Thursday, 28 April 2016

Mandai...





MANDAI (JERUK KULIT CEMPEDAK)

Bahan-bahannya:-
·         * Sebiji cempedak – ambil bahagian kulitnya sahaja
·         * Garam
·         * Air suam
·         * Botol yang boleh ditutup rapat

Cara Membuatnya:-
·         * Kulit cempedak yang telah dikupas kulit luarnya
·         * Potong kulit cempedak menjadi potongan kecil (+/- 1 inci)
·         * Basuh dan toskan airnya
·         * Masukkan garam dan kulit cempedak berselang seli ke dalam botol
·         * Masukkan air suam sehingga semua kulit cempedak terendam sepenuhnya
·         * Perap selam 3 hari sebelum boleh dimasak.






Pesanan..
·  - Kulit cempedak lebih mudah dikupas jika isinya masih belum dikeluarkan
·  - Potongan kulit cempedak  jangan terlalu kecil kerana dikhuatiri mandai akan       hancur apabila dimasak
·  - Jangan letak garam terlalu banyak kerana mandai yang dihasilkan akan menjadi -   keras dan sangat masin
·  - Ambil mandai menggunakan sudu supaya mandai tahan lebih lama



Mandai @ jeruk kulit cempedak sinonim dengan masyarakat Banjar. Ia merupakan makanan tradisional. Mandai boleh dimasak dengan pelbagai cara. Ia juga boleh dijadikan bahan campuran dalam masakan. Masakan mandai yang paling saya gemari adalah mandai goreng. Gorengkan sahaja mandai bersama beberapa biji hirisan bawang merah dan beberapa biji cili padi. Saya pasti baunya sahaja pun sudah mampu membuka selera. Menu ini juga menjadi pilihan apabila sampainya bulan Ramadhan. Mandai goreng sedap dimakan bersama nasi panas ketika bersahur. Mandai juga digunakan sebagai bahan campuran masakan seperti masak lemak cilia pi dan boleh juga dimasukkan ke dalam masakan tumpi. Ada banyak lagi masakan tradisional masyarakat banjar selain mandai dan saya akan kongsikan resepinya di entry yang akan datang. Selamat mencuba.



No comments: