Friday 22 April 2016

City of Dream - House of Dancing Water - Macau


House of Dancing Water



Dicipta dan diarahkan oleh Franco Dragone, sebanyak USD250 juta dikeluarkan untuk  ‘The House of Dancing Water’, ianya adalah persembahan berasaskan air yang indah juga cemerlang di dalam meluahkan budaya Asia di atas pentas. Ia boleh dikatakan seperti Istana Budaya tetapi persembahan, jalan cerita dan lakonan artis artis tersebut memang mantap ditambah pula dengan aksi aksi menarik mereka. 

Lorong utama menuju ke House of Dancing Water

Saya tidak melepaskan peluang untuk mengabadikan kenangan di hadapan house of dancing water
Tiket telah kami beli melalui online sebelum sampai ke Macau lagi. Ini untuk memudahkan jadual aktiviti kami disini. Kami hanya perlu print resit tempahan online dan tunjukkan semasa berada di kaunter masuk. Selepas itu barulah kami diberikan tiket yang sebenar.




Kami membeli tiket tempat duduk dihadapan untuk merasai percikan air dari pentas
Kami telah duduk di tempat masing-masing dan telah bersedia untuk menikmati dan menghayati pementasan. Semasa pementasan, memang ada air yang memercik dan ia membuatkan kami lebih teruja. Tempat duduk yang paling hampir dengan pentas adalah yang paling mudah terkena percikan air. 

Korang akan terpukau bila dapat menonton aksi mereka kerana mereka berjaya membawa korang untuk menghayati jalan cerita dan korang akan rasa seperti berada dalam jalan cerita.House of Dancing Water adalah sama seperti pementasan. Ia dipertontonkan pada waktu malam, pentas House of Dancing Water amat menakjubkan kerana ia diisi oleh 14 juta liter air. Sistem kawalan pentasnya sangat mengujakan dimana lautan dalam beberapa saat mampu bertukar menjadi daratan.
Sangat teruja apabila pentas yang kering tiba2 dipenuhi air dan muncul pula sebuah kapal yang sangat besar dari dalam air.



Pentas yang dipenuhi air tiba2 kering seperti diatas daratan








Aksi motosikal sarkas dipersembahkan sebagai penutup pementasan kali ini 



Diatas pentas yang sama dimana sebelumnya dipenuhi air, kini menjadi kering seperti di daratan





No comments: