Kehidupan dan aktiviti kanak-kanak pada zaman awal 60-an
adalah jauh berbeza dengan zaman sekarang. Aktiviti masa lapang mereka pada zaman itu dipengaruhi oleh keadaan sekeliling dengan memanfaatkan alam sekitar batang buluh yang dijadikan seperti sumpit, terung pipit yang dijadikan peluru, ranting kayu pula dijadikan lastik dan sebagainya. Bagi kanak-kanak
di Sungai Manik pada ketika itu, aktiviti yang
sering mereka lakukan untuk memenuhkan masa lapang adalah dengan melastik burung,
menangkap ikan, memancing belut bermain layang-layang dan pelbagai aktiviti yang melibatkan alam sekeliling.
Aktiviti yang dilakukan pada ketika itu kebiasaannya adalah aktiviti secara berkumpulan.
Aktiviti seperti ini akan mengeratkan lagi hubungan sesama mereka. Permainan tradisional
yang pernah menjadi pilihan kanak-kanak dalam masyarakat Banjar di Sungai
Manik juga merupakan permainan secara berkumpulan iaitu terdiri daripada 2 orang
pemain atau lebih.
Permainan yang dicipta sebenarnya mempunyai kebaikan dan pembelajaran secara halus.
Melalui pemerhatian yang dijalankan, hampir semua generasi muda masyarakat Banjar di
Sungai Manik tidak mengetahui tentang kewujudan permainan tradisional dalam masyarakatBanjar. Terdapat bermacam-macam permainan tradisional dalam masyarakat Banjar.
Kebanyakan permainan tradisional yang
dimainkan adalah tiada kaitan dengan senikata lagu yang dinyanyikan. Lagu yang
dinyanyikan hanya sekadar untuk memeriahkan suasana. Ada juga lagu yang
dinyanyikan berunsur kepada mentera dan tidak diketahui apakah maksud disebalik seni kata lagu yang
dinyanyikan.
AMPAR AMPAR PISANG
Permainan ini boleh disertai oleh seisi keluarga. Permainan ini juga sesuai dimainkan pada waktu tengahari kerana ia tidak memerlukan pergerakan
yang berat dan tidak mengeluarkan peluh. Ia juga sesuai disertai oleh wargatua.
Permainan ini mampu mengeratkan hubungan kekeluargaan. Senikata lagu permainan ini tiada kaitan dengan permainan
yang dimainkan dan ia hanya sekadar untuk memeriahkan suasana.
Ampar amparpisang
Pisangku balum masak
Masak sabigi
Dihurung bari-bari
Manggaripak manggaripok
Patah kayu bingkuk
Kayu bigkuk dimakan api
Apinya cirang curupan
Sintak dahulu akan
Cara bermain :-
- Pemain hendaklah terdiri daripada 2 orang atau lebih
- Pemain hendaklah bermain dalam keadaan duduk dengan kaki
berlunjur
- Kaki setiap pemain akan ditepuk secara bergilir-gilir mengikut rentak lagu
- Kaki pemain yang ditepuk semasa lagu berakhir harus ditarik
@ dilipat
- Ulang semula lagu sehingga cuma tinggal sebelah kaki sahaja yang
berlunjur
dan dia dianggap sebagai pemenang.
GUD GUD SAMUNING
Permainan ini boleh disertai oleh kanak-kanak lelaki dan juga kanak kanak perempuan. Permainan ini sesuai dimainkan pada waktu pagi atau waktu petang kerana permainan ini memerlukan tenaga untuk berlari.
Ia juga merupakan permainan yang menyihatkan kerana peluh dapat dikeluarkan semasa bermain.
Maksud senikata lagu yang dinyanyikan tidak dapat difahami dan melalui kajian yang dijalankan, ia merupakan sebuah mentera.
Jika semua pemain menyanyikan lagu dan menghayati senikata dengan sepenuh hati, pemain
yang ‘’jadi’’ akan memanjat pokok dan hanya akan tersedar hanya apabila namanya dipanggil dengankuat.
Gud gud samuning
Samuning samun dalak
Dalak karaing
Karaing tujing tujing
Tujing pamamatik
Patik bintulung
Bintulung samuaan jadik
Jadi ikam warik
Warik siapa itu
Warik sidiang ambun
Cara bermain :-
- Undian akan dilakukan dengan memilih lidi yang telah dipotong dengan
saiz yang berbeza-beza
- Siapa yang memilih lidi yang paling panjang akan ‘jadi’
- Pemain hendaklah terdiri daripada 4 orang atau lebih
- Pemain hendaklah bermain dengan keadaan berdiri
- Kepala orang yang ‘jadi’ akan ditutup dengan kain batik
- Orang yang jadi harus mengejar pemain lain
sebaik sahaja lagu habis dinyanyikan
- Pemain yang tertangkap akan menjadi orang ‘jadi’ yang
seterusnya
-
Ulang semula lagu sehingga semua pemain keletihan dan sepakat untuk
berhenti bermain.
CUK CUK BIMBI
Permainan Cuk Cuk Bimbi ini mudah dimainkan dan memang bolah dimainkan di
dalam kelambu kerana ia boleh dimainkan dengan berbisik dan boleh dimainkan dengan 2 orang
pemain. Kebiasaannya mereka akan bermain sehingga mengantuk.
Cuk cuk bimbi
Bimbiku dalam sarunai
Bimbiku dalam sarunai
Takucuk takulibi
Muhanya kaya panai
Sagincu liu liu
Sagincu liu liu
Sagincu liu liu
Sagincu liu liu
Cara bermain :-
- Kertas yang
dilipat kecil akan digunakan sebagai bahan untuk bermain
- Pemain boleh bermain dengan keadaan duduk atau boleh juga dalam keadaan berbaring
- Undian akan dilakukan dengan lattalilat dan o som (hompipah)
- Pemain yang ‘jadi’ akan duduk sambil membongkok atau baring mengereng membelakangkan pemain yang lainnya
- Semua pemain selain orang yang jadi akan dicucuk-cucukkan di
belakang orang yang jadi
- salah seorang daripada pemain akan menggenggam kertas
- Semasa menyanyikan ‘saginculiuliu’
semua pemain akan menggenggam
tangan sambil memusing-musingkan tangan sehingga lagu habis dinyanyikan
- Orang yang
jadi harus meneka kertas berada dalam genggaman siapa
- Jika tekaannya adalah betul maka pemain yang
menggenggam kertas itu pula akan 'jadi' dan nyanyian akan diulang semula,
sekiranya tekaannya adalah salah maka dia akan jadi sekali lagi
INGKAR INGKAR
PARIUK
Permainan ini boleh disertai oleh kanak-kanak lelaki dan juga kanak-kanak perempuan. Permainan ini sesuai dimainkan pada waktu malam. Pada tahun 60-an, kelambu digunakan untuk menghalang nyamuk. Pada ketika itu lampu minyak tanah digunakan untuk menerangi segenap ruang. Kanak-kanak kebiasaannya akan tidur pada jam 9.30 malam kerana keadaan sekeliling sudah gelap pada waktu itu. Lampu akan dipadamkan dan hanya sebuah lampu akan dinyalakan bagi menerangi segenap ruang. Bagi kanak-kanak yang masih belum mengantuk mereka akan mengisi masa tersebut dengan bermain di dalam kelambu.
Ingkar ingkar pariuk
Pariuk jambu madam
Madam malunta
Malunta katanah habang
Dapat patung saikung
Di bakar di api marak
Api lampihung
Sapa baucap buruk muntung
Cara bermain :-
- Pemain hendaklah terdiri daripada 2 orang atau lebih
- Pemain boleh bermain dalam keadaan duduk atau berbaring
- Jari kelingking semua pemain harus dikaitkan antara satu sama
lain
- Semasa menyanyi, tangan semua pemain akan digoyang-goyangkan
- Selepas lagu habis dinyanyikan,
semua pemain tidak boleh bercakap lagi
- Siapa yang bercakap akan dikirakalah
No comments:
Post a Comment