Tuesday 21 April 2015

Siakap Stim Limau




Ini satu lagi menu kegemaran family kak yang.. Siakap Stim Limau. Dalam masa sebulan tu mesti ada sekali dua masak menu ni. Anak2 kak yang dah besar, dah pandai minta mama dia masak itu ini. Menu ni mudah je nak buat.



Siakap Stim Limau

Bahan-bahannya:-
1 Ekor ikan siakap sederhana besar
8 Ulas bawang putih ditumbuk
3 Batang serai
-          2 Batang dihiris halus dan ditumbuk
-          1 Batang di ketuk dan dipotong serong memanjang
1 Inci halia
-          ½ Inci dihiris panjang
-          ½ Inci ditumbuk
1 Inci lengkuas ditumbuk
20 Biji cili padi ditumbuk kasar
2 Biji bawang besar dipotong bulat
1 Genggam daun kesum
½ genggam lobak masin dipotong kecil
5 sudu jus limau purut – mengikut kesesuaian rasa
1 Batang lobak dipotong
2 Tangkai cili besar dihiris
Sedikit kobis dipotong
Sedikit gula
Garam secukup rasa
Air secukupnya
Sedikit serbuk perasa jika mahu

Cara memasak :-

Perapkan ikan selama 5 minit dengan bahan tumbuk [ halia, serai, lengkuas] , jus limau purut, garam dan sedikit cili padi. Jangan lupa masukkan juga kat dalam perut ikan tu. Letakkan ikan diatas pengukus dan biarkan sementara. Rebus semua bahan yang lain  ke dalam periuk kukus. Kalau korang suka bawang yang rangup2 gitu kan… masukkan je bawang tu bila dah nak masak nanti. Kukuskan ikan selama 20 minit. Kalau kuahnya kurang rasa, tambahkan la lagi garam dan jus limau tu. Angkat ikan, letak kat dalam pinggan dan tuangkan kuahnya. Hiaskan la ikut suka hati korang. Nak tabur daun sup ke…nak letak hirisan cili ke..nak letak daun pudina ke..janji sedap dan menarik.








Kak yang guna jus limau purut ni.




No comments: