16.06.2015
1. KLIA2
2. Macau International Airport
3. Town Well Hotel
Pada hari Isnin, 15/06/2015 saya dan zaila pergi ke Damansara degan menaiki komuter (Tapah ke Sungai Buloh) sebagai transit kami sebelum menaiki kapal terbang pada keesekan harinya di KLIA2. Kami sampai ke Damansara pada jam 12.20 p.m dan kami tidur sementara menunggu waktu pagi. Pada keesokan harinya kami dihantar oleh adik ipar saya ke KLIA2. Rakan-rakan kami yang lainnya bertolak dari kampung terus ke KLIA2 dan kami telah berjanji untuk bertemu di KLIA2.
Kami berkumpul dan bersaran di restoran Mc. Donald KLIA. Selepas beberapa proses, akhirnya kami berjaya masuk ke dalam kapal terbang dan mencari tempat duduk masing-masing.
Sebelum kapal terbang menerbangkan sayapnya, saya sempat menghantar messege melalui whatsapp kepada suami dan keluarga bahawa saya sudah berada di dalam kapal terbang dan akan memulakan perjalanan sebentar sahaja lagi dan saya akan mematikan telefon bimbit saya sehingga kapal terbang mendarat di lapangan terbang Macau.
Perjalanan yang panjang membuatkan mata kami mengantuk dan kami tidak menyedari rupanya kami Zaila tertidur sampai terlentok-lentok.
Alhamdulillah...sampai juga ke Macau. Kejadian kapal terbang MAS 370 membuatkan hati merasa risau. Macam-macam bermain di fikiran. Apa-apa pun, mudah2an kami pergi dan balik ke Malaysia dengan selamat.Aamiin....
Kami menginap di Towns Well Hotel yang beralamat di No 6-6A Calcada das Verdades, Macau City, Macau. Town Well Hotel terletak agak jauh dari jalan utama. Kami perlu berjalan kaki selama 25 minit untuk sampai ke hotel melalui jalan yang berbukit-bukit dan banyak anak tangga kerana kami memilih untuk melalui jalan pintas. Perlu diingatkan supaya tidak memakai kasut bertumit tinggi. Akhirnya kami sampai ke destinasi dan kami cuma ada masa setengah jam untuk mandi dan solat sebelum keluar berjalan-jalan. Perlu diingatkan, semua signboard disini adalah dalam tulisan berbahasa Kanton dan Portugis. Adalah sedikit sukar jika datang kesini tanpa ditemani oleh orang yang pandai berbahasa kantonis. Tiada satu pun signboardnya yang menggunakan bahasa inggeris apatah lagi berbahasa melayu.
Selepas check in, kami masuk ke bilik masing-masing dan kami
berjanji untuk bertemu di lobby hotel pada jam 8.00 malam untuk keluar makan
malam bersama-sama. Kami cuma ada masa lebih kurang 45 minit sahaja. Saya
dan Zaila perlu mandi dan makan sebelum turun. Bilik penginapan kami ada menyediakan cerek cerek pemanas air dan kami merendam mee segera sementara kami menunaikan solat maghrib. Tempat penginapan kami disini agak selesa cuma aircond kurang sejuk. Walaupun kurang sejuk, bila sampai waktu subuh terasa juga dinginnya. Tarik selimut sampai kekepala. Sewaktu berjalan ke
hotel tadi, kami sempat melihat-lihat jikalau ada restoran halal di sekitar
hotel tempat kami menginap tetapi sayangnya tiada satu pun
restoran halal yang dapat kami lihat. Sebelumnya, kami ada melalui restoran Mc. Donald tetapi pada
iklan dihadapan restoran ada promosi burger daging khinzir. Oleh itu kami
membuat keputusan untuk makan mee segera sahaja sebagai alas perut kami pada
malam itu.
Kami berkumpul di lobby dan keluar dari hotel untuk mencari restoran. Saya dan Zaila memberitahu rakan-rakan yang lain bahawa kami telah makan mee segera dan mereka boleh bebas mencari restoran yang mereka mahu pergi. Sementara rakan-rakan berbangsa cina makan di restoran, saya dan Zaila mengambil kesempatan ini untuk masuk ke kedai menjual barangan berjenama yang terdapat disepanjang jalan. Kami juga terlihat lambang yang memang kami kenali di Malaysia. Ia adalah guardian tetapi disini ia disebut mannings.
Kami berkumpul di lobby dan keluar dari hotel untuk mencari restoran. Saya dan Zaila memberitahu rakan-rakan yang lain bahawa kami telah makan mee segera dan mereka boleh bebas mencari restoran yang mereka mahu pergi. Sementara rakan-rakan berbangsa cina makan di restoran, saya dan Zaila mengambil kesempatan ini untuk masuk ke kedai menjual barangan berjenama yang terdapat disepanjang jalan. Kami juga terlihat lambang yang memang kami kenali di Malaysia. Ia adalah guardian tetapi disini ia disebut mannings.
Selepas 20 minit, kami pergi semula ke hadapan pintu
restoran dimana rakan-rakan kami singgah untuk makan malam tadi dan kami
berjalan bersama-sama. Apa yang
menghairankan saya, disini jalan rayanya sangat tenang. Tidak jesak
seperti jalan-jalan dalam bandar di
Malaysia. Kebanyakan penduduk di sisni hanya berjalan kaki dan menaiki bas
awam. Cuma sesekali kelihatan kereta mewah mencuri pandangan mata saya. Setelah penat berjalan, kami mengambil keputusan untuk pulang ke hotel pada jam 11.30 malam. Sesampainya di bilik, saya dan Zaila memasak air untuk makan oat. Sejujurnya, sebungkus mee segera tidak dapat memberikan kami tenanga yang secukupnya. Kaki pun dah terasa sakit, lenguh kerana banyak berjalan. Selepas mandi, makan oat dan
solat, kami terus tidur. Mengumpulkan semula tenaga untuk aktivi pada keesokan
paginya. Kami bercadang untuk pergi berkunjung ke Ruins of St. Paul pula.
Bunyi kicau burung mengejutkan saya dai tidur. Alamak…dah
siang… Saya bingkas bangun mengintai keluar tingkap. Cuaca dah terang. Laju tangan saya mencapai handphone ditepi
bantal. Dengan mata masih terpejam-pejam, saya lihat jam baru pukul 4.00 subuh.
Saya gosok mata beberapa kali dan ambil jam diatas meja pula. Memang sah jam
dan handphone saya betul. Tetapi kenapa kat luar dah terang? Rupa-rupanya waktu
subuh disini lebih cepat. Jam 4.16 dah
masuk waktu subuh. Saya bangun dan menunaikan solat subuh. Setelah selesai
solat, saya duduk termenung ditepi tingkap. Menikmati keindahan suasana di Macau. Jam 4.30 subuh di Macau layaknya
seperti jam 7.00 di Malaysia. Burung
juga sudah keluar mencari makan.
Kalau nak tau apa itu Ruins of St. Paul, ikuti tulisan saya yang seterusnya dimana
saya akan menceritakan pengembaraan kami yang seterusnya di Macau pada hari ke 2
percutian kami.
No comments:
Post a Comment