Hari ni pujuk anak2 dan suami dgn mee kari nyonya..maklumlah mama keje 7 hari seminggu. Masa banyak dihabiskan kat tempat keje. sempat2kan juga masak sesuatu yg special selain nasi dan kuih. Takpe..cuti sekolah bulan 5 nanti kita pegi jalan2 ye. Mama sayang papa dan anak2.
Resepi mee kari nyonya.
Mee 1 bungkus
1 peket rempah kari daging
5 sudu cili kering yg sudah di blend
8 ulas bwng putih ditumbuk
5 tangkai daun kari
2 btg serai di ketuk
Satu senduk udang kering ditumbuk
1/2 kilo kerang direbus dan dikopek
2 genggam taugeh dicelur
3 batang sawi dipotong dan dicelur
8 ketul taupok (tauhu goreng)
4 biji buah keras ditumbuk
1/4 ekor ayam dipotong kecil2 - jika mahu
10 ekor udang - jika mahu
1 tangkai cili besar dihiris utk hiasan
1 batang daun sup utk hiasan
2 mangkuk santan dari sebiji kelapa parut
Air secukupnya
Garam secukupnya
Serbuk perasa jika mahu
Cara memasak :
Tumis bawang putih dan buah keras sampai kekuningan, masukkan cili blend. Masak sampai garing, masukkan rempah kari, daun kari n serai. Masukkan sedikit air. Masak sampai jadi paste atau masak sampai pekat. Bila dah garing, asingkan sedikit paste ni utk letak kat atas mee masa nak mkn nanti. Masukkan ayam @ udang. Masak sampai daging ayam kecut. Masukkan +-2 cwn air.ikut suka nak pekat mcmana. Bila dah menggelegak, masukkan santan. Bila dah mendidih, perlahankan api dan masak sampai minyak timbul. Jgn kacau sangat, takut santan pecah minyak. Masukkan garam dan kalau suka blh tambah sedikit serbuk perasa. Celur mee. Kopek kerang, goreng taupok. Dah siap..hias la ikut suka hati korang. Tuangkan kuah kari atas mee.
No comments:
Post a Comment