Thursday 21 May 2015

Bermain air di Hutan Lipur Sungai Salu

Air Terjun Sungai Salu terletak di Kuala Dipang. Ianya sesuai untuk aktiviti keluarga kerana air sungainya yang cetek sesuai untuk kanak-kanak. Ianya berada di bawah pengawasan Jabatan Hutan. Antara kemudahan yang disediakan ialah tempat menyalin pakaian, tandas, pondok rehat dan gerai makan. Jarak untuk sampai ke Air Terjun Sungai Salu dari jalan utama Kampar – Ipoh ialah 4 km. Pengunjung boleh menaiki bas Sahom, kereta dan motor untuk pergi ke sana.































































Sebenarnya kami dah datang kat tempat ni banyak kali. Tempat ni sangat mendamaikan. Anak-anak kak yang pun suka datang kat sungai salu ni.







 Setiap kali kami datang kat sini, kami mesti bawa bekal makanan dari rumah. Lepas berendam dalam air sungai yang dingin tu, perut mesti lapar. Kalau bawa makanan sikit, nanti mesti tak cukup. So...kene masak lebih. Menu simple pun takpe sebab bila lapar, makan pulak ramai-ramai..ala-ala berebut gitu kan, mesti jadi sedap..hahahaha



 10 May 2015, kami sambut birthday papa kat sini...beli kek simple je..


Oleh kerana anak-anak dah besar, kami masak kat sini. ala-ala camping.. anak-anak kak yang memang suka aktiviti macam ni.