Saturday 23 April 2016

Percutian ke Macau & Hong Kong - Hari ke-2 [Part 4] Mongkok Night Market [Ladies Market]


Rabu, 17.06.2015

Aktiviti :-
1. Berjalan-jalan di sekitar kawasan hotel
- Mencari restoran halal
- Melihat pasar pagi di lorong-lorong tepi jalan
2. Ruins of St. Pauls
- Melihat sisa bangunan gereja yang telah hamper runtuh.
3. Outer Harbour Ferry Terminal
- Membeli tiket ferry  [Macau – Kowloon – Macau]
- Menaiki bas dari Kowloon ke Mongkok
4. Check in [Me Easy Hotel]
5. Mongkok Night Market  @ Ladies Market


Setelah mandi dan mengenakan sedikit solekan nipis, saya dan Zaila turun ke bawah kerana kami telah berjanji untuk bertemu ditingkat bawah pada jam 8.30 malam untuk berjalan-jalan ke ladies Market bersama-sama dengan rakan-rakan yang lain. Inilah masa yang kami tunggu-tunggu…masa untuk shopping… 




Mong Kok adalah daerah beli-belah dan kediaman yang paling sesak di Hong Kong, tetapi jangan gentar. Jalan-jalan yang dilimpahi lampu neon ini amat berbaloi untuk dilawati, semata-mata untuk 'melihat manusia'. Beli-belah di situ juga amat menarik. Malam itu kami lebih santai. Hanya membelek dan melihat-lihat barang jualan yang dipamerkan dan membeli mana-mana barangan yang diinginkan. Terlampau banyak pilihan dan terlampau banyak bahan jualan yang boleh dijadikan cenderamata. Harganya juga memang berpatutan.Saya telah berjanji dengan anak-anak bujang saya untuk membelikan mereka jam tangan. Kami akhirnya terpisah kerana masing-masing ingin mencari barang yang diingini. Melihat barangan yang dijual disini sejujurnya membuatkan saya stress…manakan tidak, itu cantic…ini pun cantik…itu murah…ini pun murah…akhirnya saya dan Zaila mengambil keputusan untuk window shopping dan survey harga sahaja pada malam itu kerana malam esok kami masih berada disini. 


Ladies Market di Mongkok ini lebih kurang sama dengan jualan di uptown di Malaysia. Jangan pelik kenapa ia digelar dengan nama Ladies Market. Ia diberikan nama jolokan Ladies Market kerana pengunjungnya rata-rata adalah wanita. Sebenernya disini bukan hanya menjual barangan wanita tetapi barangan lelaki juga ada dijual. Ladies Market menjual bermacam-macam barang termasuk aneka cenderamata khas Hong Kong, gantungan kunci, baju sutera, beg tangan, baju berlogo Hong kong, shawl pashmina,jam tangan, luggage, payung, topi dan banyak lagi. Kawasan ini penuh dengan pedagang yang membuka dagangan mereka dibawah khemah.


Tidak tahu sudah berapa pusingan kami mengelilingi ladies market ni. Kalau dikira kilometer, agaknya dari Perak dah sampai ke Kuala Lumpur kami berjalan. Hampir semua barangan dan semua gerai yang ada kami masuk dan belek. Akhirnya saya membeli 6 helai t-shirt ‘’I LOVE HONG KONG’’ dengan harga HKD 100.00 daripada seorang peniaga yang pandai berbahasa melayu kerana dia berasal dari Malaysia. Saya pergi ke sebuah gerai t-shirt yang lain untuk membeli  9 helai t-shirt lagi dengan harga HKD 100.00. Harga yang sama dengan kuantiti yang berbeza. Sebenarnya memang ada perbezaan antara keduanya. T-shirt 6 helai HKD 100.00 kainnya lebih berkualitidan warnanya tidak luntur.  Saya juga membeli sepasang kasut yang tapaknya rata tanpa tumit untuk keselesaan saya ketika berjalan melakukan aktiviti pada hari esok.


Kawasan ini merangkumi satu daripada pasar paling popular di Hong Kong. Bagi memudahkan lagi pelanggan mencari barangan yang diingini, perniagaan disini diasingkan mengikut jenis perniagaan mereka. Terdapat sekumpulan peniaga yang menjual satu jenis produk di satu batang jalan. Mong Kok mempunyai jalan-jalan dan seksyen di jalan yang dikhaskan untuk menjual ikan emas, bunga, burung, kasut sneaker, barangan dapur dan baju pengantin.






Dari hotel tempat penginapan kami, kami cuma perlu berjalan selama 5 minit untuk sampai ke Ladies Market ini.


Keadaan di Hong Kong lebih selesa berbanding Macau. Di sini terdapat banyak restoran makanan halal. Walaubagaimanapun, harganya memang lebih mahal kerana penduduk di sini tidak makan nasi seperti orang melayu. Mereka lebih menggemari makanan berasakan mee.


Nasi arab

Jam menunjukkan pukul 10.00 malam. Rakan-rakan kami yang lainnya ingin pulang ke bilik masing-masing.Saya dan Zaila membuat keputusan untuk meneruskan aktiviti  kami yang seterusnya untuk mencari restoran halal. Di sini sangat banyak restoran halal. Disekitar ladies Market ini hampir 10 buah restoran halal boleh ditemui. Mereka juga mengedarkan pamphlet kepada pengunjung muslim yang lalu lalang di sepanjang ladies market sebagai promosi restoran mereka. Restoran mereka terletak dibelakang khemah jualan di ladies market dan ia terlindung. Saya dan Zaila menyusuri jalan dibelakang khemah jualan dan singgah di sebuah restoran yang menghidangkan menu mediterranian.Kami memilih untuk mencuba nasi arab, air buah dan baklava sebagai pencuci mulut. Harganya agak mahal iaitu HKD 180.00 / RM +- 90.00 seorang. Tak mengapalah, asalkan terlepas sudah kerinduan kami untuk menjamah nasi lagipun makannya memang sedap. Kami sangat berpuas hati dengan rasa dan servis restoran ini a berjalan melakukan aktiviti pada hari esok.


Baklava yang sangat sedap kerana chefnya memang berasal dari Turkey.

Walaupun jam sudah hampir ke pukul 12 malam, kami tetap meneruskan pencarian kami...mencari barang cenderahati untuk dibawa pulang. Terlalu banyak barang yang diniagakan menyebabkan kami rambang mata. Tak tahu nak pilih yang mana satu.



Mereka hanya membuka dagangan pada waktu petang hingga menjelang tengah malam. Ada juga yang sudah mula berniaga pada jam 2 petang. Kemampuan memilih barang dan menawar harga adalah seni yang sangat diperlukan ketika berbelanja di Ladies Market! Sepertiga harga adalah penawaran pembuka yang dianjurkan. 

Di sini ada seorang peniaga berbangsa Cina yang fasih berbahasa melayu kerana dia berasal dari Malaysia. Saya membeli 20 helai baju t-shirt dari tauke tersebut dengan harga HKD 10.00 sehelai. T-shirt ini saya beli untuk adik2.


Sangat cantik jam yang dijual disini. Saya membeli 25 pcs jam tangan kanak2 dengan harga RM 5.00 seunit. Sesuai dijadikan cenderamata untuk anak2 buah.



Seperti namanya, Ladies Market memang menjual sebagian besar produk untuk para kaum hawa. Beberapa barang di antaranya adalah tas, kaos, gantungan kunci dan lain-lain. Sebagian besar barang-barang tersebut adalah barang KW alias aspal. Jadi, Anda di sini harus mempunyai keahlian untuk menawar barang. Bahkan tak jarang banyak yang menyarankan Anda untuk menawar bahkan hingga setengah harga.



Akhirnya saya terjumpa gerai yang menjual figura anime. Anak-anak bujang saya sangat menggemari anime. Saya beli 12 pcs figura dengan harga RM 120.00.


Saya dan Zaila pulang ke bilik pada jam 12.30 pagi. Apabila pulang ke bilik, kami dapati wi-fi masih belum boleh digunakan. Ini membuatkan kami sedikit kecewa dengan pihak pengurusan. Selapasmandi dan solat saya mengunci alarm pada jam 3.00 subuh. Kami perlu bersahur kerana esok adalah 1 Ramadhan.  Jika mengikut kiraan kitaran pusingan haid saya, saya akan datang kotor pada 20 haribulan nanti. Maksudnya saya masih sempat berpuasa di Hong Kong. Badan pun dah letih, dah mengantuk…saya menutup lampu dan terus tidur. Saya tersedar apabila alarm berbunyi. Saya memasak air untuk merendam mee segera dan membancuh air milo sebagai menu sahur kami pada hari itu. Apalah menu sahur suami dan anak-anak saya pada hari ni ye.. Wi-fi pula problem. Saya tak dapat berhubung dengan suami. Tapi tak apa, saya tahu suami saya seorang chef yang bagus. Cuma saya khuatir mereka tidak terjaga kerana mulut saya adalah alarm mereka setiap hari. Inikan pula waktu sahur. Memang sami dan anak-anak tunggu suara merdu saya untuk mengejutkan mereka untuk bangun sahur.  Selepas makan sahur, saya solat subuh dan menyambung semula tidur sehingga jam 7.30 pagi. Pada jam 8.00 pagi ini kami telah berjanji untuk berkumpul dan akan pergi ke destinasi kami yang seterusnya iaitu ke Golden Bauhinia Square di Wan Chai. 

Percutian ke Macau & Hong Kong - Hari ke-2 [Part 3] Outer Harbour Ferry Terminal


Rabu, 17.06.2015
Aktiviti :-
1.Berjalan-jalan di sekitar kawasan hotel
- Mencari restoran halal
- Melihat pasar pagi di lorong-lorong tepi jalan
2.Ruins of St. Pauls
- Melihat sisa bangunan gereja yang telah hamper runtuh.
3.Outer Harbour Ferry Terminal
- Membeli tiket ferry  [Macau – Kowloon – Macau]
- Menaiki bas dari Kowloon ke Mongkok
4.Check in [Me Easy Hotel]
5.Mongkok Night Market  @ Ladies Market

Sekali lagi kami perlu berjalan jauh selama 25 minit untuk menaiki bas di jalan utama. Pada kali ini kami banyak menuruni bukit dan menuruni anak tangga.  Sebenarnya sebelum saya datang ke Macau, saya menggantikan luggage saya yang bersaiz besar kepada luggage yang bersaiz lebih kecil kepunyaan adik saya. Dalam fikiran saya, luggage yang lebih kecil akan memudahkan saya untuk berjalan. Malangnya luggage kepunyaan adik saya tu sebenarnya batang penariknya telah rosak. Saya terpaksa mengangkat luggage dan sesekali saya tarik juga tetapi saya terpaksa membongkok la. Ia menyebabkan tangan saya lenguh dan pinggang saya sakit. Nasib baik saya ada membawa sebuah beg sandang dimana saya letakkan segala dokumen penting seperti passport dan dompet saya.

Kami meneruskan pengembaraan kami ke Hong Kong dengan menaiki ferry Turbojet.

Hampir setengah jam kami berada di dalam bas, akhirnya kami sampai ke  Outer Harbour Ferry Terminal dan kami berbaris membeli tiket 2 arah dari Macau ke Kowloon  dan Kowloon ke Macau dengan harga HKD153.00 / +- RM80.00. Sebelum masuk ke ferry,  passport kita akan diperiksa terlebih dahulu. Kami menaiki ferry turbojet. Di dalam ferry ini tempat duduknya  agak sempit dan kami meletakkan luggage kami di bahagia belakang dimana ada disediakan tempat khas meletak luggage. Kami menikmati pemandangan laut dari dalam ferry dan sempat mengambil beberapa keeping gambar sebagai kenangan. Di dalam ferry ada disediakan wi-fi tetapi jaringannya adalah sangat teruk. Saya menghantar inbox kepada suami dan memberitahunya bahawa saya berada di dalam ferry dan akan menyeberang ke Hong Kong.





Perjalanan menaiki ferry dari Macau ke Hong Kong mengambil masa lebih kurang 1 jam.







1 Jam berada di dalam ferry membuatkan mata kami mengantuk dan kami mengambil kesempatan ini untuk merehatkan mata. Kami semua tertidur dan sedar apabila ferry sudah hamper sampai ke seberang. Olweh kerana tempat duduk yang sempit, saya terpaksa tidur dengan keadaan duduk menegak. Apabila bangun dari tidur, masing-masing mengurut leher . Akhirnya kami Berjaya menyeberang dengan selamat. Sebelum kami keluar, sekali lagi tiket dan passport kami diperiksa. Kami mengambil luggage masing-masing dan berbaris untuk keluar dari ferry. Kami perlu mencari bas untuk pergi ke Mongkok, Kowloon (Sun Hing Building) dimana terletaknya  Me Easy Hostel, bilik penginapan yang telah kami booking melalui online. Pada jam 7.00 petang akhirnya kami check in ke bilik masing-masing.







Me Easy Hostel bagi saya adalah penginapan yang sedikit menakutkan. Ia terletak di tengah Bandar dan mudah untuk mencari pengangkutan awam seperti bas dan keretapi. Apa yang menakutkan saya adalah kedudukan bilik ini yang melalui lorong sunyi di tingkat atas dalam bangunan.  Bilik saya dan Zaila ditingkat atas dan biliknya sangat sempit. Bilik kami cuma mempunyai bilik air, 2 buah katil single dan sebuah meja yang diletakkan cerek pemanas air. Jarak katil saya dan datil Zaila cuma muat untuk kaki kami berjakan sahaja dan jarak katil ke bilik air cuma dalam 1 depa. Tiada ruang yang boleh saya bentangkan sejadah. Selepas mandi, saya terus solat diatas katil. Saya masak air dan membancuh 2 peket quacker oat untuk saya dan Zaila. Malam ini kami merancang untuk berjalan-jalan di Mongkok Night Market atau lebih dikenali sebagai Ladies Market. Inilah syurga beli belah yang terkenal di Hong Kong. Wi-Fi juga tidak boleh digunakan. Kami turun dan membuat aduan kepada pihak pengurusan dan mereka berjanji untuk membetulkannya pada mala mini juga.












Esok merupakan 1 Ramadhan. Saya dan Zaila akan berpuasa disini. Saya teringat suami dan anak-anak, ini merupakan pertama kalinya saya menyambut puasa tanpa mereka. Walaubagaimanapun, suami saya merupakan seorang suami dan bapa yang sangat baik. Dia sudah biasa membantu saya memasak dan melakukan kerja-kerja rumah. Terima kasih sekali lagi kepada suami saya kerana memberi keizinan untuk saya menyertai percutian ini bersama rakan-rakan saya. Saya meletakkan bungkusan kurma yang saya bawa dari Malaysia dan meletakkannya diatas meja untuk persediaan bersahur subuh nanti. Waktu solat subuh di Hong Kong masuk pada jam 4.14 dan maksudnya saya perlu bersahur selewat-lewatnya pada jam 3.30 subuh.  Waktu solat Maghrib pula masuk pada jam 7.10 . Waktu berpuasa saya disini adalah lebih panjang. Setelah selesai solat dan makan, kami turun kebawah dan berkumpul dengan rakan-rakan lainnya.