Friday 22 April 2016

Percutian ke Macau & Hong Kong - Hari ke-2 [Part 2] Ruins of St. Pauls




Percutian ke Macau & Hong Kong - Hari ke-2 [Part 2]
Ruins of St. Pauls

Rabu, 17.06.2015
Aktiviti :-
1. Berjalan-jalan di sekitar kawasan hotel
- Mencari restoran halal
- Melihat pasar pagi di lorong-lorong tepi jalan
2. Ruins of St. Pauls
- Melihat sisa bangunan gereja yang telah hampir runtuh.
3. Outer Harbour Ferry Terminal
- Membeli tiket ferry  [Macau – Kowloon – Macau]
- Menaiki bas dari Kowloon ke Mongkok
4. Check in [Me Easy Hotel]

5. Mongkok Night Market  @ Ladies Market





Ruins of St. Paul's (juga dikenali sebagai Sam Ba Sing Tzik) didirikan bersebelahan dengan Kubu Gunung yang terkenal dan Muzium Macau. Bangunan dinding bahagian hadapan merupakan satu-satunya tinggalan gereja yang paling besar.Anaktangga daripada batu dibina untuk memulihara dan memudahkan pengunjung untuk naik ke bahagian atas dimana terletaknya bangunan tersebut. Tempat bersejarah ini jaraknya cuma 2.0 kilometer dari hotel tempat kami menginap dan kami kesini hanya dengan berjalan kaki dalam 20 minit perjalanan melalui jalan pintas di celah-celah bangunan.


Terdapat banyak gereja boleh ditemui di Macau, tetapi yang paling unik dan sering dikunjungi kebanyakan pelancong adalah gereja The Ruins of St. Paul’s. Apa yang menjadi daya tarik dari gereja ini adalah bentuknya yang unik. Gereja ini didirikan pada 1602-1640 ini mengalami kehancuran pada 1835 yang akhirnya hanya tersisa dinding bahagian hadapannya sahaja. 



Jika sudah berada di Macau,ambillah peluang untuk mengunjungi tempat ini. Ruins of St Paul merupakan landmark dari kota Macau. Gereja ini dibangun pada tahun 1602 di samping Jesuit College of St. Paul’s. Namun, pada tahun 1835, kebakaran terjadi dan melahap habis universiti dan bangunan gereja, akibatnya hanya menyisakan bangunan hadapan gereja (facade) seperti sekarang. Pada bangunan ini menampilkan ukiran yang berkaitan dengan kisah gereja Katolik di Asia lengkap dengan beberapa gambar naga dan kapal berlayar.Selain itu, ukiran-ukiran dan ornamen Ruins of St. Paul’s Church juga menunjukkan campur tangan budaya China dalam pembangunannya.


Bagi anda yang meminati sejarah, Ruins’ of St Paul’s ini memang wajib dilawati untuk melihat sendiri betapa gahnya peninggalan salah sebuah gereja yang terbesar di Asia satu ketika dahulu. Disenaraikan sebagai salah satu World Heritage Sites oleh UNESCO, jutaan manusia telah melahirkan rasa kagum mereka melihat keunikan dan keperincian lukisan-lukisan di bangunan ini. Ambik gambar pun cantik jugak kat sini. Ruin of St Paul ini adalah kesan peninggalan runtuhan gereja yang terdahulu. Yang masih kekal adalah pintu hadapannya yang masih berdiri utuh.



Pada tahun 2005, Ruins of St. Paul’s Church ditetapkan menjadi situs warisan dunia UNESCO, oleh karena itu bangunan tua ini benar-benar dipelihara oleh pemerintah Macau. Di bahagian belakang runtuhan, terdapat tiang penyangga yang digunakan untuk menopang bangunan. Tangga batu juga dibina bagi memudahkan pelancong dan pengunjung  naik melihat bangunan runtuhan gereja bahagian atas dari belakang. Di dasar runtuhan bangunan ini juga dibina The Museum of Sacred Art and Crypt yang memiliki koleksi artifak-artifak keagamaan, patung, lukisan, pahatan dan barang-barang upacara dari gereja-gereja dan biara-biara. Museum ini dibuka untuk umum mulai pukul 09.00 s.d. 18.00 tanpa bdikenakan sebarang bayaran masuk.


Reruntuhan gereja St Paul merupakan ciri khas Macau. Setiap orang yang berkunjung ke Makau pasti menyempatkan diri untuk berfoto di depan runtuhan bangunan gereja ini. Begitu juga saya waktu berkunjung ke macau, saya ingin melihat secara jelas keindahan reruntuhan gereja ini dari dekat.Lokasi bangunan runtuhan gereja St Paul ini adalah di senado square, salah satu tempat makan dan berbelanja di macau. Di lokasi ini banyak kedai-kedai barang branded dan tempat makan seperti kios-kios di tepi jalan.


Setelah puas melihat sisa bangunan lama Ruins of St. Pauls, kami pulang semula ke hotel tempat kami menginap. Rakan-rakan kami yang berbangsa cina, menyinggah ke dalam restoran dan membeli beberapa bungkusan makanan juadah tengahari untuk dimakan di hotel nanti. Saya dan Zaila masuk kedalam sebuah pasaraya.  Oleh kerana saya memakai kasut yang bertali di bahagian belakang tumit, ia menyebabkan tumit saya melecet kerana terkena geseran memandangkan kami telah berjalan jauh. Semasa pulang ke hotel , saya membeli kasut sandle dengan harga MOP 50.00 / +- RM 25.00. Bagi saya harga itu lebih mahal dari harga kasut yang sepertinya di Malaysia. Oleh kerana keperluan, saya terpaksa membelinya kerana itulah satu-satunya kasut yang paling murah disitu. Kami naik ke bilik dan mengemaskan barang sebelum check out pada tengahari ini juga.

No comments: