Sunday 8 May 2016

Percutian ke Macau & Hong Kong - Hari ke-2

Percutian ke Macau & Hong Kong  - Hari ke-2

Rabu, 17.06.2015
Aktiviti :-
1.       Berjalan-jalan di sekitar kawasan hotel
-          Mencari restoran halal
-          Melihat pasar pagi di lorong-lorong tepi jalan
2.       Ruins of St. Pauls
-          Melihat sisa bangunan gereja yang telah hamper runtuh.
3.       Outer Harbour Ferry Terminal
-          Membeli tiket ferry  [Macau – Kowloon – Macau]
-          Menaiki bas dari Kowloon ke Mongkok
4.       Check in [Me Easy Hotel]
5.       Mongkok Night Market  @ Ladies Market

Selepas solat subuh, saya tidak dapat memejamkan mata lagi walaupun jam baru pukul 5.00 subuh. Saya menggunakan waktu terluang ini untuk mengemaskan luggage.  Segala isi beg saya susun dengan kemas dan hanya tinggalkan 2 pasang pakaian untuk pagi ini dan juga untuk persalinan tengahari nanti. Selepas habis mengemas pakaian, saya memasak air dan membancuh air milo 3 in 1 yang memang saya bawa dari Malaysia. Biskut kering menjadi menu sarapan pagi saya pada hari ini.  Saya dan Zaila amat berharap akan berjumpa dengan restoran halal  pada pagi ni. Ye la..kami pun nak juga merasa masakan orang sini. Selepas mandi dan menjamah sedikit biskut yang dicicah dengan air milo, kami turun ke lobby hotel. Alamak..menyesal pula pakai kasut bertapak tinggi. Ia membuat kaki saya berasa sakit apabila berjalan jauh.

Kami memulakan aktiviti hari ini seawal jam 8.00 pagi. Kami menyusuri lorong –lorong di celahan bangunan untuk mencari restoran yang menyajikan makanan halal. Kami bersepakat untuk berpecah untuk memberi peluang kepada rakan-rakan berbangsa cina mencari restoran yang mereka inginkan.  Saya dan Zaila terus berjalan sambil melihat gelagat orang Macau di waktu pagi. Melalui pemerhatian saya, mereka lebih suka menggunakan pengangkutan awam. Kaki lima bangunan sesak dengan pejalan kaki. Ada ibu yang mengheret 3 orang anak sambil mengendong seorang anak lagi dibelakangnya. Melalui pakaian yang dipakainya pada ketika itu, saya rasa dia ingin pergi ketempat kerja. Mungkin dia akan menghantar anaknya ke sekolah dahulu dan menghantar anak kecilnya ke tempat asuhan sebelum dia pergi kerja.  Dengan melayani karenah anak-anak kecil tanpa ditemani suami membuatkan ibu-ibu ini nampak kelam kabut.  Sabar sungguh mereka melayani anak-anak turun naik bas . Timbul pula di fikiran saya, adakah ibu-ibu di Malaysia sangat manja? Hahaha…Bersyukurlah kerana kita tinggal di Malaysia.

Apa yang menarik, saya boleh katakan 70% orang yang saya jumpa ketika berjalan menyusuri kaki lima bangunan tadi adalah wanita. Secara automatik, saya terfikir kemanakah lelaki? Kehidupan mereka disini sangat moden tatapi mengapa wanita disini bersusah payah berjalan kaki dan menaiki kenderaan awam sedangkan mereka sangat mampu dan mereka juga mempunyai kereta mewah yang boleh digunakan untuk menghantar anak kesekolah. Melihat keadaan sekeliling yang sedikit kelam kabut di waktu pagi, saya tiba-tiba tersenyum. Walaupun ibu anak 4 tadi kelam kabut melayan karenah anak-anaknya, wajahnya sangat tenang dan saya lihat dia masih mempunyai masa untuk  bersolek. Bentuk badan wanita disini kebanyakannya memang solid.  Mungkin kerana dengan berjalan kaki, mereka dapat menghindarkan lemak  dan membuatkan bentuk badan mereka cantik. Oleh kerana Macau dipenuhi dengan pusat perjudian, mungkin juga kerana mereka bekerja di tempat begini mereka perlu sentiasa kelihatan cantik dan berbadan solid. Ini Cuma telahan saya kerana saya pun tidak tahu keadaan di dalam pusat perjudian.Satu lagi yang ingin saya kongsikan, mereka berjalan seperti kita berlari anak di Malaysia. Mereka berjalan dengan laju. Oleh itu jangan halang jalan mereka  jika tidak mahu kene maki. Jangan jalan bersaing jika kita ingin berlenggang kangkung ye.. Menurut rakan kami yang berbangsa cina,bahasa yang mereka gunakan adalah lebih kasar dari bahasa cina di Malaysia.




Kelibat seorang makcik tua yang telah bongkok sambil menolak trolly mengangkut barang jualan telah menarik minat saya. Sungguh kuat kudrat makcik ni. Teringat pula kepada ibu saya di Malaysia. Mudah-mudahan ibu saya tidak melakukan kerja begini dalam usia tuanya. Sangat kasihan apabila melihat dia bersusah payah mengangkat tayar trolly dengan isi yang berat ketika hendak melintas jalan. Mau saja saya membantunya supaya dia dapat melintas dengan selamat.



                                                                                                Dalam melayani fikiran, Zaila tiba-tiba menepuk bahu saya. Dia menudingkan jarinya kea rah seorang wanita yang memakai tudung sambil menolak trolly kecil dan memegang sebuah beg. Pasti dia adalah seorang muslim dan sudah lama bekerja di sini. Kami mengejar makcik itu untuk bertanya dimanakah kami boleh dapat makanan halal. Kami sungguh bernasib baik, makcik tu tunjukkan jalan dan hantar kami sampai ke hadapan restoran. Dia muslim dari Indonesia dan telah lama bekerja di Macau. Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepadanya kerana sudi membantu kami.



Kami masuk ke dalam restoran yang saya kira ia sangat sempit dimana ruangnya Cuma dapat memuatkan 2 buah meja makan sahaja. Didindingnya kelihatan tergantung ayat al-Quran dan beberapa gambar menu yang disediakan. Restoran ini menghidangkan makanan Indonesia. Saya dan Zaila memesan makanan sambil bersembang dengan 2 orang pelanggan restoran tersebut. Katanya dia dari Jakarta dan telah berkahwin dengan orang Macau. Dia tidak bekerja, hanya duduk di rumah dan sesekali keluar bertemu dengan rakan-rakan senegaranya. Saya memesan soto dan air tin dengan harga MOP 36.00 / +- RM 19.00 dan Zaila memesan lontong dan air tin dengan harga 39.00 / +-RM 20.00. Disini takkan jumpa air mineral botol kecil dengan harga RM1.00 ye. Air mineral botol kecil dijual dengan harga RM 4.00 sebotol manakala air tin pula dijual dengan harga RM 6.00 setin. Tidak hairanlah mengapa kami makan sarapan dengan harga setinggi itu. Kalau kita order air ais, kebiasaannya ais yang dimasukkan kedalam cawan Cuma dalam 6 kiub sahaja. Cukup sekadar menyejukkan air. Sangat berbeza dengan air ais di Malaysia yang aisnya penuh cawan tapi airnya cuma sedikit. Untuk pengetahuan, matawang Macau adalah menggunakan wang MOP, walaubagaimanapun wang  HKD boleh digunakan disini.




Selepas habis menjamah makanan, kami  berpatah semula ke restoran dimana rakan-rakan berbangsa cina kami singgah tadi sebelum kami memulakan perjalanan ke  Ruins of St. Pauls dengan menaiki bas. Kami berjalan bersama-sama melalui lorong dimana jualan pasar pagi sedang berlangsung. Mata saya terpandang satu jualan yang diletakkan diatas rak buah-buahan. Saya sangat mengenali buah tu sebab saya merupakan penggemar rasa dan baunya. Ia adalah buah durian. Rupa-rupanya orang Macau pun pandai makan durian. Tidak pula saya tanyakan berapa harganya. Buah-buahan tempatan kita di Malaysia memang mempunyai nilai jika dieksport ke luar Negara. Kami meneruskan perjalanan kami dengan menaiki bas ke Ruins of St. Pauls.