Pejam celik…pejam celik rupanya dah hampir 5 tahun kami sekeluarga berpindah ke Teluk Intan. Walaupun saya dan suami memang orang Teluk Intan, jujur saya katakan tak
banyak tempat pelancongan yang kami ketahui di Perak. Balik balik ke Lumut dan
Pangkor. Rupanya masih banyak tempat yang menarik kat Perak ni. Saya mencari
info dari internet dan berbincang dengan keluarga untuk aktiviti kami pada
hujung minggu nanti. Kebetulan pula syarikat tempat saya bekerja ada program rombongan ke Pulau Langkawi dari 13 May
2016 hingga 16 May 2016. Pekerja yang tidak mahu mengikuti program tu
diberikan cuti, dapatlah saya dan keluarga berjalan-jalan ke tempat lain.
Saya memilih beberapa tempat rekreasi disekitar Ipoh dan saya mencadangkannya kepada anak-anak
dan suami. Akhirnya kami sepakat untuk berkunjung ke Funtasy House Trick Art
yang terletak di Pekan Lama Ipoh (Ipoh
Old Town). Kami memulakan perjalanan dari Teluk Intan ke Ipoh pada jam 2.00
Petang. Kami menggunakan khidmat waze untuk mencari jalan. Maklumlah, kami
memang tak tau selok belok jalan kat Ipoh ni. Sempat juga lah terpusing-pusing
sampai jumpa stesyen keretapi Ipoh. Setelah beberapa kali tersesat, akhirnya
kami sampai juga ke tempat yang kami cari pada jam 4.00 petang. Nasib baik
tempat ni tak tutup lagi.
Memang kami tak sangka bangunan ni terletak di celah-celah
bangunan kedai 2 tingkat di Pekan Lama Ipoh. Kami menjangkakan Funtasy House
Trick Art ni terletak di sebuah bangunan yang besar diatas tapak tanahnya
sendiri. Sign boardnya yang cuma sebesar
bola sepak juga tidak berapa jelas
dan tidak kelihatan dari jalan raya. Memang susah sikit nak cari tempat parking
kereta kat area ni. Bahu jalan juga sempit. Kami parking kereta di lorong
yang lagi satu dan berjalan kaki pergi ke galeri seni tersebut. Untuk masuk kedalam galeri ini, kasut perlu ditanggalkan terlebih dahulu. Semasa masuk ke
pintu utama galeri ni, saya terpinga-pinga. Betul ke tempat ni? Saya memakai
semula kasut yang saya tanggalkan sebelum masuk tadi dan melihat semula
signboard diluar bangunan. Sah! Memang tak salah tempat. Tapi kenapa keadaannya
macam pelik.Dalam bangunan tersebut dibina sebuah rumah kedai atau rumah papan 2 tingkat yang tingkat bawahnya dijadikan kedai. Hiasannya yang sangat bersahaja dimana diletakkan tin-tin biskut besar. Didalam binaan rumah kampung itu juga
terletaknya kaunter tiket.
Suami saya pergi ke kaunter tiket dan membeli 2 tiket
dewasa dengan harga RM 15.00 seorang dan
2 tiket kanak-kanak dengan harga RM 10.00 seorang. Kami disapa oleh kakitangan galeri dan mereka sangat ramah, melayani segala pertanyaan kami dengan senyuman. Kami diekori oleh 3 orang
kakitangan galeri dan salah seorang dari mereka memberi penerangan tentang
Funtasy House Trick Art. Kami dibawa ke
dalam sebuah bilik yang dindingnya dilukis dengan lukisan 3D. Wow!!! Sangat
mengujakan…cantik dan lukisannya ‘’hidup’’.
Menurut penerangan kakitangan galeri lagi, terdapat 26 lukisan 3D menggunakan
tangan dihasilkan di galeri ini dan lukisan-lukisan ini terbahagi kepada 4
bahagian.
Bahagian Pertama lebih kepada menggambarkan tentang Ipoh. Di sini
terdapat lukisan Datuk Michell Yeoh yang berkungfu dengan berpijak pada sebuah
pasu. Mengikut penerangan yang diberikan oleh kakitangan galeri, gambar Datuk
Michelle Yeoh dipilih kerana beliau berasal dari Ipoh. Terdapat juga lukisan
keretapi ETS dan 2 orang wanita sedang menghalang kain mereka dari tersingkap kerana ditiup angin dimana ia menggambarkan betapa lajunya keretapi ETS bergerak. Lukisan yang menggambarkan banjaran Hot
Spring juga terdapat di bahagian ini. Disebelahnya pula ada lukisan sebilah
parang pemotong daging yang lengkap dengan papan lapiknya. Bahagian ini
terletak di dalam bilik yang berhampiran
dengan kaunter tiket di tingkat bawah dan jika terus kedalam lagi, kalian akan
menemui tandas. Boleh la buang apa yang patut atau mahu touchup makeup dulu pun
boleh. Jangan risau untuk bergambar di
galeri ini kerana akan ada kakitangan yang memberikan idea bagaimana gaya yang sepatutnya digayakan
dengan lukisan-lukisan disini. Posisi semasa mengambil gambar juga telah
ditandakan. Gaya yang sesuai membuatkan gambar yang diambil nanti kelihatan hidup.
Bahagian kedua pua merupakan bahagian yang paling digemari oleh
pengunjung galeri ini. Di sini terletaknya rumah terbalik atau ‘’upside-down
house’’. Walaupun tidak dipamerkan seluruh rumah ,yang terbalik di galeri ini cuma ruangan dapur tetapi ia tetap
dapat memuaskan hati pengunjung. Bahagian ini juga terletak di dalam sebuah
bilik di tingkat bawah. Kalian perlu lebih kretif jika bergambar di bahagian ini kerana meja dan kerusi
terlekat pada dinding disebelah kiri kalian manakala periuk dan kuali akan berada di atas kepala.
Kalian sedang berpijak pada dinding dapur.
Gunakan kretiviti untuk membuatkan kalian seperti sedang terbang atau
sedang memenjat dinding seperti spiderman. Pelbagai gaya boleh digayakan
disini. Kalian juga boleh bergambar beramai-ramai, tidak semestinya
berseorangan. Jika gayanya betul ia gambar yang terhasil nanti akan kelihatan
hidup dan lebih natural. Disebelah ruang ini juga terdapatnya lukisan ikan
sedang meragut umpan dan lukisan sang tikus sedang mencari makanannya
dicelah-celah botol dan tin di ruang dapur.
Bahagian ketiga pula terletak di tingkat atas. Berhati-hati
kerana kalian perlu menaiki anak tangga yang sedikit curam. Ruangan di bahagian
ini dipenuhi dengan lukisan alam fantasi. Terdapat lukisan pokok kacang gergasi
seperti dalam cerita dongeng kanak-kanak. Lukisan ini mengingatkan saya dengan
cerita Jack dengan pokok kacang gergasi. Jack lahir dari keluarga yang miskin,
dia membela seekor lembu dan ada seseorang ingin menukar lembunya dengan sebiji
kacang ajaib yang dikatakan mampu membuat Jack menjadi kaya. Jack bersetuju dan
dia menanam biji kacang tersebut Keesokannya kacang itu telah tumbuh, pucuk
kacang tersebut boleh mencecah awan. Jack memanjat pokok kacang tersebut dan
dia mendapati ada sebuah rumah diatas sana. Jack meminta makanan dari makcik
gergasi pemilik rumah itu dan jack mencuri sepundi emas milik suami makcik
tersebut. Semenjak hari itu,apabila emasnya telah habis dia akan naik ke langit
untuk mencuri emas lagi. Perbuatannya akhirnya diketahui dan gergasi tersebut
mengejarnya. Gergasi itu mengikut Jack meneruni pokok kacang ajaib. Jack
berteriak meminta ibunya mengambil kapak dan Jack menebang pokok kacang
tersebut sebelum gergasi berjaya menangkapnya. Akhirnya gergasi tersebut mati
kerana terjatuh dari pokok kacang gergasi. Ibu Jack menasihatkan supaya Jack
tidak mengulangi kesilapannya dan berusaha bersungguh-sungguh.
Selain daripada lukisan pokok kacang gergasi ada juga lakisan
seekor katak yang sedang menangkap mangsanya dengan menggunakan lidahnya yang
panjang. Ada juga lukisan pari-pari yang sedang terbang dan disana disediakan
sebuah buaian untuk pengunjung beraksi disebelah pari-pari. Berhampirannya pula ada lukisan telur gergasi
yang sedang dimasak dalam air yang panas.Dari sudut dinding yang lain pula
terdapat gambar keranda tetapi kami tidak mengambil gambar disitu kerana suami
saya tidak menggemarinya. Lukisan sebuah
lohong atau lubang besar menarik perhatian kami untuk berposing seperti telah
tergelincir dan jatuh kedalamnya. Pada dinding lainnya pula ada gambar seorang
perempuan sedang menilik sesuatu pada balang kaca berbentuk bulat dimana
kononnya dia mampu melihat apa sahaja yang ingin dilihatnya. Kami pergi pula ke sudut
yang lain dimana ada lukisan harta karun yang diletakkan di dalam sebuah peti.
Pada dinding lainnya pula ada lukisan
sebatang penyapu yang sering digunakan oleh seorang ahli sihir ‘’dark
witch’’. Kalian boleh beraksi seperti sedang terbang dengan menaiki penyapu
itu.
Kami berjalan ke bilik
yang seterusnya dan kami dapat beraksi dengan lukisan seekor gajah. Lukisan
pada dinding dalam bilik ini menggambarkan bahawa kami sedang bersama ahli
sarkas. Ada juga lukisan seorang ahli sarkas sedang bermain buaian dan dia
seolah-olah ingin mencapai tangan pengunjung galeri supaya dapat bermain buaian
sarkas bersama-samanya. Lukisan gelung berwarna warni juga ada di sudut ini. Lukisan
seperti pin bowling bersama beberapa biji bola kecil yang dibaling ke udara
menghiasi salah satu sudut.
Kami keluar dari bilik ini dan pergi ke bilik yang
seterusnya tetapi langkah kami terhenti. Rupa-rupanya ada lukisan pada lantai
yang kami pijak. Ia seolah-olah kami sedang menyeberang dari tempat yang tinggi
dengan hanya memijak seutas tali.
Bahagian ke empat pula merupakan ‘’punishment room’’ dimana lukisan dalam bilik ini menggambarkan tentang hukuman dan penyiksaan. Terdapat lukisan seorang petugas sedang menjalankan hukuman sebatan. Ada pula replika dari sebuah kayu yang digunakan untuk hukuman pancung kepala. Dari sudut dinding lainnya terdapat lukisan seorang petugas sedang menjaga pesalah yang digantung kaki keatas dan kepalanya ke bawah. Terdapat sebuah kerusi pasung yang biasanya digunakan untuk mengikat tangan dan kaki pesalah. Apa yang paling mengerikan adalah replika badan manusia yang dipotong menggunakan chainsaw sehingga usunya terburai dan saya berposing disini sehingga ia kelihatan benar-benar berlaku.
Tanpa kami sedari rupa-rupanya sudan 1 jam setengah kami berada
di dalam galeri ini. Semua lukisannya sangat mengujakan kami. Beraksi dengan
perasaan membuat lukisan menjadi hidup. Kami diberitahu bahawa hanya ini sahaja
lukisan yang ada di tingkat atas. Kami turun dengan sedikit kecewa kerani kami
masih belum puas bergaya dan beraksi bersama lukisan-lukisan 3D. Kami turun
semula ke tingkat bawah. Rupa-rupanya masih ada sebuah lukisan yang ingin kakitangan
galeri tunjukkan kepada kami. Ia merupakan sebuah lukisan yang dilukis di atas
lantai. Lukisan sebuah topi dan terdapat seekor burung disebelahnya yang
diletakkan diatas sebuah meja kecil. Lukisan ini membuatkan saya sangat comel.
Ia menggambarkan seorang magician sedang mengeluarkan saya yang telah
dikecilkan sehingga dapat masuk kedalam sebuah topi. Walaubagaimanapun angle
ketika mengambil gambar sangat perlu disini kerana kawasannya sangat terhad dan
menyekat pergerakan juru gambar.
Kami menamatkan penjelajahan kami pada jam 5.30 petang dan
rupa-rupanya pihak galeri juga ada meminta kakitangannya mengambil gambar
pengunjung ketika beraksi dan gambar ini dijual dengan harga rm 10.00 sekeping.
Ia dicetak dan diletakkan pada sebuah kertas keras seperti calendar yang
mempunyai gambar Funtasy House Trick Art. Bagi kami sekeluarga, adalah sangat
berbaloi-baloi kenangan yang yang kami perolehi walaupun kos yang kami
keluarkan adalah sangat minima. Bagi yang ingin berkunjung kesini,
kalian boleh menghubungi galeri ini di talian 05-2550007 atau boleh terus
kesana di alamat No 16, Jalan Market, Ipoh.
No comments:
Post a Comment