Saturday 7 May 2016

Percutian ke Macau dan Hong Kong - Macau hari pertama - (KLIA2 - MACAU)






Selasa
16.06.2015

1. KLIA2

2. Macau International Airport
3. Town Well Hotel

Pada hari Isnin, 15/06/2015 saya dan zaila pergi ke Damansara degan menaiki komuter (Tapah ke Sungai Buloh) sebagai transit kami sebelum menaiki kapal terbang pada keesekan harinya di KLIA2. Kami sampai ke Damansara pada jam 12.20 p.m dan kami tidur sementara menunggu waktu pagi. Pada keesokan harinya kami dihantar oleh adik ipar saya ke KLIA2. Rakan-rakan kami yang lainnya bertolak dari kampung terus ke KLIA2 dan kami telah berjanji untuk bertemu di KLIA2.





Kami berkumpul dan bersaran di restoran Mc. Donald KLIA. Selepas beberapa proses, akhirnya kami berjaya masuk ke dalam kapal terbang dan mencari tempat duduk masing-masing.







Sebelum kapal terbang menerbangkan sayapnya, saya sempat menghantar messege melalui whatsapp kepada suami dan keluarga bahawa saya sudah berada di dalam kapal terbang dan akan memulakan perjalanan sebentar sahaja lagi dan saya akan mematikan telefon bimbit saya sehingga kapal terbang mendarat di lapangan terbang Macau.


Perjalanan yang panjang membuatkan mata kami mengantuk dan kami tidak menyedari rupanya kami Zaila tertidur sampai terlentok-lentok.




Alhamdulillah...sampai juga ke Macau. Kejadian kapal terbang MAS 370 membuatkan hati merasa risau. Macam-macam bermain di fikiran. Apa-apa pun, mudah2an kami pergi dan balik ke Malaysia dengan selamat.Aamiin....

Setelah sampai ke Macau, kami pergi ke stesyen bas untuk pergi ke hotel yang telah kami tempah melalui online. Untuk pengetahuan, perkhidmatan bas percuma disediakan oleh hotel-hotel besar seperti Hotel Wynn dan Hotel Lisboa dan bas akan berhenti dihadapan hotel. Oleh kerana kami memilih hotel budget, maka kami perlu menaiki bas yang berbayar. Perjalanan menaiki bas dari lapangan terbang ke hotel yang telah kami tempah adalah dalam setengah jam sahaja.





Disepanjang jalan menuju ke Town Well Hotel, kami dihidangkan dengan pemandangan yang sangat cantik dimana bangunan disini kebanyakannya berwarna keemasan. Ini membuatkan Bandar ini kelihatan sangat mewah. Disudut kiri dan kanan jalan pula terdapat pelbagai kedai barangan mewah seperti kedai handbag, kedai jam dan kedai kasut berjenama dengan harga mencapai ribuan ringgit. Yang pasti, ia adalah syurga beli belah bagi mereka yang mempunyai wang. 



Kami menginap di Towns Well Hotel yang beralamat di No 6-6A Calcada das Verdades, Macau City, Macau. Town Well Hotel terletak agak jauh dari jalan utama. Kami perlu berjalan kaki selama 25 minit untuk sampai ke hotel melalui jalan yang berbukit-bukit dan banyak anak tangga kerana kami memilih untuk melalui jalan pintas. Perlu diingatkan supaya tidak memakai kasut bertumit tinggi. Akhirnya kami sampai ke destinasi dan kami cuma ada masa setengah jam untuk mandi dan solat sebelum keluar berjalan-jalan. Perlu diingatkan, semua signboard disini adalah dalam tulisan berbahasa Kanton dan Portugis. Adalah sedikit sukar jika datang kesini tanpa ditemani oleh orang yang pandai berbahasa kantonis. Tiada satu pun signboardnya yang menggunakan bahasa inggeris apatah lagi berbahasa melayu.


Selepas check in, kami masuk ke bilik masing-masing dan kami berjanji untuk bertemu di lobby hotel pada jam 8.00 malam untuk keluar makan malam bersama-sama. Kami cuma ada masa lebih kurang 45 minit sahaja. Saya dan Zaila perlu mandi dan makan sebelum turun. Bilik penginapan kami ada menyediakan cerek cerek pemanas air dan kami merendam mee segera sementara kami menunaikan solat maghrib. Tempat penginapan kami disini agak selesa cuma aircond kurang sejuk. Walaupun kurang sejuk, bila sampai waktu subuh terasa juga dinginnya. Tarik selimut sampai kekepala. Sewaktu berjalan ke hotel tadi, kami sempat melihat-lihat jikalau ada restoran halal di sekitar hotel tempat kami menginap tetapi sayangnya tiada satu pun restoran halal yang dapat kami lihat. Sebelumnya, kami ada melalui restoran Mc. Donald tetapi pada iklan dihadapan restoran ada promosi burger daging khinzir. Oleh itu kami membuat keputusan untuk makan mee segera sahaja sebagai alas perut kami pada malam itu.



 Kami  berkumpul di lobby dan keluar dari hotel untuk mencari restoran. Saya dan Zaila memberitahu rakan-rakan yang lain bahawa kami telah makan mee segera dan mereka boleh bebas mencari restoran yang mereka mahu pergi. Sementara rakan-rakan berbangsa cina makan di restoran, saya dan Zaila mengambil kesempatan ini untuk masuk ke kedai menjual barangan berjenama  yang terdapat disepanjang jalan. Kami juga terlihat lambang yang memang kami kenali di Malaysia. Ia adalah guardian tetapi disini ia disebut mannings.




Selepas 20 minit, kami pergi semula ke hadapan pintu restoran dimana rakan-rakan kami singgah untuk makan malam tadi dan kami berjalan  bersama-sama. Apa yang menghairankan saya, disini jalan rayanya sangat tenang. Tidak jesak seperti  jalan-jalan dalam bandar di Malaysia. Kebanyakan penduduk di sisni hanya berjalan kaki dan menaiki bas awam. Cuma sesekali kelihatan kereta mewah mencuri pandangan mata saya. Setelah penat berjalan, kami mengambil keputusan untuk pulang ke hotel pada jam 11.30 malam. Sesampainya di bilik, saya dan Zaila memasak air untuk makan oat. Sejujurnya, sebungkus mee segera tidak dapat memberikan kami tenanga yang secukupnya. Kaki pun dah terasa sakit, lenguh kerana banyak berjalan. Selepas mandi, makan oat dan solat, kami terus tidur. Mengumpulkan semula tenaga untuk aktivi pada keesokan paginya. Kami bercadang untuk pergi berkunjung  ke Ruins of  St. Paul pula. 

Dalam banyak-banyak kedai berjenama, kedai ni menarik perhatian saya. Kedai menjual stem. Saya juga adalah penggemar dan pengumpul stem. Sayangnya masa tidak mengizinkan saya untuk masuk lama ke kedai ni. Cuma dapat masuk sekejap dan ambil sekeping gambar ni sebagai kenangan.
Bunyi kicau burung mengejutkan saya dai tidur. Alamak…dah siang… Saya bingkas bangun mengintai keluar tingkap. Cuaca dah terang.  Laju tangan saya mencapai handphone ditepi bantal. Dengan mata masih terpejam-pejam, saya lihat jam baru pukul 4.00 subuh. Saya gosok mata beberapa kali dan ambil jam diatas meja pula. Memang sah jam dan handphone saya betul. Tetapi kenapa kat luar dah terang? Rupa-rupanya waktu subuh disini lebih cepat.  Jam 4.16 dah masuk waktu subuh. Saya bangun dan menunaikan solat subuh. Setelah selesai solat, saya duduk termenung ditepi tingkap. Menikmati keindahan suasana di  Macau. Jam 4.30 subuh di Macau layaknya seperti  jam 7.00 di Malaysia. Burung juga sudah keluar mencari makan. 




Kalau nak tau apa itu Ruins of  St. Paul, ikuti tulisan saya yang seterusnya dimana saya akan menceritakan pengembaraan kami  yang seterusnya di Macau pada hari ke 2 percutian kami.