Thursday, 23 April 2015

Percutian di Teluk Senangin - swiss garden internasional hotel damai laut

Percutian di Teluk Senangin yang sangat membahagiakan kami sekeluarga.Lupa sangat2 nak amik gambar bilik. Dah check out baru ingat, memang takleh nak masuk balik la..apa pun... Kami amik bilik 1 katil kelamin dan 1 katil bujang. Harga semua sekali termasuk sarapan pagi kami dalam +-280.00. Bilik pun memang selesa, ada bath tub, ada safety box dan ion cuma bilik yang kami dapat kali ni menghadap hutan. Bilik yang menghadap laut dah penuh.
Swimming pool menghadap laut..sangat menenangkan jiwa.


Bagi kawan2 yang nak lari sebentar dari hiruk pikuk kota..memang sesuai stay kat Swiss Garden International Damai Laut ni. Tempat ni tenang dan sunyi. Cuma 1 je yang kurang selesa, kehadiran obor2 yang banyak kat tepi pantai menyebabkan aktiviti mandi manda kat laut terpaksa dibatalkan. Walaubagaimanapun, pihak pengurusan hotel memang dah letak sign board amaran tentang adanya obor2 kat tepi pantai tu. Lupa pulak nak snap pict sign board tu..

Teluk Senangin
Tarikh : 30 Januari 2014
12 :00 : Bertolak 
1: 00   : Singgah kat pasaraya untuk beli hotdog, roti, maggie dan sedikit makanan ringan
2:00    : Check in kat swiss garden internasional hotel damai laut - teluk senangin
2:30    : Solat Zohor dan rehatkan badan...golek2 atas katil..abang Fauzan & adik Danial layan wifi.
4:00    : Anak2 pegi mandi kat pool, k.yg segan nak mandi kat pool sebab tak pandai berenang so kak                     yang dan husband ambil kesempatan ni utk dating..jalan2 tepi pantai.kekekeke
5:00    : Balik bilik dan solat Asar
6:00    : Anak2 ajak jalan2 tepi pantai..kak yang & husband layan je
7:30    : Balik bilik, mandi dan solat Maghrib
8:30    : Kak yang rendam maggie & buat sandwich. Jadi le utk lapik perut, nanti nak bakar2 hotdog                         pulak.
9:00    : Solat Isyak
10: 00 : Turun kat tepi pantai, kak yang masak nasi, panaskan lauk yang kami bawa dari rumah tghari                        tadi je. Anak2 bakar hot dog.
12:00  : Balik bilik & mandi berendam dalam tub
1:00    : Layan anak2 sembang sampai tertidur..tak pasti la pukul berapa diorang tidur.

ZzZzzZzzzzzZzzzzzzzZZzzZzzzzzzZzzzzZzzzzzZZZzzzzZzzZZ

6:30    : Solat Subuh
7:00    : Masing2 sambung tidur
10:00  : Sarapan
11:00  : Anak2 mandi kat pool. semalam tak puas mandi katanya.
12:00  : Check out

Meneruskan perjalanan ke Lumut.......

1:30   : Berhenti solat di surau awam Lumut waterfront
2:00   : Makan kat restoran di Lumut dan jalan2 di sekitar pekan Lumut
2:30   : Menerima jemputan BBQ malam ni di Teluk Batik oleh group orang bujang (geng adik)
4:30   : Meneruskan perjalanan ke pantai Teluk Batik
5:00   : Solat Asar di surau awam pantai Teluk Batik
7:30   : Solat Maghrib
8:00   : Pasang khemah
9:00   : Solat Isyak
9:30   : Start BBQ
2:00   : Meneruskan perjalanan pulang ke rumah di Teluk Intan dengan membawa bermacam pengalaman indah....
3.00   : Badan letih....Tidur.....

Menikmati pemandangan matahari terbenam.

Papa layan anak2 main....gunakan apa yang ada. janji boleh main sama2. batu siapa yang paling jauh tapi masih dalam garisan.

Adik menang main XOX.

kebersamaan ini pasti akan kalian rindui.

Teluk Senangin di ambang senja
Part ni la yang Abang & adik tunggu2...berenang kat pool. Mama macam ni la...jadi pemerhati..tak reti berenang...malu nak turun kat pool.

asyik gambo deme je kite amik, nak gak tepek sekeping gambo kite.

my little heroz...abang Fauzan dan adik Danial


main game..
Dah penat berenang, sambung main game..mama jadi tukang jaga handphone murah diorang.hahahaha...

Dah sejuk berendam...naik jap, main game dulu.

seronok anak2 berenang...kite yang tak reti berenang ni  tengok je la..

dengan baju basah, jalan2 tepi pantai..jumpa pulak orang tengah menjala. First time tengok ikan todak kata adik

anak obor-obor memang banyak melekat kat tepi batu

cantik tapi berbisa


Part makan ni abang memang selalu mendahulukan adik sbb adik suka makan katanya.hehehe

simple bbq 

merehatkan diri.

walaupun tak semeriah mana, dapat bakar hot dog pun dah ok bagi hero mama 2 orang ni.

lauk bekal dari rumah

sementara abang Fauzan dan adik Danial bakar hot dog, mama masak nasi dan panaskan lauk. bkn kerana hidangan mewah yang buat kami gembira...yg penting kami gembira bersama.

masak nasi..dapur ni banyak jasanya pada kami.

perangat lauk.

abang suka mushroom soup..

Licin pinggan abang Fauzan dan adik Danial. Mama selalu pesan kat abang dan adik, rasa semua menu tapi ambil dengan kuantiti yang sedikit..jangan tamak. Kalau amik banyak nanti tak habis, prut pun dah kenyang...tak dapat la nak rasa menu yang lain2 tu.

si kidal

Breakfast time...

Menu sarapan pagi kat sini sangat memuaskan. Anak2 pun suka. Banyak sangat pilihan, sebab tu kami boleh habiskan masa 2 jam kat sini. Semua menu kami rasa. Kami sekeluarga adalah orang yang terawal sampai. Perut lapar tak sabar nak mamam. 


obor-obor yang mati banyak kami temui di pantai teluk senangin..hati-hati..abang fauzan pun kene sengat tapi beteri hp dah habis masa tu, jadi tak dapat amik gambo. tempat yg kene sengat tu jadi bengkak,merah. Abang kata sakit berdenyut2, kebetulan kami ada bawa limau..kami perah jus limau kat tempat tu baru kurang sakit katanya.
 Ini adalah bukti amaran kehadiran obor2 yang pihak hotel letak tu memang betul. Sengatan obor2 sangat berbisa. Hati2 dan jangan lupa bawa first aid.


Masa ni abang Fauzan kene sengat obor2..lengan dia bengkak merah..dia kata berdenyut2..so diorang dah tak berani nak mandi. Husband perahkan jus limau kat tempat kene sengat tu lepastu baru kurang sikit sakit kata abang. Sian hero mama...


hero mama kalau mandi laut, dari pagi sampai petang pun dia boleh tahan. sampai mengelupas kulit.

makan tengahari, kami beli kat gerai makan yang ada kat tepi pantai ni je. harga berpatutan. Lauk macamni 4.50 sahaja.

main layang-layang..tapi tak mau naik tinggi pun..

Add caption

kebersamaan...pasti suatu hari nanti mereka akan merindui saat ini.

Ni kat jeti Lumut. Berhenti solat di surau awam di Lumut waterfront




Malam tu kami oin BBQ adik kat Teluk Batik pulak....


terbaik...ketam bakar pun hado.

10 ekor ayam berjaya dilahap oleh 50 orang peserta
siap nasi ayam lagi..



percubaan memasang khemah..Dah 1/2 jam...tapi tak tegak lagi khemah ni.hahahahaha...tak reti nak pasang.khemah ni boleh muat 10 orang.

No comments: