaian,
saya memasak air dan membancuh air milo 3 in 1 yang memang saya bawa dari
Malaysia. Biskut kering menjadi menu sarapan pagi saya pada hari ini. Saya dan Zaila amat berharap akan berjumpa
dengan restoran halal pada pagi ni. Ye
la..kami pun nak juga merasa masakan orang sini. Selepas mandi dan menjamah
sedikit biskut yang dicicah dengan air milo, kami turun ke lobby hotel.
Alamak..menyesal pula pakai kasut bertapak tinggi. Ia membuat kaki saya berasa
sakit apabila berjalan jauh.
Kami memulakan aktiviti hari ini seawal jam 8.00 pagi.
Kami menyusuri lorong –lorong di celahan bangunan untuk mencari restoran yang
menyajikan makanan halal. Kami bersepakat untuk berpecah untuk memberi peluang
kepada rakan-rakan berbangsa cina mencari restoran yang mereka inginkan. Saya dan Zaila terus berjalan sambil melihat
gelagat orang Macau di waktu pagi. Melalui pemerhatian saya, mereka lebih suka
menggunakan pengangkutan awam. Kaki lima bangunan sesak dengan pejalan kaki.
Ada ibu yang mengheret 3 orang anak sambil mengendong seorang anak lagi
dibelakangnya. Melalui pakaian yang dipakainya pada ketika itu, saya rasa dia
ingin pergi ketempat kerja. Mungkin dia akan menghantar anaknya ke sekolah
dahulu dan menghantar anak kecilnya ke tempat asuhan sebelum dia pergi kerja. Dengan melayani karenah anak-anak kecil tanpa
ditemani suami membuatkan ibu-ibu ini nampak kelam kabut. Sabar sungguh mereka melayani anak-anak turun
naik bas . Timbul pula di fikiran saya, adakah ibu-ibu di Malaysia sangat
manja? Hahaha…Bersyukurlah kerana kita tinggal di Malaysia.
Apa yang menarik, saya boleh katakan 70% orang yang saya
jumpa ketika berjalan menyusuri kaki lima bangunan tadi adalah wanita. Secara
automatik, saya terfikir kemanakah lelaki? Kehidupan mereka disini sangat moden
tatapi mengapa wanita disini bersusah payah berjalan kaki dan menaiki kenderaan
awam sedangkan mereka sangat mampu dan mereka juga mempunyai kereta mewah yang
boleh digunakan untuk menghantar anak kesekolah. Melihat keadaan sekeliling
yang sedikit kelam kabut di waktu pagi, saya tiba-tiba tersenyum. Walaupun ibu
anak 4 tadi kelam kabut melayan karenah anak-anaknya, wajahnya sangat tenang
dan saya lihat dia masih mempunyai masa untuk bersolek. Bentuk badan wanita disini
kebanyakannya memang solid. Mungkin
kerana dengan berjalan kaki, mereka dapat menghindarkan lemak dan membuatkan bentuk badan mereka cantik. Oleh
kerana Macau dipenuhi dengan pusat perjudian, mungkin juga kerana mereka
bekerja di tempat begini mereka perlu sentiasa kelihatan cantik dan berbadan
solid. Ini Cuma telahan saya kerana saya pun tidak tahu keadaan di dalam pusat
perjudian.Satu lagi yang ingin saya kongsikan, mereka berjalan seperti kita
berlari anak di Malaysia. Mereka berjalan dengan laju. Oleh itu jangan halang
jalan mereka jika tidak mahu kene maki.
Jangan jalan bersaing jika kita ingin berlenggang kangkung ye.. Menurut rakan
kami yang berbangsa cina,bahasa yang mereka gunakan adalah lebih kasar dari
bahasa cina di Malaysia.
Kelibat seorang makcik tua yang telah bongkok sambil menolak trolly mengangkut barang jualan telah menarik minat saya. Sungguh kuat kudrat makcik ni. Teringat pula kepada ibu saya di Malaysia. Mudah-mudahan ibu saya tidak melakukan kerja begini dalam usia tuanya. Sangat kasihan apabila melihat dia bersusah payah mengangkat tayar trolly dengan isi yang berat ketika hendak melintas jalan. Mau saja saya membantunya supaya dia dapat melintas dengan selamat.
Dalam melayani fikiran, Zaila tiba-tiba menepuk bahu saya. Dia menudingkan jarinya kea rah seorang wanita yang memakai tudung sambil menolak trolly kecil dan memegang sebuah beg. Pasti dia adalah seorang muslim dan sudah lama bekerja di sini. Kami mengejar makcik itu untuk bertanya dimanakah kami boleh dapat makanan halal. Kami sungguh bernasib baik, makcik tu tunjukkan jalan dan hantar kami sampai ke hadapan restoran. Dia muslim dari Indonesia dan telah lama bekerja di Macau. Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepadanya kerana sudi membantu kami.
Kami masuk ke dalam restoran yang saya kira ia sangat
sempit dimana ruangnya Cuma dapat memuatkan 2 buah meja makan sahaja.
Didindingnya kelihatan tergantung ayat al-Quran dan beberapa gambar menu yang
disediakan. Restoran ini menghidangkan makanan Indonesia. Saya dan Zaila
memesan makanan sambil bersembang dengan 2 orang pelanggan restoran tersebut.
Katanya dia dari Jakarta dan telah berkahwin dengan orang Macau. Dia tidak
bekerja, hanya duduk di rumah dan sesekali keluar bertemu dengan rakan-rakan
senegaranya. Saya memesan soto dan air tin dengan harga MOP 36.00 / +- RM 19.00
dan Zaila memesan lontong dan air tin dengan harga 39.00 / +-RM 20.00. Disini
takkan jumpa air mineral botol kecil dengan harga RM1.00 ye. Air mineral botol
kecil dijual dengan harga RM 4.00 sebotol manakala air tin pula dijual dengan
harga RM 6.00 setin. Tidak hairanlah mengapa kami makan sarapan dengan harga
setinggi itu. Kalau kita order air ais, kebiasaannya ais yang dimasukkan
kedalam cawan Cuma dalam 6 kiub sahaja. Cukup sekadar menyejukkan air. Sangat
berbeza dengan air ais di Malaysia yang aisnya penuh cawan tapi airnya cuma
sedikit. Untuk pengetahuan, matawang Macau adalah menggunakan wang MOP,
walaubagaimanapun wang HKD boleh
digunakan disini.
Selepas habis menjamah makanan, kami berpatah semula ke restoran dimana
rakan-rakan berbangsa cina kami singgah tadi sebelum kami memulakan perjalanan
ke Ruins of St. Pauls dengan menaiki
bas. Kami berjalan bersama-sama melalui lorong dimana jualan pasar pagi sedang
berlangsung. Mata saya terpandang satu jualan yang diletakkan diatas rak
buah-buahan. Saya sangat mengenali buah tu sebab saya merupakan penggemar rasa
dan baunya. Ia adalah buah durian. Rupa-rupanya orang Macau pun pandai makan
durian. Tidak pula saya tanyakan berapa harganya. Buah-buahan tempatan kita di
Malaysia memang mempunyai nilai jika dieksport ke luar Negara. Kami meneruskan
perjalanan kami dengan menaiki bas ke Ruins of St. Pauls.
No comments:
Post a Comment