Bagi mereka yang menggemari bidang astronomi harus
menyempatkan diri berkunjung ke planetarium luar angkasa yang binaannya
menyerupai telur. Museum Ruang
Angkasa (Hongkong Space Museum) dibina berhampiran pantai Tsim Sha Tsui. Museum ini dibina
diatas tanah seluas 8000 meter persegi dan menjadi salah satu landmark Kowloon.
Museum Ruang Angkasa ini dibuka pada tahun
1980 dan terdiri dari dua sayap yakni Timur dan Barat. Didalam bangunan ini terdapat
ruang teater Stanley Ho dimana filem 4D yang berkaitan dengan astronomi akan
ditayangkan disini. Saegala isi bangunan ini mempunyai kaitan dengan ilmu pengetahuan tentang ruang angkasa. Kemudian
di sayap Barat museum ini ada perpustakaan,
kedai menjual suvenior dan juga pejabat urusan.
Hongkong Space Museum ini juga menawarkan
pertunjukkan Omnimax, langit dan pameran astronomi . Museum ini merupakan lokasi yang tepat untuk
dikunjungi, terutama bagi mereka yang mempunyai anak berpendidikan di bidang
astronomi atau anak yang memiliki minat yang tinggi untuk mendalami bidang yang
mengasyikkan ini. Di satu sudut pula terdapat planetarium digital yang telah diinstal dengan
sistem multi-bahasa dimana ia akan memudahkan pengunjung untuk memahami apa
yang sedang ditayangkan.
Maklumat :-
Buka: Isnin, Rabu – Jumat dari jam 1.00 ptg – 11.00 mlm . Hari Sabtu, Ahad dan hari cuti awam pula akan di buka seawall jam 10.00 pagi sehingga 11.00 mlm
Alamat: 10 Salisbury Road, Tsim Sha Tsui, Kowloon, Hong Kong.
Telefon No : +852 2721 0226
Buka: Isnin, Rabu – Jumat dari jam 1.00 ptg – 11.00 mlm . Hari Sabtu, Ahad dan hari cuti awam pula akan di buka seawall jam 10.00 pagi sehingga 11.00 mlm
Alamat: 10 Salisbury Road, Tsim Sha Tsui, Kowloon, Hong Kong.
Telefon No : +852 2721 0226
Cara kesini:
1. Stasyen MTR Tsim Sha Tsui Timur Keluar J, berjalan kaki selama 10 minit ke museum.
2. Naik Star Ferry dari Central atau Wan Chai ke Tsim Sha Tsui, berjalan selama 10 minit ke museum.
No comments:
Post a Comment