Wednesday 4 May 2016

Hong Kong Space Museum


Bagi mereka yang menggemari bidang astronomi harus menyempatkan diri berkunjung ke planetarium luar angkasa yang binaannya menyerupai  telur.  Museum  Ruang Angkasa (Hongkong Space Museum) dibina berhampiran pantai Tsim Sha Tsui. Museum ini dibina diatas tanah seluas 8000 meter persegi dan menjadi salah satu landmark Kowloon.
Museum Ruang Angkasa ini dibuka pada tahun 1980 dan terdiri dari dua sayap yakni Timur dan Barat. Didalam bangunan ini terdapat ruang teater Stanley Ho  dimana  filem 4D yang berkaitan dengan astronomi akan ditayangkan disini. Saegala isi bangunan ini mempunyai kaitan dengan  ilmu pengetahuan tentang ruang angkasa. Kemudian di sayap Barat museum ini ada  perpustakaan, kedai menjual suvenior dan juga pejabat urusan.
Hongkong Space Museum ini juga menawarkan pertunjukkan Omnimax, langit dan pameran astronomi . Museum  ini merupakan lokasi yang tepat untuk dikunjungi, terutama bagi mereka yang mempunyai anak berpendidikan di bidang astronomi atau anak yang memiliki minat yang  tinggi untuk mendalami bidang yang mengasyikkan ini. Di satu sudut pula  terdapat  planetarium digital yang telah diinstal dengan sistem multi-bahasa dimana ia akan memudahkan pengunjung untuk memahami apa yang sedang ditayangkan.
Maklumat :-
Buka: Isnin, Rabu – Jumat dari jam 1.00 ptg – 11.00 mlm . Hari Sabtu, Ahad dan hari cuti awam pula akan di buka seawall jam 10.00 pagi sehingga 11.00 mlm
Alamat: 10 Salisbury Road, Tsim Sha Tsui, Kowloon, Hong Kong.
Telefon No : +852 2721 0226






Cara kesini:
1.     Stasyen MTR Tsim Sha Tsui Timur Keluar J, berjalan kaki selama 10 minit ke museum.
2.     Naik Star Ferry dari Central atau Wan Chai ke Tsim Sha Tsui, berjalan selama 10 minit  ke museum.

Merancang Percutian selama 5 hari 4 malam ke Macau dan Hong Kong


Perancangan bercuti ke Macau dan Hong Kong amat mengujakan dimana kami memilih untuk bercuti secara backpack iaitu tanpa melalui agent. Kami banyak mencari info dan maklumat tempat-tempat menarik disana melalui internet. Segala-galanya kami plan dengan  sangat terperinci sehingga  nombos bas yang perlu kami naiki dan haga tiketnya juga kami cuba cari.

Percutian kami kali ini disertai oleh 7 orang peserta iaitu Ms. Yin, Ms. Ong, Mei Mei & Elson (suami isteri), Teng, Zaila dan saya. Kami telah bersedia dari segi mental dan fixikal dimana kami menyedari apabila bercuti secara berkumpulan memang memerlukan lebih kesabaran dan bertolak ansur. Maklumlah, masing-masing dengan perangai masing-masing.

Sebenarnya saya dan Zaila membuat keputusan untuk menyertai percutian ini disaat-saat akhir dan kami hanya mempunyai masa selama  2 minggu untuk membuat segala persiapan. Kami membuat tempahan tiket penerbangan  dan hotel secara berasingan  dengan rakan-rakan yg lain kerana mereka telah membuat tempahan terlebih dahulu. Ini menyebabkan tiket penerbangan kami lebih mahal sedikit dari mereka  dan tempat duduk dalam kapal terbang kami juga berasingan. Begitu juga dengan tempahan hotel.  Tempahan bilik kami lewak sedikit daripada rakan-rakan yang lain. Walaupun begitu, kami masih berada dalam kapal terbang dan hotel yang sama.

Ini merupakan percutian sulung saya ke luar Negara. Kawan-kawan banyak memberi tunjuk ajar kepada saya dari renew passport, membuat tempahan kapal terbang dan hotel serta persiapan luggage. Saya memperbaharui passport dengan bayaran sebanyak RM 200.00 dan passport baru boleh siap dalam hari yang sama. Kami banyak mencari info dan maklumat tempat yang ingin kami kunjungi melalui internet. Setelah memilih tempat yang ingin kami kunjungi, kami membuat tentative dan budget percutian kami kali ini di Macau dan Hong Kong selama 5 hari 4 malam.

Tentatif tersebut beberapa kali diubah kerana kami menukar tempat yang ingin kami kunjungi. Tentatif ini sangat perlu untuk mengetahui jadual perjalanan dan boleh dianggap sebagai guide line aktiviti kami sepanjang berada di sana. Tentatif ini wajib diberi kepada setiap peserta. Kami perlu melakukan aktiviti mengikut masa yang telah dianggarkan supaya ia tidak mengganggu jadual aktiviti kami yang seterusnya. Ini juga menjadi cabaran kepada saya dan Zaila kerana waktu senggang itu juga perlu kami ambil untuk makan kerana kami tidak pasti dimanakah kami boleh mencari restoran yang menghidangkan makanan halal. Sementara mandi dan solat, kami merendam mee segera untuk dijadikan alas perut  Seandainya kami tidak dapat mencari restoran halal, kami masih mempunyai sedikit tenaga.



Kami bernasib baik kerana Mei Mei mempunyai seorang rakan sosial yang tinggal di Hong Kong. Kami mendapat info dan guide daripada beliau dan itu memang sangat membantu melancarkan lagi perjalanan kami. Kami mendapat info yang sangat detail sehingga jalan apa, bas nombor berapa serta nama bangunan juga telah kami perolehi. Segala-gala info yang dapat kami perolehi akan kami catatkan. Kami juga telah membuat temujanji untuk bertemu dengan beliau pada hari ke 4 percutian kami yang ketika itu kami berada di Hong Kong. Cuma satu perkara sahaja yang bermain difikiran saya, kali ini saya akan menyambut Ramadhan di Hong Kong. Bagaimanakah rasanya bersahur tanpa suami dan anak-anak? Saya sangat bertuah kerana suami member keizinan untuk saya menyertai percutian ini bersama rakan-rakan. Insyaallah…suatu hari nanti saya akan bercuti bersama keluarga saya pula.Kali ni, saya akan kongsikan tips yang berguna apabila korang nak pergi melancong ke luar negara secara back pack. 




Melancong adalah satu aktiviti yang sangat dinantikan. Walaubagaimanapun, ia bergantung kepada bagaimana kita menyusun aktiviti supaya percutian kita menjadi satu kenangan yang terindah. Apatah lagi jika berpeluang melancong ke luar Negara kan…dapat pulak budget lebih dari insane tersayang  untuk kita bershopping kat sana, memang hilang stress kan…hahahha..Kalau melancong ke luar Negara, kita dapat tengok budaya orang sana, dapat tengok pemandangan dan keindahan alam dari sudut yang lain maksudnya daun segar tak semestinya berwarna hijau dan daun yang luruh tak semestinya berwarna coklat. 


Dapat merasai kelazatan dan kelainan rasa makanan mereka. Bagi mereka yang nak melancong ke luar negar, mental dan fizikal kena kuat. Masa kat sana nanti dah tentu la kita banyak guna tenaga untuk jalan-jalan. Oleh itu, stamina kene kuat, tambahan pula kalau pergi jalan-jalan tu dengan berjalan kaki kan…Bagi mereka yang melancong secara berkumpulan, mental kene kuat, kene banyak sabar. Menunggu dan ditunggu tu dah jadi lumrah. Yang penting setiap orang perlu ada rasa tanggungjawab dan perikemanusiaan.
Pesanan ringkas dan ikhlas  :-

Melancong secara back packed / independent VS Melancong melalui agensi pelancongan
Melancong secara back packed / independent
· Lebih jimat
Tiada service charges dikenakan…so memang terbukti lebih jimat la kan.
· Bebas
 Masa dan tempat kita yang pilih dan kita yang tentukan
 Nak lama atau sekejap masa berposing kat sesuatu tempat tu bergantung pada kita sendiri dengan persetujuan bersama (bagi yang pergi secara berkumpulan)
· Dapat melawat lebih banyak tempat
- Selagi larat kaki melangkah…selagi tu la kita boleh pergi kemana yang kita nak.Terpulang pada kita untuk pergi kesana dengan menaiki pengangkutan awam atau dengan berjalan kaki sahaja.



Melancong melalui agensi pelancongan
· Layanan terbaik
- Kebiasaannya mereka akan memberikan layanan yang terbaik untuk kita kerana mereka telah di bayar untuk melayani kita.
· Dapat makan kat tempat yang exclusive atau tempat mahal.
- Sebenarnya harga makanan tu dah termasuk dalam pakej yang agensi tawarkan.
- Kalau pandai pilih, mungkin korang dapat merasa naik cruz…hehehe
· Lebih relax
- Tak perlu kelam kabut untuk urusan booking tiket flight, hotel dan tak payah nak sesakkan fikiran dengan memikirkan lepasni nak pergi mana…lepas tu nak buat apa…segalanya telah diaturkan oleh agensi

Pilihan ada kat tangan korang..sama ada nak melancong secara independent atau melalui agensi pelancongan. Bagaimanapun….Kak Yang lebih suka memilih melancong secara independent. Sesuai dengan budget dan karenah. Tetapi perlu diingatkan…kalau korang memilih untuk melancong tanpa menggunakan khidmat agensi pelancongan, kiorang kene buat kerja lebih.  Buat research tentang tempat yang korang nak pergi tu. Atur segala-galanya satu persatu supaya percutian korang tak jadi hambar. Kat bawah ni Kak Yang nak kongsikan beberapa tips persiapan untuk pergi melancong ke luar Negara.


1. Research / buat kajian
- Sebenarnya kajian ni sangat besar tajuknya..tapi sangat perlu dilakukan untuk menentukan tempat yang kita nak pergi tu selamat atau tidak, sesuai atau tidak dan yang penting dapat memberikan kenangan terindah atau tidak.
- Banyak perkara yang perlu kita kaji, antaranya :-
a)Kadar tukaran mata wang




b)Bahasa pertuturan
Ada sesetengah Negara, penduduknya tidak tahu menggunakan bahasa inggeris. Mereka hanya tahu menggunakan bahasa kebangsaan mereka sahaja. Contohnya Negara Jepun dan Cina. Kalau korang nak melancong kat Negara yang macam ni, korang kene pergi dgn orang yang tahu bahasa yang digunakan kat sana sebab biasanya sign board jalan dan nama tempat pun diorang tulis guna bahasa kebangsaan mereka. Kak Yang sarankan supaya korang pergi melancong kat tempat macam ni melalui agensi pelancongan.
c) Musim / suhu / cuaca di Negara tersebut.
Ini sangat perlu supaya kita lebih bersedia dan dapat menyesuaikan diri dengan pakaian yang harus digunakan. Mana tau kat sana sejuk, kene la pakai baju tebal. Takut beku pulak kat sana nanti kan.
d)Budaya dan cara hidup penduduk kat Negara yang kita nak pergi
Bagi saya ini lebih kepada sikap dan kebiasaan. Seperti juga cara orang kat Malaysia  yang boleh berubah jadi panas baran bila menghadapi kesesakan lalulintas..orang kat negara lain juga mempunyai sikap meraka yang ISTIMEWA..hehehe… Contohnya korang jangan terkejut kalau terjumpa orang perempuan tengah buang air besar kat tepi jalan kat Negara India. Kalau korang pergi ke Cina pula, jangan pulak korang keluar masuk tandas untuk mencari tandas yang ada kunci atau selak kerana kat Negara Cina kebanyakan tandasnya tak ada selak.
e)Waktu solat / arah kiblat / waktu imsak dan berbuka puasa
Kalau korang pergi masa bln Ramadhan, research juga waktu imsak dan berbuka puasa kat sana. Print siap-siap jadual waktu untuk kemudahan kita masa kat sana nanti. Jangan lupa download siap-siap apps untuk menentukaan arah kiblat dalam phone korang.


f)Cari info tentang tempat-tempat yang menarik kat sana
Info-info yang kita dah dapat ni boleh digunakan sebagai guide line untuk kita memilih tempat yang kita nak kunjungi masa kat sana. Memang tak mungkin la kalau kita nak melawat semua tempat yang ada kat sana dalam masa beberapa hari tu kan….jadi inilah masanya kita memilih tempat yang kita nak pergi dengan bijak. Lihat juga kos, waktu lawatan,  jarak dari hotel tempat kita tinggal dan pakaian yang sesuai. Mencari info lebih awal juga dapat membantu kita menyusun aktiviti dengan lebih teratur tanpa membuang masa dengan bertekak sesama  kita atau hanya berdengkur di dalam bilik.
g)Restoran yang menyediakan makanan halal
Bagi umat islam, ini adalah wajib. Mencari info lebih awal akan mengurangkan risiko kebuluran masa korang kat sana.hahhaha…Kalau boleh cari hotel yang berhampiran dengan restoran yang menyediakan makanan halal. Catatkan siap-siap detail info restoran tu dan bawa sekali masa pergi kat sana nanti. Sekurang-kurangnya tak la tercari-cari dan membazir wang bayar texi yang tah kemana diorang bawa sedangkan ada je restoran yang tak berapa jauh dari hotel tempat kita tinggal. 
h)Pengangkutan  masa kat sana
Research juga pengangkutan yang ada kat sana seperti tram, keretapi, bas atau texi dan bagaimana cara menggunakannya. Adakah perlu membeli kad atau tiket dahulu sebelum menaiki kenderaan tersebut atau bayar semasa nak keluar dari kenderaan tersebut. Kalau boleh cari hotel yang berhampiran dengan tempat yang ada perkhidmatan pengangkutan awam.
i)Visa
Tentukan juga sama ada visa diperlukan untuk memasuki Negara yang kita nak pergi tu. Ii bagi mengelakkan kene tending sebab dokumen tak lengkap masa kat airport nanti.
j)Tiket flight
Kalau korang nak dapat tiket murah, kene booking awal beberapa bulan sebelum korang pergi tapi diingatkan bahawa harga tiket takkan dipulangkan kalau korang cancel booking.
k)Hotel
Research hotel ni memang leceh sikit. Terlalu banyak pilihan. Korang kene ambil masa yang lebih kat sini.Kalau boleh cari hotel yang berhampiran dengan restoran halal dan hotel yang ada pengangkutan awam. Ini akan memudahkan perjalanan korang masa kat sana nanti.
2.Kos
- Buat tabungan khas untuk melancong dari awal. Tabungan awal dapat mengelakkan rasa terbeban dengan kos tersebut keran tidak dinafikan, kos melancong ke luar Negara adalah tinggi jika dibandingkan dengan melancong di dalam Negara. Tabungan ini termasuk kos sebelum, semasa dan selepas melancong.



3.Tetapkan tarikh
- Selepas kajian telah dilakukan dan tempat juga telah ditentukan, sekarang kita boleh pilih tarikh yang sesuai. Adalah diingatkan, kos akan jadi lebih tinggi kalau kita pilih tarikh cuti public holiday seperti cuti Christmas dan Chinese new year. Kak Yang sarankan supaya korang pilih tarih biasa tapi kalau korang bekerja macam kak Yang, kene la simpan cuti tahunan untuk melancong nanti.
4.Passport
- Sila semak kebenaran untuk ke luar Negara terlebih dahulu. Mana tau PTPTN sangkut ke…ada loan sangkut ke…check je melalui online. Masuk kat link ni untuk check status korang http://sspi2.imi.gov.my/ . Lepas dah confirm ok  baru check passport korang, masih valid atau tidak. Kalau dah nak expired, boleh la renew dulu. Untuk pemohon baru bayaran sebanyak RM 100.00 dikenakan dan valid dalam jangka masa 2 tahun. Bagi yang nak renew, RM 300.00 akan dikenakan dan valid sehingga 5 tahun.









5.Tiket Penerbangan.
- Kebiasaannya syarikat penerbangan akan buat harga promosi untuk pergi ke mana-mana Negara. Masa ni sangat sesuai untuk korang booking tiket flight. Kalau korang nak dapat tiket murah, kene booking awal beberapa bulan sebelum korang pergi tapi diingatkan bahawa harga tiket takkan dipulangkan kalau korang cancel booking. Kak Yang sarankan supaya korang ambil insurance sekali masa booking tiket tu. Bukan apa…mana tau ada apa-apa yang tak diingini berlaku kan…malang tak berbau.


6. Booking hotel
- Kalau dah dapat cari hotel yang berhampiran dengan restoran halal dan hotel yang ada pengangkutan awam boleh la booking..bukan apa, kalau lambat-lambat takut habis pulak bilik yang ada.




7.Bekalan Makanan
- Bagi orang Islam, mencari restoran halal  di Negara yang majoriti penduduknya bukan islam memang adalah satu cabaran. Oleh kerana kita tak tau macamana keadaannya kat sana nanti, lebih baik kita bersiap sedia… bawa makanan ringan dari Negara kita sendiri. Kat sini Kak Yang ada banyak idea yang boleh kak Yang kongsikan..antara makanan yang korang boleh bawa :-
a)Mee Maggie  / bihun sup pama pun boleh
Untuk jimatkan ruang beg korang, beli je Maggie dalam plastic tu jgn beli yang dlm cup tapi bawa la 1 tupperware yang berpenutup untuk rendam Maggie nanti. Tupperware tu nanti boleh guna untuk letak makanan lain juga kan.
b)Biskut
Bawa biskut yang ready pack tu. Ada macam-macam jenis biskut yang korang boleh pilih tapi kak Yang lebih suka biskut tiger atau lexus. Kak Yang nasihatkan, masa korang keluar jalan-jalan…bawa sekali biskut ni. Biskut ni boleh jadi penyelamat masa korang jalan-jalan tapi  tak jumpa juga restoran halal.
c)Mushroom soup / bubur nasi ready made
Yang ni pun sama ada banyak pilihan. Pilih je mana yang korang berkenan dan sesuai dengan tekak korang.
d)Quacker oat
e)Milo / Nescafe / coffe 3 in 1 dan juga teh uncang
f)Gula / caramel  sachet
g)Sos / black peper / garam
Yang ni special sikit..heheheh sebelum korang melancong ke luar Negara, korang kumpul la benda2 ni dari fast food..(MC/D, KFC) Pesan kat kawan-kawan, sapa pergi fast food minta sos lebih. Boleh la jadi penyelamat tekak korang masa kat luar Negara nanti.
h)Serunding
Ini yang paling kak Yang suka…Tapi leceh sikit la nak buat kan. Yang penting, serunding ni boleh tahan lama. Serunding ni boleh di makan dengan roti juga.




8.Packing
- Siapkan semua barang-barang yang perlu di bawa lebih awal…Masukkan siap-siap dalam beg. Kalau dah siap awal, sempat lagi berfikir mana perlu dan mana yang tak perlu..atau mungkin juga nak tambah atau kurangkan mana-mana part. Kalau korang tak nak angkut baju banyak-banyak pastikan korang dah ada budget untuk beli baju kat sana. Kalau korang pack lambat, takut tak sempat nak double check. Nanti barang itu lupa bawa, barang ni lupa bawa...
9.Itinerary
- Itinerary ni sebenarnya jadual aktiviti yang lengkap dengan segala info yang diperlukan. Benda ni penting sebab kalau pergi melancong by group, mesti la tidur dalam bilik berasingan kan…itinerary ni memudahkan kita merancang perjalanan dan aktiviti. Maklum lah…ramai orang banyak ragam kan.. yang paling penting adalah kerjasama sesame kita. Dari itinerary juga kita boleh kira budget / kos yang diperlukan. Kat sini kak yang ada bagi contoh itinerary yang kitorang buat untuk trip ke Macau dan Hong Kong.



· Bawa power bank
Masa tak boleh diulang kembali…karang tengah syok snap gambar masing-masing, betri handphone pulak habis…tak dapat la merakam gambar kenangan korang kat situ.
· Bawa beg extra.
Perempuan mana boleh dipisahkan dengan shopping kan…biasanya pegi pasar malam pun penuh kiri kanan hasil tangkapan, inikan pulak bila dapat shopping kat tempat yang jarang sekali dapat pegi. Dah tentu la hasil tangkapannya berganda kan..hahahaha
· Buat beberapa plan. Mana tau plan A tak menjadi, boleh pilih plan B pulak. Tak lah membuang masa kat sana dengan kelam kabut baru nak buat plan B kan.
· Sebelum bercuti, pastikan segala urusan kerja telah disiapkan supaya percutian korang akan berjalan lancar dan tanpa stress memikirkan kerja yang tak siap tu.

Ikuti kisah saya bercuti selama 5 hari 4 malam di Macau dan Hong Kong dalam tulisan saya yang seterusnya.Selamat membaca.