Thursday, 23 April 2015

Berkhemah di Tepi Pantai Teluk Batik

Berkhemah di Teluk Batik



2 Minggu sebelumnya kami dah siapkan barang2 yg perlu kami bawa utk camping. K.yg beli khemah, lampu khemah, tali, lampu suluh, kayu arang dan sebagainya. Anak2 pun dah excited sangat nak berkhemah...Abang Fauzan dan adik Danial dah siap masukkan barang2 diorang dalam beg. K.yg  sempat ajar diorang cara lipat baju yang boleh menjimatkan ruang supaya boleh sumbat semua barang diorang tu dalam beg bersaiz beg sekolah tu. Yang bestnya, adik, mak dan abah pun nak join juga tapi diorang datang petang sampai malam je…masa BBQ dan menjala. Diorang tak tidur kat situ.Ok lah tu kan …lagi ramai lagi best buat BBQ.
Khemah mama dan papa
Khemah abg Fauzan dan adik Danial lagi besar dari khemah mama dan papa...siap ada toto lagi..

Mandi manda...
 Kalau bab mandi laut...anak2 k.yg memang terror. Diorang boleh berendam dari pagi sampai petang kat dalam air masin tu. Esok mesti berbelak2 kulit diorang ni..berendam la puas-puas..
Mak tolong masak nasi
K.yg masak lauk simple2 je...goreng ikan yang abah jala tadi
Seronok dapat berkelah tepi pantai ramai2 macam ni
4:00   : Bertolak ke Teluk Batik
5:30   : Sampai di pantai Teluk Batik, solat  Asar dulu pastu              bentang tikar dan makan bihun goreng  yang kami bawa              dari rumah
6:00   : Pasang khemah masing2, papa ajar anak2 pasang khemah              diorang sendiri
6:30   : Anak2 mandi laut…papa tidur dalam khemah..mama berangan          sambil makan kuaci kat kerusi  yang kami sewa tadi
7:30   : Mandi kat tandas awam pantai Teluk Batik
8:00   : Solat Maghrib kat surau
8:30   : Mama siapkan makan malam dan dibantu oleh anak2 mama.            Anak2 tolong hidupkan api,mama masak  nasi lauk ikan              sardin, telur dadar dan ikan gelama masin goreng 
9:00   : Makan malam…anak2 dan papa makan macam sedap sangat lauk          yang simple tu
10:00  : Adik datang dengan abah dan mak…seronoknya…baru seronok          buat BBQ
10:30  : Start BBQ..lebih kepada main masak2..hahhaha
10:40  : Abah dah tak sabar nak menjala…apalagi..kami semua                mengekor bontot abah. Aktiviti BBQ dan menjala ni                berlanjutan sampai pukul 1 pagi.Banyak juga hasil                tangkapan kami malam tu.
1:00   : Mak dah mengantuk, mak ajak adik2 balik, adik bongsu              temankan anak2 tidur kat dalam  khemah
2:00   : Dah letih….tidur…


main api je ni... 
Belangkas pun masuk dalam jala abah
gelap...harap lampu dalam khemah je
tengok gambo rapat sket.gelap sangat..k.yg teman abah menjala..kononnya nak belajar tebar jala la. angkat jala pun tak larat, cane nak tebar? jala abah besar..maklumlah, jala buat sendiri. suka hati abah la nak buat besar mana pun.hahahaha
Sempat lagi main bola malam2 gini..
jom tidur....ZZzzZzzZZZZZzzzzzz
Jeng…jeng…jeng…. Bermulalah cerita yang membuat kami kelam kabut……

Pada pukul 5 pagi tiba2 angin bertiup kencang..bunyi ombak menghempas pantai sangat kuat. K.yg dan husband tak boleh nak tidur. Terlalu sejuk, dingin sampai ke tulang. Dalam pukul 5:30 pagi, kami dengar bunyi mengguruh dari laut. K.yg Tanya husband, bunyi apa tu. Husband kata bunyi hujan..cepat kemaskan beg.. handphone dan barang penting letak kat dalam beg. Apalagi……kelam kabut la k.yg mengemas, dengan towel bersidai kat luar khemah, dengan periuk dan pinggan masih ada kat tempat BBQ malam tadi…hadoi! Bunyi mengguruh makin jelas kedengaran disamping angin yang makin terasa sejuknya. Husband terus kejut anak2 dan adik kat dalam khemah diorang..adik siap bergulung dalam toto. Nasib baik diorang faham, bertindak dengan pantas. Kemaskan barang masuk dalam beg dan bawa kat bawah pondok. Dalam kelam kabut tu k.yg tak tau kat mana handphone dan cermin mata k.yg..Tiba2 hujan turun dengan sangat lebat. Kami tak berani duduk dalam khemah. Masing2 keluar, berteduh bawah pondok awam kat tepi pantai. Tapi  Kat bawah pondok pun kene tempias. Angin makin kencang sampai khemah kami tercabut dan melayang diterbangkan angin. Kami Cuma dapat lihat je kejadian tu. Ada dalam 8 buah khemah lagi kat situ, semua berteduh bawah pondok. Khemah diorang pun rosak, tergolk2 kene tiup angin kencang. Kejadian tu berakhir jam 6:30 pagi. Kami mengutip semula khemah yang telah diterbangkan angin. Rupa2nya cermin mata k.yg tertinggal kat dalam khemah tu. Bengkok…Kami saling berpandangan..huhuhu…pengalaman yang mengerikan… Masa kejadian ni berlaku memang panik, so tak ada sekeping gambar pun yang k.yg amik masa tu.huhuhu.

6:40  : Solat Subuh
7:00  : Tegakkan semula khemah,
7:30  : Buat sandwich tuna untuk sarapan
7:40  : Anak2 dan husband angkut barang yang dah tak digunakan ke         dalam kereta
8:00  : Sarapan..makan sandwich dengan air the ‘o’…Matahari mula         memancarkan suria seperti  tiada apa yg berlaku subuh             tadi
8:30  : Masing2 tidur semula dalam khemah, maklumlah malam tadi           tidur tak cukup
10:00 : Kami mandi laut
11:30 : Siapkan makan tengahari
12:30 : Makan tengahari
1:00  : Kami mandi kat tandas awam
1:30  : Berkemas untuk pulang
2:00  : Solat Zohor
3:00  : Pulang ke rumah

Inilah pengalaman yang akan kami bawa dan ingat sampai bila2. Masalahnya anank2 k.yg tak serik serik untuk berkhemah kat tepi laut lagi.



No comments: