Sunday, 26 April 2015

Jampi serapah

HUKUM MENGGUNAKAN TANGKAL, AZIMAT DAN JAMPI SERAPAH
Amalan tangkal, azimat dan jampi serapah bukan sahaja terdapat dalam masyarakat melayu, malahan terdapat juga dalam masyarakat Arab. Amalan dalam masyarakat kita ialah percaya dengan menggantungkan sesuatu seperti gambar atau azimat boleh menyebabkan bertambah rezeki. Kepercayaan ini merosakkan aqidah.
Menggantung gambar dan rajah telah menjadi amalan yang diadaptasi dari agama Hindu. Dalam agama Kristian pula, menggantung salib atau gambar Nabi Isa A.S. dalam ilusi mereka yang sesat.
Azimat atau tangkal digunakan untuk menyempurnakan apa yang dikehendaki.  Pada zaman jahiliyah, orang Arab menggunakan tangkal untuk tujuan menghindari daripada sihir atau niat jahat orang lain.
Antara bentuk tangkal cara baru Umat Islam di Malaysia hari ini ialah meletakkan pisau atau gunting di bawah tilam bayi kononnya agar tidak diganggu, memakai cincin dan rantai atau tasbih kayu koka dengan kepercayaan bahawa ia dapat mendatangkan kebaikan dan menjauhkan keburukan.
Banyak  terdapat hadis RasulullahSAW yang telah memberi amaran dan melarang Umat Islam berpegang dengan amalan ini dalam rawatan dan perubatan samada tangkal dan azimat yang digantung pada kanak-kanak yang dijadikan sebagai pendinding atau menghindari daripada jin dan sebagainya, begitu juga dengan jampi serapah sebagaimana sabda RasulullahSAW :

انالـرقــيوالــتمـائـموالـتـولــةشــرك
” Sesungguhnya jampi,azimat dan pengasih adalah syirik “
(riwayat Ahmad, Abu Daud, Baihaqi & Hakim)
Rasulullah s.a.w pernah terlihat seorang lelaki yang mengenakan kalung dari besi kuning ditangannya. Lalu Baginda bertanya: “Apakah ini?”. Lelaki itu menjawab: “Penangkal Wahinah” (Sejenis penyakit lengan). Baginda lantas bersabda: “Tanggalkanlah! Sesungguhnya ia takkan menambahkan apa-apa kepada kamu melainkan kelemahan. Sesungguhnya sekiranya kamu mati dan kamu masih memakainya nescaya kamu tidak akan selamat selama-lamanya”.
(riwayat Imam Ahmad dengan sanad hasan –  Musnad Imam Ahmad 4\4451)
 Ulama bersepakat mengharuskan jampi apabila melengkapi tiga syarat berikut :
1. Hendaklah dengan menyebutkan kalamullah atau nama atau sifat-sifatNYA.
2. Hendaklah menggunakan bahasa Arab dan difahami.
3. Hendaklah berpegang dan percaya bahawa kesan jampi adalah kuasa dan taqdir Allah SWT bukanlah disebabkan zat jampi tersebut.
Contohnya doa-doa yang ma’thur , antaranya :
1. Ketika Othman bin Abi Ash r.a. mengadu sakit badan kepada Rasulullah SAW, baginda SAW bersabda yang bermaksud : ” Letakkan tanganmu di tempat yang sakit dan berdoa :  ” بسماللّه “ tiga kali dan berdoa :
أعــوذبــعـزةاللّهوقـدرتـهمـنشـرمـاأجـدوأحــاذر
(Sohih Muslim 14\189, Abu Daud 3891 dan Tarmizi)
2. Ketika Jibril A.S. menemui Rasulullah SAW,dia bertanya kepada baginda SAW :  ” Wahai Muhammad..adakah engkau mengadu sakit ?”. Baginda menjawab : “Ya”. Jibril A.S. pun berdoa : 
بـاسـماللّهأرقـيـكمـنكـلداءيـؤذيكمـنشـركـلنفـسأوعـينحـاسـداللّهيشـفـيـكباسـماللّهأرقـيك
(Sohih Muslim 14\170 & Ibnu Majah 3523)
AZIMAT DI KALANGAN PARA SAHABAT DAN TABI’EN R.A
Pengamalan azimat ini pernah berlaku di kalangan para sahabat semasa peristiwa Bai’ah sepuluh orang sahabat.  Rasulullah SAW hanya menerima bai’ah sembilan orang sahaja, atas alasan baki seorang sahabat itu memakai azimat.  Selepas azimat itu ditanggalkan, Rasulullah SAW pun membai’ahkan sahabat berkenaan dan bersabda :
            ”  مـنعـلــقتميمـةفـقـدأشــرك
“Sesiapa yang menggantung azimat maka dia telah syirik.”
Iaitu menggantung azimat dan hatinya pula bergantung pada azimat tersebut.                               (riwayat Ahmad, Al Hakim & Abu Yu’la)
Di kalangan para sahabat dan tabi’en mengingkari penggunaan azimat sehinggakan apabila Huzaifah melihat  seorang lelaki menggantung benang sebagai azimat, beliau membacakan firman Allah SWT yang bermaksud ;
” Dan sebahagian besar dari mereka tidak beriman kepada Allah SWT, melainkan dalam keadaan mempersekutukan Allah SWT (dengan sembahan-sembahan lain) ”                                      (Yusuf 106).
Said bin Jabir r.a  pernah berkata:“Sesiapa yang menanggalkan azimat daripada leher manusia, seolah-olah dia telah berlaku adil terhadap seorang hamba”   iaitu seolah-olah dia telah memerdekakan seorang hamba.
Ibrahim Al Nakhaie r.a (tabi’en) berkata: ” Mereka benci kepada azimat secara keseluruhannya, samada azimat daripada ayat Quran dan selainnya.”  Iaitu apabila menggantung ayat  daripada Al Quran dan seumpamanya  ada yang memberi keringanan dan melarangnya, tetapi pandangan yang rajih  mengatakan bahawa semua jenis azimat adalah tidak harus digunakan.
ULASAN DARIPADA DR.YUSOF AL QARDHOWI
Semua jenis azimat tidak harus digunakan berdasarkan :
 PERTAMA – Hadis-hadis yang dinyatakan di atas adalah larangan secara umum, tidak membezakan jenis-jenis azimat.  Ini jelas apabila Nabi SAW mengingkari seorang lelaki yang memakai azimat, baginda tidak bertanya kepadanya adakah azimat itu ayat Al Quran atau bukan, tetapi Nabi SAW mengingkari atas sebab itu adalah azimat.
 KEDUA      - Saddu lil zaria’h سـدللذريـعـة . Orang yang menggantung azimat daripada ayat Al Quran menggantung selainnya  dan orang yang melihatnya pula tidak tahu adakah azimat itu ayat Al Quran atau bukan.
KETIGA       – Perkara ini menjadikan Al Quran sebagai pameran untuk perkhidmatan dan murahan. Orang yang memakai azimat tersebut pasti akan masuk ke tempat-tempat yang najis, memakainya ketika membuang air besar,  berhadas besar atau haid.
Oleh yang demikian, sohihlah bahawa semua jenis azimat adalah dilarang menggunakanya.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud;
” Sesiapa yang menggantung azimat, Allah SWT tidak akan menyempurnakan baginya (sesuatu pun kerana azimat itu) dan sesiapa yang menggantung kulit kerang (dijadikan azimat), Allah SWT tidak akan meninggalkan baginya (sesuatu pun kerana azimat itu).”
(riwayat Ahmad,Abu Yu’la dan Al Hakim).
CONTOH WAFAQ


KESIMPULAN
Jelaslah bahawa azimat atau tangkal dilarang menggunakannya dan boleh membawa kepada kesyirikan. Jampi pula diharuskan apabila melengkapi ketiga-tiga syarat yang telah disebutkan.  Sabda RasulullahSAW yang bermaksud :
” Berubatlah kamu, sesungguhnya AllahSWT tidak akan mendatangkan penyakit melainkan akan mendatangkan ubatnya “.
( Riwayat Ahmad,Ashabu As Sunan,Ibn Hibban,Al Hakim).
Wallahua’lam.
Rujukan ;
1. Fatawa Mua’sorah – Dr.Yusof Al Qardhowi.
2. Fatawa Wa Ahkam lil Marahti Al muslimah – Al Fadhilah Syekh Atiyyah Saqar
3. Wasiah 50 Min Wasoya Al Rasul lil Nisa’ – Majdi Assayyid Ibrahim.
4. Inilah Pegangan Kami -Tn Hj. Ismail bin Hj.Ahmad.
PENGGUNAAN KEMENYAN
Hukum penggunaan kemenyan itu bergantung pada tujuan si pengguna. Sekiranya kemenyan itu dibakar sebagai satu unsur dalam acara perbomohan atau perubatan tradisional bertujuan untuk memanggil, berdamping, meminta izin atau bantuan daripada makhluk ‘ghaib’ maka hukumnya adalah haram dan bercanggah dengan aqidah Islamiah. Begitu juga sekiranya ia dibakar dengan maksud menghalau hantu syaitan. Apatah lagi jika perasapan kemenyan itu dilakukan untuk upacara pemujaan sesuatu benda seperti keris, lembing dan sebagainya. Perkara ini jelas haram dan boleh membawa kepada syirik. Pelakunya wajib segera bertaubat.
Sekiranya kemenyan dibakar sekadar untuk mengharumkan ruang sesuatu tempat maka ia adalah harus.
WallahuA’lam
Mantra Jampi Selusuh
Kirimkan Ini lewat EmailBlogThis!Berbagi ke TwitterBerbagi ke Facebook
Mantra Jampi Selusuh digunakan bidan untuk melaksanakan persalinan sambil menggosokkan minyak selusuh ke perut ibu yang akan melahirkan.
rebung ruat rebung berduri
ruat dengan akar-akarnya
pecah darah pecah tembuni
turun engkau dari badannya
tidak direla ibu dan baak
bismillah Adam nama sifat
sifat jadi darah
darah jadi air
air jadi abu angin

Mengenai pengertian dan penjelasan tentang mantra dapat dibaca di :
Pola Puisi Mantra Melayu Riau
Mantera Orang Melayu
MANTERA DAN JAMPI MELAYU- KEBATINAN MELAYU

Kita berhenti sementara mengenai Ilmu Kebatinan Melayu – Semantan Puteh, kerana saya dapati bahawa pengetahuan mengenai Semantan Puteh lebih daripada mencukupi untuk pengetahuan pembaca. Kemungkinan saya akan bersambung dimasa akan datang atau mungkin juga saya mengemukakan Perguruan SINAR ISLAM.

Pada kali ini, saya ingin memaparkan mantera mantera didalam bahasa melayu daripada sudut kebatinan, jurus, perubatan dan kekuatan tubuh badan seperti ilmu kebal dan sebagainya. Walaubagaimanapun, banyak daripadanya tidak akan dipaparkan cara cara amalan dan kegunaan, cukuplah sekadar pengetahuan untuk pembaca kekayaan warisan orang melayu.

Sebahagian mantera yang tertera ada sebahagian merupakan pemujaan dan seru yang salah disisi Syarak, tetapi disiarkan supaya kita tahu apa yang digunakan nenek moyang kita sebelum dan selepas zaman Islam. Anggaplah semua sebagai pengetahuan sahaja.

SYURGA DUNIA

Bismillah……………………..

Lemak manis cita rasa penanggalan Tuk Adam si…..........................lazat kepada aku sampai mati

Ambil air liur di tengah lidah di urut pada zakar sambil membaca jampi diatas.

SYURGA DUNIA

Bismillah………………………..

Lemah lembut cita rasa penanggalan Tuk Adam si………………………..lazat kepada aku sampai mati

Ambil air liur di tepi lidah pula dan diurut pada zakar sambil membaca  jampi diatas

SENJATA MALAM

Baca pada  seranting kayu dan di selitkan pada pinggang

Hai besi balu
Hai besi bani
Turun besi balu
Naik besi berani

RAJA ILMU PENGASIH

Bismillah………………………………………..

Hai Awang seri ganu seri
Seri memila kemuka aku
Garam dilaut asam didarat
Akulah yang memakai ilmu asam garam
Pecah lebur pecah bibir hati……………………kepada aku
Akulah (Dengan suara mendayu rayu) yand memakai ilmu asam garam
Engkau umat Muhammad memandang kepada aku seperti bulan penuh purnama 14 hari muka aku
Engkau umat Muhammad memandang kepada aku
Kalau tidak kasih saying gila mabuk cinta rasa kepada aku
Gajah putih seberang laut lagi tunduk sujud dibawah tapak kaki kiri aku
Derhaka engkau kepada Allah
Sidi guru sidilah aku
Sidi berkat kata

Laila haillallah

Mantera dibaca pada hari selasa sampai 7 selasa selepas mandi pagi subuh

PEMANIS GIGI

Sirih pinang digosok pada gigi tujuh kali, baharu dimakan, selepas membaca sireh jampi 7X dan dihembus pada sireh pinang

Bismillah………………………………..

Hai seri bertatah nama gigi aku
Seri lilin nama bajuku
Seri Melati nama pipiku
Pauh dilayang nama telingaku
Semut mengiring dibibirku
Gajah sekawan dimuka ku
Kendur menjadi cegang atau tua menjadi muda
Aku hina menjadi mulia
Orang Nampak cahaya gigiku
Gila mabuk seumur hidup
Merayu rayu dihatinya

GIGI TEGUH

Tuk Esa Tuk Isi
Patah tangga ikat besi
Teguh tegah akan gigi

Kain basahan mandi diperah dan dipintal sewaktu mandi pagi sahaja, dipintal kuat kuat dan bacalah jampi diatas , setelah selesai gigitlah kain tadi sekuat kuatnya

JAMPI TERGELIAT DAN SALAH URAT

Ambil Seurat daun mengkuang yang belum dianyam buat tikar, dan suruh orang yang tergeliat atau salah urat itu (atau diri sendiri) ikur sejengkal pada mengkuang seurat itu dari jari tengah dan ibu jari, kemudian dipotong.
Cari minyak baharu (minyak kelapa atau minyak urutpun boleh) dan dijampikan pada minyak tersebut 3X dan baca jampi 3X juga pada mengkuang itu dan berniat dihati sambil mengurut mengkuang yakni:-

Bukan aku urut mengkuang tetapi aku urut urat si…………………………

JAMPI TERGELIAT DAN SALAH URAT 2

Hai patah maharaja
Ruma bertemu dengan kulit
Kulit bertemu dengan daging
Daging bertemu dengan urat
Urat bertemu dengan tulang
Tulang bertemu dengan otak
Berkat Doa Doa Nabi Nabi pada sekelian umat
Berkat doa

Lailahaillallah, Muhammad Rasulullah

Nota: Jampi diatas menarik perhatian kerana metepati anotomi tubuh manusia. Ajaib bukan kerana jampi diatas sudah beratus tahun sebelum zaman sains moden anotomi tubuh badan manusia dipraktikalkan. Inilah salah satu contoh jampi serapah orang melayu yang perlu kita kaji dari sudut sains.

PETUA ILMU JENGKAL

Ambil sebatang lidi ukur pada sejengkal, jika lebih panjang maka menjadi, jika lebih pendek, maka tak jadi, jika mahu tahu sesuatu urusan sebelum itu hendaklah menca Surah Al Ikhlas 3X pada lidi yang sudah diukur sejengkal. Selepas membaca Al Ikhlas, ukur jengkal kita sekali lagi sambil berniat tujuan kita. Wallahualam

PEMATAH HATI ORANG GARANG/BENGIS

Jika terjumpa seseorang yang garang, bengis dan bebal, sebelum berjumpa dengan orang tersebut bacalah:-

Bukan aku pijak tanah
Aku pijak kepala engkau

Bila berhadapan dengan orang itu, terus baca :-

Bukan aku patah jari aku
Tetapi aku patah hati perut engkau

Sambil patahkan(bengkokkan) jari telunjuk kita sehingga selesai pertemuan kita dengan dia

PANAH ARJUNA

Bismillah…………………………………………..

Hai panah arjuna
Aku panah gunung, gunung runtuh
Aku panah matahari, matahari tembus
Bukan aku yang panah
Sang betara guru yang panah
Sah sidi pengajaran guruku
Sidilah menjadi pada aku
Dengan berkat doa

La……………………………………………..

PEMANIS GIGI

Hai seri bertatah nama gigiku
Seri lilin nama bajuku
Seri melati nama pipiku

PENDINDING PAGAR DIRI

Rumput kerak meniti batu
Terkapak ditengah jalan
Bergerak dagingku lalu
Aku memakai periseh jalan

Periseh tidak boleh bersua
Periseh tidak boleh bertemu
Tujuh guguk pematang lurah
Tujuh lurah pematang sungai

Sedalam laut setinggi langit
Itulah hutan batas antara kita
Engkau tidak kenal Allah
Aku juga kenal Allah
Makbul kata guru
Mustajab kata Allah

Berkat Kalimah…………………………………….

SEPAH JAMPI HANTU PEMBURU

Cincang tegak jala cabek
Engkau pergi ke rimba jauh
Engkau jadi hantu pemburu
Aku tahu asal kau jadi
Orang jambak asal kau jadi
Kami orang jambak juga

Apabila pergi memburu atau masuk hutan, baca jampi diatas dan jentik lantai atau tanah 3X

SERAPAH MEMANGGIL BURUNG

Pemikat burung dihutan menggunakan serapah ini bertujuan menangkap burung

Bismillah…………………………….

Kun Faya Kun
Tiga dengan maimunah
Sekelian bak da
Tidur berjalan dengan Rasullulah
Sah kata Allah
Kata Muhammad
Kata Baginda Rasullullah
Bukan suara aku
Dan bukan suara buluh
Suara Nabi Sulaiman
Memanggil engkau

PENUMBUK BISA

Ini golok ambuh pusaka bapak
Tulang mawas sama terjadi dengan diriku
Ku panggil pesaka kegenggam ini
Ku panggil teras menyata diri
Kus semangat
Naiklah bias ke tangan ini

Jampi serapah diatas jika diamalkan cukup syarat, jika telunjuk kita di tunjuk pada semut, semut akan mati

MANDI APUNG

Mandi ku kerana Allah
Mandi bersisi Rasullullah
Mandi iman mandi sifat
Cuci sebenar cuci

Terketul urat lurus menjadi
Seliseh tulang akan ketepi
Gagah aku gagah panglima
Tahan aku segala terima

Air ke kulit
Kulit ke isi
Isi ke urat
Urat ke nadi
Tahanlah badan ku ini
Berkat kalimah………………………………………..

Mandi apung adalah amalan untuk menjadi kebal, tahan sakit dan tidak lut peluru / senjata tajam. Bila musuh menumbuk atau menendang, kita tidak merasa sakit sedikitpun

PENGUNCI

Re semenggentam semenggetam ali
Aku memakai doa penunduk pelesin pelayah
Kata Allah siapa yang garang takut padaku
Yang gagah gentar pada ku
Seribu dikiri seribu dikanan
Aku mengunci hati jantungmu
Aku mengunci gerak langkahmu

Berkat kalimah…………………………………………….

Hembus

SERAPAH HUJAN PANAS

Unduk unduk angkah angkah
Kembang bunga mali mali
Hantu tunduk aku melangkah
Hantu stautan habis lari
Pai menupai
Penampi pisang nanas
Tercadak cicit tupai
Penyapu hujan panas

MENGHALAU PELESIT

Aku tahu segala datuk moyang mu
Engkau berasal anak terkutuk jahanam
Engkau daripada nanah yang kuning
Engkau daripada nanah yang hitam
Engkau daripada miang buluh pecah
Engkau daripada leburan besi karat
Engkau daripada hampas neraka jahanam
Seribu moyangmu lagiku tawar
Ini bukan empunya tawar
Tawar Allah, Tawar Muhammad
Tawar baginda Rasullullah

PEMULIH SEMANGAT

Mari roh kemari
Mari semangat kemari
Mari kecil kemari
Mari burung kemari
Mari halus kemari

MENTERA MEMBURU MAMANCING

Kutu hutan suruh keluar
Suruh keluar beranak anak
Suruh keluar bercicit cicit
Suruh keluar bermonyet monyet

MENGHALAU JIN MAKHLUK HALUS

Bismillah…………………………………
Lam Yakun Allah Al Samad
Berlari engkau setan peraun
Ke gunung tujuh lapis loren, laren, jihin, yaoum maizin, loyam, lodin
Dengan berkat…………………………………………….

TAWAR BISA LIPAN, PENYENGAT

Bismillah………………………………
Tawar datang wisak turun
Berkat………………………………………..

MANTERA JURUS

Allah kata kena
Nabi kata jatuh

Berkat doa...................................................

MANTERA JURUS JANTUNG

Nyawa engkau nyawa akulahSERAPAH
Jantung engkau jantung akulah
Bukan aku yang pancung tali jantung mu
Allah yang pancung tali jantung mu
Gugur luruh seperti daun kering
Mati terperap Mati Haq
Haq Allah aku pinjam
Haq kata jadi, jadilah
Berkat.........................................................

SERAPAH TEKAN BUMI

Aku memijak seperti laksamana
Tegak berdiri seperti kayu
Kaki kaku tangan layu
Berkat Sidi guru.....
Hai laksamana aku memakai garis laksamana
Melintang muntah darah berlalu maut
Berkat.................................................





No comments: